Catatan

Catitan 9

[18/2/20] |Day 9| 8.00 am: Pagi ni aku beranikan diri ikut tips Imran, amik breakfast kat hostel, katanya kita memang bayar sekali dengan harga breakfast. Aku pun dengan keringnya masuk dining room dengan berkain pelikat bersweater amik satu-satu makanan, ada waffle, aku sapu dengan coklat, dengan jem blueberry, tekan hot choc kat water dispenser, gapai sebiji epal, makan kat tempat paling sudut. Serius sedap!! Cuma aku tak sempat merasa sandwich ja..kalau tak dah complete.  9.00 am: Aku paling awal turun makan, yang lain mandi dulu, lepas selesai makan aku bersiap barang, buang air dan mandi, yang lain pula turun makan. 10.15 am: Check out Meineger Hotel. Untuk hari ni kami asalnya plan ke 3 tempat: Brussel Antwart/Gent Bruges Last destinasi kami di Bruges sebab dari situ saja boleh ambil bas untuk ke London Malam ini.  Bermula di Brussel, tempat pertama kami lawati ialah Grand Palace, tempat wajib dilawati jika tiba di Brussel.  Di situ jika ...

Catitan 8

[17/2/2020] |Day 8| 7.00 am: Kami bangun dan sarapan di tingkat atas. Yang bestnya kat hostel ni adalah sarapannya percuma, ini adalah tempat pertama kami dapat makan free, memang tak bagi chance kami hadap mana selagi boleh sumbat.  Aku makan cereal versi european, sebelum ni makan koko crunch, honey star dan adik beradiknya saja, harini macam-macam jenis ada. Bukan itu ja, air pulak boleh bancuh sendiri, aku buat hot chocolate, dan last buat roti bakar disapu jem dan butter.  10.00 am: Lepas makan, kami bersiap untuk check-out. Harini ni kami perlu ke Rotterdam untuk naik bas dari situ ke Belgium.  Harini baru nampak suasana dinihari di Netherland, luasnya padang rumput menghijau, pelandang mengurus ladang dan ternakan, tali air jernih mengalir mengairi tanaman. Susunan dan reka bentuk rumah juga cantik. Aku nikmati sepuasnya permandangan itu kerana perancangan perjalanan kami di Netherland agak terciduk kerana cuaca, banyak tempat cantik-cantik di Am...

Catitan 7

[15 Feb 2020] | Day 7| 7.15 am: Tiba di Amsterdam Main Station, turun saja dari bas, angin bertiup membantai tubuh kami, terhuyung-hayang dibuatnya, dengan menanggung kurang-kurang 10kg atas belakang, mahu terbalik juga masa tu. 8.00 am: Sampai di kaunter, tanpa buang masa kami bertanyakan jika ada one-day-pass sepertimana di German, cuma hanya ada untuk single tak ada untuk group traveller, berharga 17€ seorang selama 24 jam. Kami decide stay di station hingga jam 10, jadi boleh pakai untuk 10 pagi esok untuk bergerak ke Rotterdam. Selama dua jam agak pishang, lepak atas lantai sejuk memandangkang tiada kerusi untuk duduk. Cuma nasib baik ada free, terubat sikit kepishangan tu. Masa kami berehat itu, kami sempat berkenalan dengan sorang solo backpackers dari Singapore, patut perasan muka kemelayuan sikit, kami pun berborak dalam bahasa melayu rojak english sikit-sikit.  Imran baru berumur 26 tahun, kerja Kelasi Kapal Laut, katanya dia kerja atas laut selama 4...

Catitan 6

[15/2/2020] |Day 6| 6.00 am: Salah seorang daripada kami terjaga dari tidur, rupa-rupanya bas kami terlepas satu stesen, kami sekarang berada di    Huddenborf    kira-kira 30 km dari Leverkusen(tengok google map), lantas aku terus bertanya kepada driver macam mana nak ke sana balik, dia kata boleh turun kat stesen depan, ambil train ke Leverkusen.  6.30 am: Kami berjalan ke Huddenborf Main Station. Di sini kami plan balik perjalanan untuk hari ini.  3 tempat yang akan kami singgah dan kesemua berdekatan antara satu sama lain: Cologne(sebutan Kolon) Cathedral. Huhenzelorren Bridge Cologne Oldtown Sebelum kami bergerak ke Cologne Makn Station, kami beli tiket untuk next trip iaitu dari Cologne ke Amsterdam berharga 32 € seorang.  9.30 am: Untuk bergerak ke Cologne, kamk tak pakai tiket one-day-pass sebab agak merugikan, kerana kami tak pakai full day dan tak banyak pakai transport, hanya berjalan sahaja.  10.30 am: Sampai...

Catitan 5

[14 Feb 2020] |Day 5| 8.00 am: Bersiap dan sarapan, pihak hotel ada sediakan sarapan, bayar 7€ dan makan seberapa banyak yang mahu, ada roti, ada sandwich, cereal dan lain-lain.  Aku cuma masak pasta yang masih ada, masak guna minyak zaitun, bawang putih, lada hitam dan serpihan daun saderi. Sedap sarapan pagi ni aku buat.  9.00 am: Kami berbincang untuk next destination, ada dua pilihan samada ke Frankfurt atau ke Cologne, bila tengok youtube, di Cologne lebib banyak tempat untuk dilawati.  10.00 am: Check-out hotel. -Semasa ini kami buat tempahan Flixbus ke Cologne, tapi tempahan terbatal atas masalah tertentu. Jadi tidak dapat tidak kami kena beli tiket terus ke kaunter.  -Harga tiket dari Munich ke Cologne 37€, perjalanan mengambil masa 8 jam, bertolak jam    9 malam ini. 11.00 am: Kami decide untuk lawat dua tempat sahaja memandangkan kedua-dua tempat berdekatan dengan stesen metro, mudah untuk bergerak dan tak jauh jalan mema...

Catitan 4

[13 Feb 2020] |Day4| 1.00 am: Kami terpaksa keluar dari bangunan kerana ditutup jam 1 pagi.  -Semasa ini kami ada dua pilihan, samada stay di Bus Station atau ke Train Station. Ikut nasihat dari Weils(roommate kami di Balmers) lebih baik ke train station, lebih selesa dan kurang sejuk. Tetapi masa tu kami masih taradud mengenangkan train station di Zurich juga ditutup waktu sebegini, kalau pergi dan tutup, letih saja, jdi kami decide untk stay di bawah bangunan tempat tunggu bas. 1.30 am: Malam ni malam yang sangat perit buat kami, kami terpaksa menahan sejuk 3 drjah celcius sehingga subuh kira-kira jam 6 pagi.  -Hampir beku kaki aku dibuatnya, aku sarungkan sehelai lagi stokin untuk kurangkan sejuk kat kaki, ambil ridak balut badan. Macam-macam tektik kami buat untuk panaskan badan, ada yang berjoging, ada bakar tisu, ada yang sampai tidur dalam lif!!(itu aku..haha >0<) 5.00 am: Akibat tak tahan sangat, kami decide jalan perlahan-lahan ke hotel yang lebi...

Backpacker Azhari: Catitan 3

[12 Feb 2020] |Day 3| 7.00 am: Bangun untuk solat dan bersiap, juga buat sarapan masing. Aku masih masak pasta yang ada, sebab di sini mudah untuk dimasak pasta, meggi jugak boleh dijimatkan. 10.00 am: Kami buat grup discussion untuk next trip, sambil lepak di bilik unggun api. Sedang kami berbincang, datang Uncle Alex, pemilik Balmers Hostel, kami beramah mesra dengannya, dia peramah sungguh, sampai hadiahkan kami sorang sebatang pen dan juga duit syiling swiss tahun 2001.  Bila berborak-borak, kami gitau kami dah nak gerak, uncle alex perasan salah seorang dari kami kakinya sakit, lantas dia terus offer untuk hantar ke station guna kereta dia. Asalnya kami menolak risau susahkan, dia tetap berkeras. Uncle Alex balik ke rumahny dengan basikal dan datang dengan kereta. Siap buat dua trip sebab kami 5 orang sekali beg.  Setiba di station, kami hadiahkan pula kepada dia duit Rm5 sebagai kenangan kepadanya juga kepada kami, katanya akan datang ke Malaysia dua ...