Catatan

Isolasi

Seusai tamat peperiksaan hari terakhir 28 Julai 2020, secara rasmi aku menamatkan sesi pengajian di Universiti Al-Azhar, menghabiskan sisa-sisa masa lagi di Mesir.  Kalau nak dicerita cereka, sememangnya tahun ini tahun yang sangat menguji jiwa raga, tahun covid-19 melanda sarwa dunia, mengecam nyawa hampir suku umat manusia. Tamadun besar eropah dan barat hampir collapse dek penangan sebangsa virus ini. Dahsyat betul.  Dek kerana itu, manusia dihambat mengunci diri di kediaman masing-masing, isolasi dari dunia luar, di sana bangsa seni diberi nama si corona sedang melapah-lapah umat bani adam. Segalanya berubah, jalan raya yang sesak jadi lenggang, pasar raya yang penuh jadi sunyi, kepulan asap hitam menghakis ozon pun tiada terlihat di mata, kini bangsa haiwan pula bermaharajalela menhirup udara segar di luar, sedangkan manusia sedang sesak di kurungan. Dunia seakan terbalik.  Begitu perihalnya di bumi Mesir, di awal fasa seluruh pelajar tak terlepas...

TWITTER JAYA

Sudah lama aku tak menulis kat blog ini. Bukan sebab kekangan masa pun, lebih kepada malas nak menaip panjang-panjang. Lagipun aku lebih aktif menulis kat akaun twitter,    sekarang menuju ke angka 2 ribu follower.  Sebenarnya aku dah tahu lama platform Twitter ni, dari sekolah lagi aku tengok kawan-kawan aku dah main twitter, cuma aku masih kekal berada di Facebook.  Tahun 2016-2019 adalah tahun di mana aku banyak menulis kat FB, aku mula menulis dan mencatit bab manhaj, al-Azhar, dan beraneka ragam penulisan, boleh dikatakan sejak itu aku dikenali, sebab penulisan aku digemari dan aku tahu ramai yang follow apa buah fikir aku. Selain itu orang juga kenal aku dengan kelantangan kritik tentang Bahasa Melayu, ketika mana asatizah masih kurang pendedahan tentang perkara ini, aku tampil beri kritikan dan pendedahan soal kepentingannya. Sehingga pada tahun 2018, aku diundang oleh pihak MP3M untuk beri talk bab Bahasa Melayu, aku mewakili Malaysia bergandingan d...

Catitan 9

[18/2/20] |Day 9| 8.00 am: Pagi ni aku beranikan diri ikut tips Imran, amik breakfast kat hostel, katanya kita memang bayar sekali dengan harga breakfast. Aku pun dengan keringnya masuk dining room dengan berkain pelikat bersweater amik satu-satu makanan, ada waffle, aku sapu dengan coklat, dengan jem blueberry, tekan hot choc kat water dispenser, gapai sebiji epal, makan kat tempat paling sudut. Serius sedap!! Cuma aku tak sempat merasa sandwich ja..kalau tak dah complete.  9.00 am: Aku paling awal turun makan, yang lain mandi dulu, lepas selesai makan aku bersiap barang, buang air dan mandi, yang lain pula turun makan. 10.15 am: Check out Meineger Hotel. Untuk hari ni kami asalnya plan ke 3 tempat: Brussel Antwart/Gent Bruges Last destinasi kami di Bruges sebab dari situ saja boleh ambil bas untuk ke London Malam ini.  Bermula di Brussel, tempat pertama kami lawati ialah Grand Palace, tempat wajib dilawati jika tiba di Brussel.  Di situ jika ...

Catitan 8

[17/2/2020] |Day 8| 7.00 am: Kami bangun dan sarapan di tingkat atas. Yang bestnya kat hostel ni adalah sarapannya percuma, ini adalah tempat pertama kami dapat makan free, memang tak bagi chance kami hadap mana selagi boleh sumbat.  Aku makan cereal versi european, sebelum ni makan koko crunch, honey star dan adik beradiknya saja, harini macam-macam jenis ada. Bukan itu ja, air pulak boleh bancuh sendiri, aku buat hot chocolate, dan last buat roti bakar disapu jem dan butter.  10.00 am: Lepas makan, kami bersiap untuk check-out. Harini ni kami perlu ke Rotterdam untuk naik bas dari situ ke Belgium.  Harini baru nampak suasana dinihari di Netherland, luasnya padang rumput menghijau, pelandang mengurus ladang dan ternakan, tali air jernih mengalir mengairi tanaman. Susunan dan reka bentuk rumah juga cantik. Aku nikmati sepuasnya permandangan itu kerana perancangan perjalanan kami di Netherland agak terciduk kerana cuaca, banyak tempat cantik-cantik di Am...

Catitan 7

[15 Feb 2020] | Day 7| 7.15 am: Tiba di Amsterdam Main Station, turun saja dari bas, angin bertiup membantai tubuh kami, terhuyung-hayang dibuatnya, dengan menanggung kurang-kurang 10kg atas belakang, mahu terbalik juga masa tu. 8.00 am: Sampai di kaunter, tanpa buang masa kami bertanyakan jika ada one-day-pass sepertimana di German, cuma hanya ada untuk single tak ada untuk group traveller, berharga 17€ seorang selama 24 jam. Kami decide stay di station hingga jam 10, jadi boleh pakai untuk 10 pagi esok untuk bergerak ke Rotterdam. Selama dua jam agak pishang, lepak atas lantai sejuk memandangkang tiada kerusi untuk duduk. Cuma nasib baik ada free, terubat sikit kepishangan tu. Masa kami berehat itu, kami sempat berkenalan dengan sorang solo backpackers dari Singapore, patut perasan muka kemelayuan sikit, kami pun berborak dalam bahasa melayu rojak english sikit-sikit.  Imran baru berumur 26 tahun, kerja Kelasi Kapal Laut, katanya dia kerja atas laut selama 4...

Catitan 6

[15/2/2020] |Day 6| 6.00 am: Salah seorang daripada kami terjaga dari tidur, rupa-rupanya bas kami terlepas satu stesen, kami sekarang berada di    Huddenborf    kira-kira 30 km dari Leverkusen(tengok google map), lantas aku terus bertanya kepada driver macam mana nak ke sana balik, dia kata boleh turun kat stesen depan, ambil train ke Leverkusen.  6.30 am: Kami berjalan ke Huddenborf Main Station. Di sini kami plan balik perjalanan untuk hari ini.  3 tempat yang akan kami singgah dan kesemua berdekatan antara satu sama lain: Cologne(sebutan Kolon) Cathedral. Huhenzelorren Bridge Cologne Oldtown Sebelum kami bergerak ke Cologne Makn Station, kami beli tiket untuk next trip iaitu dari Cologne ke Amsterdam berharga 32 € seorang.  9.30 am: Untuk bergerak ke Cologne, kamk tak pakai tiket one-day-pass sebab agak merugikan, kerana kami tak pakai full day dan tak banyak pakai transport, hanya berjalan sahaja.  10.30 am: Sampai...

Catitan 5

[14 Feb 2020] |Day 5| 8.00 am: Bersiap dan sarapan, pihak hotel ada sediakan sarapan, bayar 7€ dan makan seberapa banyak yang mahu, ada roti, ada sandwich, cereal dan lain-lain.  Aku cuma masak pasta yang masih ada, masak guna minyak zaitun, bawang putih, lada hitam dan serpihan daun saderi. Sedap sarapan pagi ni aku buat.  9.00 am: Kami berbincang untuk next destination, ada dua pilihan samada ke Frankfurt atau ke Cologne, bila tengok youtube, di Cologne lebib banyak tempat untuk dilawati.  10.00 am: Check-out hotel. -Semasa ini kami buat tempahan Flixbus ke Cologne, tapi tempahan terbatal atas masalah tertentu. Jadi tidak dapat tidak kami kena beli tiket terus ke kaunter.  -Harga tiket dari Munich ke Cologne 37€, perjalanan mengambil masa 8 jam, bertolak jam    9 malam ini. 11.00 am: Kami decide untuk lawat dua tempat sahaja memandangkan kedua-dua tempat berdekatan dengan stesen metro, mudah untuk bergerak dan tak jauh jalan mema...