Catatan

HARRY POTTER: PERJALANAN SEBUAH JIWA

Imej
Di samping mengejar kelas talaqqi dan terpaksa berhempas pulas menghadirkan diri  ke kuliah di Markaz Lughah yang hanya berbaki 2 mustawa iaitu selama lebih kurang tiga ke empat bulan lagi, aku mengambil beberapa masa untuk menonton beberapa movie dan cerita sebagai pe’release’ tension,kerana darah mudaku begitulah,sama dengan orang lain,perlukan hiburan,Cuma perlu ada batasan dan kawalan. Aku bercadang nak ulas beberapa aspek dalam post kali ini dengan cara penulisan santai Cuma,tengoklah macam mana. Antara movie yang sangat memberi kesan kepadaku sepanjang aku menonton movie-movie di laptop Lenovo aku ini adalah cerita dari adaptasi novel karangan  paklong J.K. Rowling ni.  Ya . Harry Potter. Ya . semuanya lapan siri. Satu siri lebih kurang satu jam setengah durasi. Dan aku habiskan kesemua lapan siri ini selama hampir satu bulan. Memang asalnya aku tidak berminat,sebab tengok saja poster filemnya membuatkan aku serabut kepala,dan aku tertanya apa ben...

Doktor Umum

Imej
Diceritakan kepada kami perihal Ad Duktur Al Alamah Syeikh Yusri Rushdi Hafizohullah. Syeikh seorang guru mursyid dalam tasawuf dan alim dalam bidang hadis,mengajar kitab-kitab besar hadis seperti Sohih Bukhari,Sunnan Sittah di Masjid Azhar berpuluh-puluh tahun sehingga lah sekarang masih konsisten menyampaikan ilmu pada anak muridnya dari kalangam arab sendiri ataupun wafidin. Syeikh Yusri juga seorang doktor pakar bedah di salah satu hospital besar di kaherah dan menjadi rujukan dunia khusus dalam bidang pembedahan surgery. Di suatu pengajian hadis kitab Sohih Bukhari di Masjid Dardir,sebelum memulakan kelas,seorang lelaki dipertengahan umur datang kearah syeikh yang sedang berada di kerusi untuk memulakan kelas .Setelah salam dan cium tangan syeikh,lelaki itu menunjukkan bengkak beguk di leher kirinya kepada syeikh,beguk itu agak besar,dia mengadu kepada syeikh kerana terlalu sakit dan sudah bertahun-tahun dijangkitan penyakit itu. Syeikh Yusri mengangguk lalu meletakkan t...

Doa Seorang Arab

Imej
Doa Seorang Arab Tidak dinafikan dan kita pun sendiri maklum bangsa arab dikenali bangsa yang pemarah, bengis,dan suka bergaduh walaupun perkara yang kecil. Sehinggakan seseorang tu sanggup keluar dari kereta,dalam kesesakan lalu lintas untuk bertengkar dengan seorang lagi kerana melanggar bonet keretanya. Perbalahan biasanya mengambil masa dalam 20 minit,dan ditambah pula masa kecederaan dengan si pendamai antara kedua-dua laki itu pula sama naik bertengang lehernya. Itulah resmi bangsa arab dan mereka memang difitrahkan begitu. Dan itu sifat bangsa mereka.  Seperti jugalah bangsa melayu dengan sifat melayunya. Chill. Dalam keserabutan hidup amarah dan bengisan mereka, mereka adalah bangsa yang punyai sifat pemaaf yang boleh dipuji. Setelah bergaduh berjam-jam, boleh pula mereka bersapa sanjung selepas pertemuan kali kedua samada secara sengaja atau kebetulan. Itulah arab. Nak cerita tentang arab, mereka bangsa yang mudah mesra pada orang yang mereka tidak kenal,t...

Rutin

Imej
Sabiek-Darasah-Sabiek Pejam celik pejam celik,dah hampir 8 bulan aku berada di tanah mesir ini. Aku menetap rumah sewa di belakang masjid Al Azhar Syarif yang aku kira penempatan yang sangat mencabar dan sangat menguji ketahanan mental fizikal. Aku antara rombongan awal keluar dari rumah asrama anak negeri du bawah kelolaan persatuan dan pegawai Atase negeri. Selepas itu baru keluar berduyun-duyun ke serata rumah sabiek mahupun darasah. Di sini aku jauh dari orang Malaysia dan betul-betul ditengah perut masyarakat arab. Di sini juga aku berurusan sembilan puluh peratus dengan orang arab. Meskipun tak nafikan keadaan di sini sangat daif dan naif dari segi perilaku arab, sampah serata tempat, jalan berdebu, banyak anjing berkeliaran, tapi aku yakin ini semua cabaran yang aku akan tempuhi yang mana jalan ini juga ditempah tokoh ulama sejak zaman berzaman. Paling berharga di sini, tempatku sangat dekat dengan Masjid Azhar,Universiti Azhar,tempat-tempat talaqi seperti Mudhayafah Syei...

Membaca

Imej
Membaca Dulu aku memang suka membaca, teringat zaman di maahad, dimana kawan-kawan semua berebut nak baca buku, aku pun tak terkecuali,rasa semangat nak membaca buku. Aku beli buku baru, lepas tu beratur orang nak pinjam. Aku pula beratur untuk pinjam buku orang lain. Itulah resamnya. Sungguh harmoni. Setelah aku menyambung pelajaran ke suatu kolej, minat membaca itu sedikit demi sedikit tercabut dari tanah jiwaku. Kerana tiada masa bersama buku. Kerana jadual belajar akademik yang padat membuatkan aku.lepaskan sahaja buku-buku yang aku beli menjadi tempat habuk berehat. Lagipun di sana tiada suasana membaca buku,semua sibuk dengan kelas dan pelajaran masing-masing. Jadi minat itilu semakin layu ibarat mawar yang kering kelopak serta daunannya. Itulah yang terjadi padaku. Setelah aku menjejak kaki ke bumi kinanah ini aku tekad menanam semula benih minat membaca itu sedalam yang mungkin. Dan sekarang sedang menyemai baja dan air agar ia tak sekadar hangat-hangat taik ayam bela...

Monolouque

Imej
Hampir sebulan lebih aku tak menjengah ke blog ini. Tak pastilah ada yang mengikut blog ini ataupun tidak atau mungkin aku hanya bermonolog sendirian di laman ini. Tak apalah asalkan aku dapat menulis dan mencurahkan seberapa buah fikiran dan idea. Ramai orang bertanya kepadaku kenapa tulis dalam blog? Ada ka orang nak baca? Kenapa tak tulis kat Facebook ja? Ini antara beberapa persoalan yang banyak ditanya kepadaku. Sejujurnya aku lebih suka menulis tanpa perhatian orang lain. Aku lebih gemar berkarya dalam alamku agar tiada siapa boleh pengaruhi pimikiran dan penulisanku. Mudah cerita aku menulis untuk diriku sendiri. Jika orang lain nak baca, dia perlu usaha untuk membaca. Perlu buka halaman chrome yang lain untuk membuka laman blog, mungkin agak renyah dan menyusahkan,tapi itu menandakan ada usaha untuk membaca, sedangkan nak baca buku pub kita kena pergi ke kedai buku,keluarkan duit dan baru kita dapat mengetahuai apa isi kandungan penulisan. Ini namanya usaha. Dan bila diu...

Agamawan dan Kita

Imej
Agamawan dan Kita Kebelakangan ini pergeseran antara agamawan semakin rancak dan kian menjerut saluran pernafasan masyarakat yang berada di tengah antara dua blok ini. Dan masyarakat makin bosan dan mual dengan telahan kedua-dua pihak yang saling bercakaran dalam membawa isu agama ini. Namun ada dua perkara yang sama-sama kita fikir dan timbang balik. Pertama, jika kita lihat agamawan zaman sekarang yang menyebalkan itu,ketahuailah mereka adalah sebaya dengan umur ayah-ayah kita. Dan kalian pasti tahu,apa nilai pembelajaran agama pada zaman ayah-ayah kita ini dulu. Kita juga dibesarkan pada zaman itu dahulu. Ya,zaman di mana pengajian ilmu agama hanya kepada pelajar minda kelas terbawah. Jika tak lulus periksa dan malas belajar,maka sekolah agama lah menjadi tempat longgokannya. Sekolah tahfiz,hanya untuk anak-anak yang otak lembab, banyak main, ponteng sekolah dan tak kurang sekolah tahfiz dijadikan 'mesin basuh' kepada mak ayah yang kononnya nak anak mereka berubah de...