Catatan

Dedikasi Buat Guruku

Imej
  Dedikasi tidak terhingga buat para guru yang selama ini mendidik daku di sepanjang perjalanan sekolah kehidupan.   Sekolah yang mengajari daku erti kebebasan, erti ketabahan dalam menelusuri ranah yang penuh berduri. Tiada dayaku menapak tanpa pimpinan sang guru. Sang guru yang mengusap daki-daki kejahilan tanpa lelah, hingga yang tinggal hanya jasad suci tanpa cela. Sang guru yang menyuap permata ilmu penuh hikmah, tiada marah-marah, malah ramah-tamah.  Sang guru yang mengubat sukma, agar jiwa suci bak nirmala.  “Tiada aku kenal tuhanku, jika tiada wujud guruku”.  Jika tiada guru mengajari abjad, manakan seseorang itu mampu membaca buku berabad. Jika tiada guru mengajari sifir, manakan lahir insan yang mahir.  Jika tiada guru mengajari tentang alam, manakan ada yang mampu menelusuri laut dalam, malah angkasa raya yang kelam.  Ya, kesemua itu membawa kepada mengenali Tuhan.    Setiap pada jiwa seorang guru berkehendak ia untuk muridnya meng...

Kolam Kerjaya

Imej
  Detik berganti detik, batang tubuhku terperosok dalam penjara zaman, tidak mampu bergerak ke masa lalu atau ke masa hadapan, ya, itulah dinamakan banduan masa. Kekadang mindaku menerawang ke saat indah berteleku di hadapan para guruku di Mesir, kekadang pula berterbangan memilkirkan apa yang bakal aku tempuhi dalam tempoh beberapa tahun di tanah airku ini. Aku kini sudah 5 bulan sepulangnya ke jana bijanaku, tidak kurang aku katakan bahawa masaku agak padat dengan pelbagai aktiviti, seingat aku, aku hanya betul-betul rehat pada bulan pertama saja setelah menjejakkan kaki ke Malaysia, hatta sewaktu dua minggu kuarantin pun aku sudah bersibukan. Huh. Untung sabut timbul, selepas dua bulan di rumah, aku tidak lama menanam jagung, Allah rezekikan aku mendapat kerja sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah agama di pekan Kulim. Di sini, baru aku rasakan realiti sebenar di alam pekerjaan, berada dalam organisasi, adanya rakan sepekerja, adanya majikan, rasa bagaimana dapat gaji...

Bagaimana Budak Berfikir

Imej
“Ustaz..kenapa ustaz pakai baju sama yang minggu lepas” Pernyataan dari Darwisy menyeretkan memoriku ke jengka masa beberapa hari lepas.  “Eh..aku pakai baju yang sama minggu lepas ka?”  Monologku sambil menggaru kepala yang tak gatal.  Seingat aku aku pakai baju lain-lain setiap hari dan aku pun tak ingat dah pakai baju apa minggu lepas. Aku gelak keseorangan tanpa sedar.  Darwisy masih termanggu depan aku.  “Ciss..bijak ini budak!” Getus sanubariku.  Sebenarnya aku dah fikir lama benda ni. Iaitu macam mana budak-budak berfikir. Ya..aku pernah jadi budak..hampa yang baca pun pernah..tapi masa tu kita pun tak tau bagaimana kita berfikir. Jiwa dan minda kita adalah fitrah. Fitrah inilah keajaiban Tuhan. Manusia belajar dengan apa yang ada disekelilingnya, tanpa silibus, tanpa sistem, manusia belajar dari alam.  Itulah etimologi kata ‘pengalaman’. Masih tak perasan?  Kejap. ‘Peng[Alam]an’. Nampak?  Pengalaman dalam bahasa melayu mengandung makn...

Petrikor

Imej
Renyai gerimis, Menyentuh pipi bumi, Sang angin berdesir, Daunan mati berguguran,  Berlari bersama menutup jalan. Lama sungguh bumi tidak basah. Telinga ini menangkap bunyi merdu, Rintik menari  Di arena atap nan riang, Hidungku menyambut bauan, Sedap sungguh, Bau datang dari bawah, Naik ke atas menusuk khaisyum. Pabila titisan hujan, Dan tanah yang gersang, Saling bercium,  Berpelukan penuh cinta,  Lahirlah suatu jiwa, Aromanya sungguh nyaman. Kalian pernah menikmatinya? Salam kenal,  12/3/21 Masjid Sungai Seluang, Hujanlebat.

Perihal Hati

Imej
Hati ini sungguh merumitkan, mengusutkan.  Kenapa begitu? Dari segi bahasa pun sudah mengelirukan.  Lihat ya..bila kita hendak ungkapkan frasa hati, tetapi tangan memegang memberi isyarat kepada kawasan dada sebelah kiri. Ya..itu jantung! Kenapa tangan kita tidak menghala ke sudut bawah kiri sebelah perut. Itulah kedudukan hati sebenar!  Itu saja sudah memeningkan bukan?  Hati, perkataan ini memang selalu digunakan. Ingat tak ayat ini “Berhati-hati di jalan raya” Haa..adakah nasihat ini hanya suruh menjaga hati saja? Bukan seluruh anggota badan?  Maka..kita faham disini terma ‘Hati’ di sini mengungkap ma’na ‘diri’ iaitu ‘Jaga diri’.  Hati, ia juga jiwa. Pernah dengar frasa ‘Jiwa Raga’? Jiwa itu ruh, raga itu jasad.  Ruh yang terkandung dalam jasad. Jasad yang memenjarakan ruh, yang mengikatnya dengan sulbi. Itulah hidup.  Jika jiwa terpisah dari raga maka itulah kematian. Jiwa itu juga nyawa. Sebab itu kita selalu juga dengar “Beberapa jiwa sudah ...

Bagaimana Aku Membaca(1): Bibliophile

Imej
  Pertama-tamanya, aku rasa semenjak kecil kita semua pernah berkongsi suatu persamaan, iaitu di ruangan ‘hobi’ dalam Biografi Diri sewaktu kecil-kecil dulu. Betoi tak? Kalau tak hobi membaca mesti tulis kumpul setem. Entahlah walaupun aku rasa generasi aku tu dah semakin terhakis rupa setem dalam kamus hidup kami. Biarkan lah yang itu. Kat sini aku nak fokuskan tentang ‘membaca’. Aku sebenarnya bukanlah versi ‘ulat buku’ yang sebenar-benarnya, mungkin dalam 70% sahaja jiwa itu merasuki mindaku. Aku cuma minat buku, minat membaca, serta minat tambah maklumat dan minat berkongsi apa maklumat yang aku ada.  Ya..aku sangat minat buku atau nama saintifiknya ‘Bibliophile’. Kalau ada orang jenis minat Ps5 dan tergila-gila nak kumpul koleksi game, kalau ada jenis yang suka mekap dan suka beli banyak-banyak alat solek, kalau ada yang minat simpan koleksi merchandise apa-apa watak superheroes, ya..di sana ada makhluk bibliophile yang di sanggup bergadai duit, tak makan sehari, bergolok...

Galau

Imej
Galau, Dipulau di pulau, Ditempa di relau, Disumpah di tanah, Dipindah di ranah. Galau, Kepulan dihembus, Riak merakus, Menembus usus. Galau,  Kian suram, Jelaga menghitam. Galau,  Jiwaku kacau! 28/11/20 Kulim