Catatan

Bagaimana Aku Membaca(1): Bibliophile

Imej
  Pertama-tamanya, aku rasa semenjak kecil kita semua pernah berkongsi suatu persamaan, iaitu di ruangan ‘hobi’ dalam Biografi Diri sewaktu kecil-kecil dulu. Betoi tak? Kalau tak hobi membaca mesti tulis kumpul setem. Entahlah walaupun aku rasa generasi aku tu dah semakin terhakis rupa setem dalam kamus hidup kami. Biarkan lah yang itu. Kat sini aku nak fokuskan tentang ‘membaca’. Aku sebenarnya bukanlah versi ‘ulat buku’ yang sebenar-benarnya, mungkin dalam 70% sahaja jiwa itu merasuki mindaku. Aku cuma minat buku, minat membaca, serta minat tambah maklumat dan minat berkongsi apa maklumat yang aku ada.  Ya..aku sangat minat buku atau nama saintifiknya ‘Bibliophile’. Kalau ada orang jenis minat Ps5 dan tergila-gila nak kumpul koleksi game, kalau ada jenis yang suka mekap dan suka beli banyak-banyak alat solek, kalau ada yang minat simpan koleksi merchandise apa-apa watak superheroes, ya..di sana ada makhluk bibliophile yang di sanggup bergadai duit, tak makan sehari, bergolok...

Galau

Imej
Galau, Dipulau di pulau, Ditempa di relau, Disumpah di tanah, Dipindah di ranah. Galau, Kepulan dihembus, Riak merakus, Menembus usus. Galau,  Kian suram, Jelaga menghitam. Galau,  Jiwaku kacau! 28/11/20 Kulim

Ia Wujud

Imej
  Hari ketiga kuarantin. Tingkat 22. Bilik 22019.  Clio Sunway Hotel.  Sebenarnya, sampai ke harini aku masih teringat pengalaman angker yang mengoyak logikku, menghambat imaginasiku ke bulan purnama. Pertama kali batinku diserang bertubi-tubi tentang kewujudan ‘sang peneman’ sewaktu kuarantin tempoh hari. Jika sesiapa yang ada tengok ‘story’ aku di whatsapp tentang penemuan sehelai rambut lebih kurang 20cm yang aku temui di atas singki bilik air, sebenarnya ada cerita susulan yang tidak aku khabarkan yang terjadi, aku diamkan untuk menjaga logikku agar tidak terkoyak rabak dek berbaki hari-hari yang masih panjang di bilik 22019.  Penemuan pertama helaian rambut itu sebenarnya menjadi tanda tanya di benakku akan kehadirannya, segala teori telah ku susun untuk menghambat akalku di pertengahan logika, kawan-kawan juga ramai membantu, ada yang kata rambut room servis, ada kata makcik cleaner, yang lagi advance makcik karipap! Tapi itulah aku kat tingkat 22, jenuh jugak ...

Rehlah Tahtawiyah 1

  [Hari Pertama] 26 Oktober 2020 10.30 pm: Tiket yang dibeli untuk bertolak dari Cairo ke Suhaj pada jam 11.30 malam, kami tiba awal di stesen keretapi Ramses sebagai persediaan dan tidak mahu bergegas mengejar keretapi. Aku, Mursyid dan Ustaz Ridho menaiki train bernombor 890 di platform 10, sedangkan Islah tiketnya asing menaiki Qitor Russi(tidak berpendingin hawa) di platform 9 bergerak jam 11.15 malam.  11.30 pm: Hampir satu jam berdiri menunggu, akhirnya train sampai, kami terus berlari anak ke gerabak 9 kelas dua, aku menduduki kerusi bernombor 42 bersebelahan dengan orang arab, Mursyid dan Ustaz Ridho duduk bersebelahan.  Ustaz Ridho dan Mursyid masih berborak bertukar pandangan memgenai Indonesia-Malaysia, sedangkan aku perlahan-lahan mengenakan earfon untuk berehat dan menenangkan minda memulakan perjalanan 6 jam ke Suhaj.  Di awal perjalanan aku kerap berbalas mesej dengan Syaikh Mustofa untuk update perjalanan dan stesen-stesen yang kami singgah agar tidak...

Si Dagang Kerudung

Teruntuk dirimu Si Dagang Kerudung,  Kelana ratna dewi nan sanjung,  Ke sana sini kandar digendong,  Berputik bahadur persada anjung.  Daganglah kerudung,  Jangan dipandang pandang yang untung, Tiada bisa diraih junjung,  Raih didamba sekelumit rampung. Wahai si dagang, Lelahmu tiada terbilang,  Jiwamu dibadai ombak arungan,  Berpencak cita, bersulam angan. Usahlah resah gelisah, Akan rezkimu tiada berpisah,  Di sana ada jalan buatmu,  Kembali kelana, Mengapai saujana,  Meruntun angsana,  Mengutip permata,  Jauh di dunia yang lebih nyata. 14/9/20 Si Pena Alpa, Darosah,  Mesir.

Lebarkan Sayap Sebelum Terbang (1)

“Kita mengaji ikhlas kerana akhirat, bukan sebab kerja untuk dunia” Ya..betul..tapi ini terlalu idealis. Penuntut ilmu agama tak boleh terus beromantisme begini. Hasilnya, para asatizah jadi mandul, tak berdaya saing, dan banyak balik Malaysia, lepas tamat belajar menganggur. Akibat, tiada perancangan, hanya tawakal dan berserah. Sekurang kita perlu idrak waqie’ dan tahu apa cabaran, dan well prepared untuk survive nanti.  Oleh kerana itu, aku sendiri perlu mulakan langkah sebelum menamatkan pengajian di fasa degree, walaupun sebenarnya aku dah buat sekitar dua tahun lalu, sedikit demi sedikit.  Ini perancangan jangka masa panjang, visiku jauh bagaimana mahu berenang di lautan realiti terutama dalam industri pekerjaan kelak di Malaysia. Aku mahu kongsikan serba sedikit moga dapat membantu serba sedikit sahabat membuka mata akan realiti sebenar. Pertama: Semenjak tahun 3, aku sudah jalinkan hubungan dengan para pensharah yang mewakili madrasah pemikiran masing-masing di Malaysi...

Pendekkan Anganmu

 “ Jangan target sambung master selagi tak habis degree.” Yup, macam pelik kan. Ini penyakit dan langkah yang salah bagi pelajar tahun awal terutama pelajar azhar. Kenapa aku cakap begitu, sebab yang cakap gitu sendiri tak tau apa itu master, apa sistem dan prosesnya.  Banyak yg aku tanya kebanyakan yg nak sambung master budak markaz dan tahun 1, then guess what? Bila tanya tanya budak tahun 2,3,4 ramai yang akan kata tak mau dah..degree pun dah perit wooo..ya ini realiti. Kita banyak nak sambung master tanpa ada plan, hanya semangat2 awal ja, bila dah tempuh degree baru tahu langit tinggi rendah. Dan meletakkan visi master di peringkat awal tak membantu kalian semangat belajar sangat pun, malah akan mudah luntur sebab target terlalu jauh, sedangkan hakikatnya masih di tahun 1. Visi yg terlalu jauh akan mudah lemahkan semangat.  Jadi, apa perlu buat?  Target habiskan degree dalam masa empat tahun!!!  Yup! Manfaatkan masa 4 tahun itu semaksimum mungkin. Kalau bol...