Catatan

Bumi Bersumpah

Imej
Mesir. Bumi yang bersejarah. Tanah bersumpah. Itu sahaja yang dapat aku gambarkan tentang suatu unsur paranormal dan spritual yang bersemadi di setiap reluang tanah dan segenap sudut jiwa para azhari di sini. Ya, orang yang bermukim untuk menegelamkan dirinya disini akan dapat merasai serakah sumpahan itu. Termasuklah aku. Bagaimana? Begini. Jika dari Malaysia engkau seorang yang minat sukan bola sepak, disini kau akan laburkan duit beli tv plasma, sanggup langgan channel siaran bola sedunia walaupun dengan harga yang mahal,semata nak layan minat kau. Di sini tempat dimana bersuburnya minat. Jika dari Malaysia engkau minat main game PC atau PS, engkau sanggup korbankan duit belanja bulanan kau beli set kelengkapan game dari Pc, keybord, joystick, cd game, download game internet dan sebagainya semata puaskan minat kau disini. Di sini tempat dimana bersuburnya minat. Jika engkau dari malaysia suka bergambar berselfie dan berjalan siar, engkau akan luangkan banyak ma...

Dua Alam (Siri 4)

Imej
Kampung Beringin Matanya berkelip-kelip,terasa berat sungguh seluruh jasadnya bagaikan dihempap batu besar.Perlahan-lahan kelopak mata dibuka,sakitnya tidak terperi. Tangannya digerak-gerakkan,kebas menyeliputi urat saraf kedua-dua tangannya. “Ah..kamu dah sedar anak muda…”kata-kata itu menyinggah ke cuping telingganya. Dia bingkas bangun,kepalanya sakit. “Rehat dulu..kamu kecederaan itu…”Pak Kadir menenangkan Samir. “Dimanakah aku sekarang…macam mana aku boleh ada di sini?”soal Samir kebingugan sambil memegang balutan di kepala. “Seri yang bawa kamu kesini,dia kata anak orang luar, anak pengsan tadi..,apa nama anak?”Tanya Pak Kadir. “Er..namakuSamir,aku pun tidak tahu macam mana aku boleh berada di kampong ini..”keluhnya. “Tak apa-tak apa,Samir rehat dulu ya..,nanti pakcik ubatkan luka kamu itu..” “Seri…datang sini nak…bawakan minuman,Samir dah sedar..”jerit Pak Kadir memanggil anak gadisnya. Seri datang tersipu-sipu malu,kain batik menutupi kepala gad...

TANGGAL INI

TANGGAL INI 21 tahun lalu... Sang ibu berjuang bermatian dengan kudrat separuh nyawa dipertaruhkan untuk membimbing si kecil keluar dari rahim,dunia yang penuh kegelapan ke dunia yang penuh cahaya kehidupan. Jalur linangan membasahi pipi mulus sang ibu dek kerana kesakitan menahan perit,dan debaran menanti kelahiran baru mengisi ruang hidupnya. Seketika..raungan si bayi kedengaran memecah kesunyian dewan bersalin. Ibu tersenyum. Abah. Menitis air mata. Cepat dia usapkan. Kerana. Dia seorang abah,lelaki yang tabah. Sang abah menerpa anak keduanya merangkap anak sulong lelaki,dia tersenyum. Diusap-usap pipi mulus bayi itu. Terasa bahagia menguasai jiwa kebapanya. Dibawanga bayi dibalut kain putih itu dipenjuru sudut bilik. Dilaungkan perlahan-lahan kalimah suci tuhan semesta alam,juga nama kekasih tuhan di telinga kecil bayi itu. Jaluran air mata menitis mengiringi laungan azan yang teresak-esak,didakap seeratnya bayi lelaki itu dikucupnya dahi dengan penuh kasih sayang. Itul...

Diskriminasi 3.0

Imej
situasi#1 Seorang doktor dalam bidang perubatan menghuraikan al quran dengan kefahamannya melaluai dengan pembacaan buku-buku agama secara literal,dan beberapa siri ceramah agama. Namun,dengan istilah-istilah perubatan yang ganjil dan sedikit keelokan bahasa penyampaiannya,berjaya memukau hadirin. "Wah...hebatlah doktor tu..walaupun dia bidang akademik tapi boleh ulas ayat quran dengan tepat.." situasi#2 Seorang peguam raya mengulas hadis nabi dengan kefahamannya sendiri melaluai pembacaan buku-buku sirah nabi,dan sedikit maklumat dari internet berkenaan hadis sohih dan dhoif. Namun,dengan gaya bahasa yang lunak dan gerak badan yang mengkagumkan beserta kepetahan melantunkan hujah,berjaya memukau hadirin dengan ilmunya. "Masyallah...tengoklah lawyer tu..walaupun dia bidang undang-undang tapi boleh mensyarahkan hadis nabi dengan cukup hebat!!" situasi#3 Seorang ustaz menghuraikan beberapa masalah ekonomi,jatuh naik matawang melaluai pembacaannya beber...

Doktor Umum

Diceritakan kepada kami perihal Ad Duktur Al Alamah Syeikh Yusri Rushdi Hafizohullah. Syeikh seorang guru mursyid dalam tasawuf dan alim dalam bidang hadis,mengajar kitab-kitab besar hadis seperti Sohih Bukhari,Sunnan Sittah di Masjid Azhar berpuluh-puluh tahun sehingga lah sekarang masih konsisten menyampaikan ilmu pada anak muridnya dari kalangam arab sendiri ataupun wafidin. Syeikh Yusri juga seorang doktor pakar bedah di salah satu hospital besar di kaherah dan menjadi rujukan dunia khusus dalam bidang pembedahan surgery. Di suatu pengajian hadis kitab Sohih Bukhari di Masjid Dardir,sebelum memulakan kelas,seorang lelaki dipertengahan umur datang kearah syeikh yang sedang berada di kerusi untuk memulakan kelas .Setelah salam dan cium tangan syeikh,lelaki itu menunjukkan bengkak beguk di leher kirinya kepada syeikh,beguk itu agak besar,dia mengadu kepada syeikh kerana terlalu sakit dan sudah bertahun-tahun dijangkitan penyakit itu. Syeikh Yusri mengangguk lalu meletakkan ta...

Qamarun Ya Sidnan Nabiy

Imej
Qamarun - Mustafa Atief وَأَجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَرَقَطُّ عَيْن وَأَطْيَبُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النِّسَاءُ خُلِقْتَ مُبَرَّءًا مِنْ كُلِّ عَيْبٍ كَأَنَّكَ قَدْ خُلِقْتَ كَمَا تَشَاءُ قَمَرٌ قَمَرٌ سِيدْنَا النَّبِى قَمَرٌ وَجَمِيل سِيدْنَا النَّبِى وَجَمِيل وَكَفُّ الْمـُـصْطَفَى كَالْوَرْدِ نَادِي وَعِطْرُهَ يَبْقَى اِذَا مَسَّتْ أَيَادِي وَعَمَّ نَوَالُهاَ كُلَّ الْعِبَادِي حَبِيبُ الِله يَا خَيْرَ الْبَرَى وَلَا ظِلُّ لَّهُ بَلْ كَانَ نُورَا تَنَالَ الشَّمْسَ مِنْهُ وَالْبُدُورَ وَلَمْ يَكُنِ الْهُدَى لَوْلَا ظُهُورَه وَلَمْ يَكُنِ الْهُدَى لَوْلَا ظُهُورَه وَكُلُّ الْكَوْنِ أَنَارُ بِنُورِ طَه Kamu sangat indah yang belum pernah lihat oleh mata, Kamu seorang suci yang tidak pernah dilahirkan oleh seorang wanita Kamu diciptakan terhindar daripada keaiban Seolah-olah kamu di ciptakan seperti mana yang kamu kehendaki Qamarun… Bulan…. Bulan…. Kamu umpana bulan wahai penghulu kami… Wahai keindahan… Wahai keindahan… Engkau sangat indah wahai penghulu kam...

Falsafah Si Peminta Sedeqah

Imej
Aku keluar dari rumah, tutup lalu mengunci pintu,membetulkan butang di kolar baju melayu lalu turun ke bawah,walaupun setiap hari naik turun tangga, tingkat lima bukan tempat yang rendah, aku mengeluh, tapi inilah aku yang perlu tempuh bertahun-tahun lagi di sini. Aku terus berjalan,mengunakan 'lorong tikus' yang tidak banyak orang ketahuai kerana lorong itu agak tersembunyi dan sempit,tetapi banyak membantu untuk meng'shortcut'kan perjalanan ke mahattoh bas di Masjid Soleh Jaafari. Tiba di hadapan Mustasyfa Hussein,akan ada dua tiga orang makcik arab duduk di laluan pejalan kaki. "Sodiq...Sodiq..!!"  Itulah dia makcik yang digelarkan 'mama' oleh pelajar melayu disini kerana dia akan panggil pelajar-pelajar Malaysia dan Indonesia sahaja untuk meminta belas. Kekadang lagaknya agak mengelikan hati. Dia peminta sedeqah,tapi minta dengan penuh senyuman, panggil beberapa kali sehingga aku dan lainnya memaling muka, dia akan senyum sambil menadah t...