Catatan

Membaca

Imej
Membaca Dulu aku memang suka membaca, teringat zaman di maahad, dimana kawan-kawan semua berebut nak baca buku, aku pun tak terkecuali,rasa semangat nak membaca buku. Aku beli buku baru, lepas tu beratur orang nak pinjam. Aku pula beratur untuk pinjam buku orang lain. Itulah resamnya. Sungguh harmoni. Setelah aku menyambung pelajaran ke suatu kolej, minat membaca itu sedikit demi sedikit tercabut dari tanah jiwaku. Kerana tiada masa bersama buku. Kerana jadual belajar akademik yang padat membuatkan aku.lepaskan sahaja buku-buku yang aku beli menjadi tempat habuk berehat. Lagipun di sana tiada suasana membaca buku,semua sibuk dengan kelas dan pelajaran masing-masing. Jadi minat itilu semakin layu ibarat mawar yang kering kelopak serta daunannya. Itulah yang terjadi padaku. Setelah aku menjejak kaki ke bumi kinanah ini aku tekad menanam semula benih minat membaca itu sedalam yang mungkin. Dan sekarang sedang menyemai baja dan air agar ia tak sekadar hangat-hangat taik ayam bela...

Monolouque

Imej
Hampir sebulan lebih aku tak menjengah ke blog ini. Tak pastilah ada yang mengikut blog ini ataupun tidak atau mungkin aku hanya bermonolog sendirian di laman ini. Tak apalah asalkan aku dapat menulis dan mencurahkan seberapa buah fikiran dan idea. Ramai orang bertanya kepadaku kenapa tulis dalam blog? Ada ka orang nak baca? Kenapa tak tulis kat Facebook ja? Ini antara beberapa persoalan yang banyak ditanya kepadaku. Sejujurnya aku lebih suka menulis tanpa perhatian orang lain. Aku lebih gemar berkarya dalam alamku agar tiada siapa boleh pengaruhi pimikiran dan penulisanku. Mudah cerita aku menulis untuk diriku sendiri. Jika orang lain nak baca, dia perlu usaha untuk membaca. Perlu buka halaman chrome yang lain untuk membuka laman blog, mungkin agak renyah dan menyusahkan,tapi itu menandakan ada usaha untuk membaca, sedangkan nak baca buku pub kita kena pergi ke kedai buku,keluarkan duit dan baru kita dapat mengetahuai apa isi kandungan penulisan. Ini namanya usaha. Dan bila diu...

Agamawan dan Kita

Imej
Agamawan dan Kita Kebelakangan ini pergeseran antara agamawan semakin rancak dan kian menjerut saluran pernafasan masyarakat yang berada di tengah antara dua blok ini. Dan masyarakat makin bosan dan mual dengan telahan kedua-dua pihak yang saling bercakaran dalam membawa isu agama ini. Namun ada dua perkara yang sama-sama kita fikir dan timbang balik. Pertama, jika kita lihat agamawan zaman sekarang yang menyebalkan itu,ketahuailah mereka adalah sebaya dengan umur ayah-ayah kita. Dan kalian pasti tahu,apa nilai pembelajaran agama pada zaman ayah-ayah kita ini dulu. Kita juga dibesarkan pada zaman itu dahulu. Ya,zaman di mana pengajian ilmu agama hanya kepada pelajar minda kelas terbawah. Jika tak lulus periksa dan malas belajar,maka sekolah agama lah menjadi tempat longgokannya. Sekolah tahfiz,hanya untuk anak-anak yang otak lembab, banyak main, ponteng sekolah dan tak kurang sekolah tahfiz dijadikan 'mesin basuh' kepada mak ayah yang kononnya nak anak mereka berubah de...

Bisa

Imej
Bisa Ular Apabila digigit atau disengat ular,kesakitan yang ditanggung sangat tidak terperi. Bukan sekadar kesakitan itu berpunca dari patukan gigi sang ular,tapi akan bisanya yang meresap menghakis isi daging. Walaupun ular telah dibuang,tapi bisa itu masih menular merebahkan urat saraf. Sahabat, Maksiat yang kita buat bukan bahaya pada pertama kali  dibuat. Tapi bisa yang meresap. Bisa itu mengalir di setiap venamu dan akan terus menghanguskan imanmu. Dan ketahuailah,bisa kepada kepada maksiat adalah KETAGIHAN. Dan ia sangat bahaya. Allahumma iqfirlana zunubana T.T 21/1/16 Darrasah, Cairo.

Ikon Malizi

Imej
"Malaziya?" Seorang lelaki berbaju kemeja dan berkot menegur aku yang dalam perjalanan ke Souq Hussein. "Aiwah,ana Malizi.." Aku mengangguk sambil tersenyum. Memang kebiasaan peniaga di sini menarik perhatian pembeli dari pelbagai pelosok negara dengan menegur para pelanggan mereka. Dengan pengalaman yang ada mereka sudah mengenal raut wajah Pan-Asia tenggara yang mirip-mirip antara Malaysia, Indonesia, dan Thailand. Lelaki yang memegang pemplet promosi kedainya itu mendekati aku manakala aku pula berusaha menghindar kerana tahu tujuannya untuk menarik aku ke kedainya dan lansung menjual barang niaganya. "Malizi ahsan naas.." Lelaki itu memulakan kalam. "Naam..misrin kamaan.."aku membalas dengan maksud menyambut bahawa orang mesir juga baik. Begitulah ayat-ayat pujian orang mesir kepada pelajar malaysia di mesir ini khususnya kerana mereka sangat sukakan orang-orang malaysia yang biasa di kenali dengan adab dan luhur sopan yang sang...

puisitepitingkap#5

Imej
Ketika Tasbih Bercinta Menari. Ikut rentak melodi. Tak berhenti. Terus berpusing, berputar. Tenggelam dalam lembah keasyikan. Terus berpusing,berputar. Khayal dalam kehibaan. Linang mutiara meniti jaluran pipi, Terus berpusing,berputar. Tika. Terjatuh terpunduk. Terduduk tertunduk, Lelah nafas ditarik sedalamnya. Dada berombak memukul bertalu, Tercungap. Terasa beban mengisi ruang rongga jasad. Berat. Sempit. Cungapan juga belum berhenti tapi sudah mula reda. Mata diketap kejap. Bercucur linangan tanpa henti-henti. Melupakan bahana sedang memakan akal cerdas. Tenang sekejap. Jari mengusap pipi yang basah. Akal yang tenang mula memujuk jiwa yang gelora. Tenteram mula menguasai daerah jiwa. Tangan ditanah digenggam padat. Duduk asalnya bersimpuh,bertukar sila. Sila bertukar pasak. Pasak memasang langkah. Langkah terus berlari. Mengusung mimpi. Rentak kaki semakin berkobar. Degupan jantung kian berdebar. Mencapai sin...

Edisi Khas : Bukan Sekadar Menyambung Tahun

Imej
* Artikel ini aku tulis pada tahun lepas untuk mentasyi' adik-adik junior untuk terus menyambung tahun di Kolej Islam Kg.Jawa. Bagiku jalan yang aku tempuhi dulu adalah jalan denai yang sama dilaluai oleh generasi-generasi terdahulu dan sekarang ia bakal dilalui oleh generasi-generasi dibawahku pula. Naskhah pendek ini aku nukil dan dedikasikan kepada kalian semua untuk kembali menilai apa misi dan visi yang penting tapi terpinggir di benak lubuk jiwa kalian dan memberi suatu jajahan persepsi lain selama  meng'infak'kan diri kalian lagi dua tahun di sana. Tidak lain tidak bukan dalam melaksanakan visi keilmuan. Selamat membaca dan menilai. BUKAN SEKADAR ‘MENYAMBUNG TAHUN’ Bismillahiwamanwalah.. Ucap syukur serta redha aku panjatkan ke hadrat tuhan. Tuhan maha kaya dengan sifat Rahman dan Rahim keatas ciptaannya,Maha Perkasa ke atas  kedhaifan makhluknya, Maha Bijaksana atas kedangkalan hambanya, Maha Karya segala kasih dan cinta. Tiada rasa bertuah aku ...