Catatan

AL: Ekspedisi Nafs (Siri 3)

                                                             NICK AMRU KECHAK!!. Laras pistol ditarik. Sekarang pistol Ammo M16 berada di hujung kepala Ariel. Ariel duduk dalam keadaan bertinggung dan diikat kedua tangannya dibelakang, matanya ditutup dengan perca kain. Seluruh badannya basah dengan peluh gemuruh. Dahi dan muka Ariel juga bengkak dan lebam akibat dipukul dan dihentam keras oleh individu yang tidak dikenali. “Kau siapa sial..?? Apa masalah kau,kenapa tangkap aku,apa salah aku..??” jerkah Ariel kepada orang yang berada di hadapannya. Suasana sunyi. Ariel sudah tahu nyawanya sekarang berada di hujung tanduk. Tapi pikirannya masih runsing apa sebab dia ditangkap...

AL: Ekspedisi Nafs (Siri 2)

                                                            USAMAH Dataran Terbuka Unversiti Kerchi,2012 “Hidup-hidup....hidup mahasiwa..” “Tumbang-tumbang...tumbang kezaliman...” teriak Usamah. “Hidup-hidup...hidup mahasiswa....tumbang-tumbang...tumbang kezaliman..”sambut orang ramai. Para peserta demonstrasi berteriak dengan kobaran semangat yang mendadak bagi menyatakan bantahan mereka pada pihak Universiti yang menaikkan yuran para mahasiwa dan tidak menunaikan hak mahasiswa. Hampir ribuan mahasiswa dan mahasiswi berhimpun di hadapan dataran banggunan pejabat  Yang Dipertua Naib Canselor. Usamah yang didukung terus berucap sambil memegang pembesar...

Dirgahayu NegaraKu

Imej
Sejak kebelakangan ini, aku tak pasti lah aku terasa rindu sangat kat Malaysia. Tambah-tambah makanan yang sangat dirindui keenakkan dan dengan aneka juadahnya *walaupun ada saja dijual di sini*, tapi tetap tak sama seperti di Malaysia. Releks. Ini cuma sedutan prolog sahaja untuk entry aku kali ini. Hari ini aku nak bahaskan tentang suatu perkara yang sering dipandang enteng oleh sebahagian besar mahasiswa Malaysia yang menyambung pengajian mereka di luar negara. Sesuatu yang dikenali sebagai 'Hubb al-Wathon' atau 'Kecintaan kepada Tanah Air'. Ini adalah salah satu krisis identiti terbesar yang melanda student atau lebih mesra panggilan 'duta kecil negara' di persada antarabangsa, tak kisah samada di Mesir, UK, Jepun, Australia atau lain-lain negara yang menjadi pilihan untuk menyambung pelajaran. Secara jujur, perkara ini aku terilham dari sebuah filem box office Indonesia yang berjudul 'Rudy Habibie'. Tak perlu rasanya untuk aku explain t...

Ulasan Buku #1

Review Buku ‘Intisari Peradaban Islam’[ Al Kamīn Fil Hadarah Al Islamiýah] Maulana Ad Duktur Nuruddin Ali Jumaah. Pertama sekali, kenapa saya memilih untuk mengulas buku ini? Buku ini adalah karya pertama Maulana Ali Jumaah yang saya baca dan membuka minda serta sisi pandang saya secara peribadi terhadap istilah Tamadun Islam. Selain itu, buku ini merupakan kunci pembuka kepada saya dalam mendalami pemikiran dan idea Maulana Ali Jumaah terhadap Turath(Warisan) dan bagaimana mengimplikasikan dalam dunia Modernisasi. Sebelum memulakan, saya akan mengunakan istilah panggil ‘Maulana’(Guru yang kami muliakan) untuk merujuk kepada penulis sebagai satu implimentasi adab kepada beliau. Baik, buku ringkas ini adalah satu kesimpulan bersepadu yang ditulis bagi membenarkan pembuktian-pembuktian tentang kewujudan sebuah tamadun yang diberinama Tamadun Islam, unsur atau teras utama Tamadun Islam, serta beberapa persoalan berkaitan dengan solusi yang boleh kita ...

Seminggu Berhibernasi

Alkisahnya, bermula 28 Ogos lepas, secara rasmi kebanyakan kelas pengajian talaqi telah dijedakan untuk memberi laluan kepada cuti sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba. Jadi, bermula hari itu, yakni hari Ahad, aku cuba ubah rutin harianku yang aktif menjadi pasif secara 180˚ darjah. Selama seminggu itu, aku memerapkan diri aku di dalam bilik dengan mood hibernasi setelah sememangnya agak keletihan hari-hari aku pergi balik kelas, mengadap buku, menghafal matan, murajaah, muzakarah dan lain-lain lagi. Jadi mood Hibernasi ini aku aktivatekan dalam tempoh seminggu ini. Konon-konon nak berlepas diri dari dunia ilmu dan belajar. Apa saja yang aku buat? Hah..sini aku storykan .. Aktiviti paling dominan tentulah melenyakkan badan ke tilam empuk. Itu tak aku nafikan, sememangnya aku rehat *gila-gila* seminggu tu. Lepas bangun tidur, aku mengadap laptop, dan 'manfaat'kan sebetulnya internet yang kadang timbul kadang tenggelam akibat pertembungan gelombang-gelomba...

Puisitepitingkap#6

Malaikat Yang Tersenyum Malaikat itu tersenyum, Titisan embun menitis kemalasan, Dari pusara daunan hijau nan mekar, Pagi yang dingin di bawah redupan awan, Sang mentari melebarkan rambut segaknya, Warga alam tampil meriang, Menyambut sinar hari memendam gelita malam. Malaikat itu terus tersenyum, Si molek gedik memangil ibunya, Dalam sangkar kebahagian, Sang ibu pulang, Menyuap santapan seharian kelaparan, Putaran hari yang tenang, Hingga malam menanti esok siang. Malaikat itu masih tersenyum, Deruan bingit aliran sungai, Berlari tanpa duka mengusung kedamaian, Sang ikan menari keriangan, Menikmati indah keharmonian sebuah taman, Siang dan malam seakan berpelukan, Tiada mahu pisah berjauhan. Namun... Hari ini, Malaikat itu, Tiada lagi senyuman dibalik wajah sucinya, Melihat sang makhluk berakal, Rakus menelan jiwa indah dengan lahapnya, Mengoyak cebisan-cebisan permai, Dengan nasfu serakah yang meliar, Melenyapkan suara ketelusan, Diganti api menghangus...

AL: Ekspedisi Nafs (Siri 1)

Imej
                                                                 MAJDI Kampung Senangin,2012 Majdi.Umurnya genap 30 tahun. Berbadan tegap, dada bidang, sederhana tinggi, mempunyai  cukup sifat lelaki melayu terakhir. Sekarang sudah beristeri tetapi belum dikurniakan anak walaupun hampir 5 tahun di alam perkahwinan. Manisah,nama isterinya. Mereka hidup serba sederhana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,tapi hidup yang serba cukup menadah rezeki dari Allah Jalla wa A’la membuatkan mereka tidak pernah mengeluh. Pasangan bahagia ini tinggal di sebuah rumah kayu, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, berdekatan dengan pesisir pantai Teluk Senangin. Majdi juga seorang warak dan kuat ibadahnya pada Allah. Hidupnya yang susah pada zahirnya, membuatkan dia lebih bersyukur dan berasa dekat den...