Catatan

Ma’na Kawan

Kerap kali kita struggle untuk mencari ma’na dan terjemahan sebenar apa itu kawan.  Bagi aku, ‘kawan’ pada pandang serak aku, tika mana di bangku sekolah, itulah istilah kawan yang sangat dekat dengan kita. Dan aku dikelilingi dengan kawan yang sama cara fikir, sama gaya hidup, sama perangai, ya dan tentu sekali sama jantina. Itulah kepompong kawan pada tafsiran aku. Tiada istilah dalam kamus hidup aku kawan perempuan, jika ada kenalan, samada sebagai rakan sekerja, sepersatuan tidakpun sebagai murid.  Itu saja. Namun, pandanganku kembali menyerak semula 180 darjah ketika aku masuk ke alam pekerjaan. Ringkasnya di tempat kerja lama ini, aku dikelilingi dengan kawan wanita, ini kerana dalam bilik guru, ada lebih kurang 10 orang cikgu wanita dan aku seorang ustaz! Ya! Mau tak mau aku kena berkawan dengan mereka, dan ketika inilah aku baru kenal tentang    wanita dan serba sedikit cara mereka berfikir. Ini suatu yang baharu bagi aku. Paling aku tidak lupakan, suatu hari...

Hilang

Imej
Sayup, Matamu tertutup, Wajah nan redup. Sembunyi, Lidahmu bernyanyi, Bernada sunyi, Di sebalik runut bunyi. Senyummu tawar,  Laksana mawar, Hilang seri, Diragut mentari. Tertunduk, Terduduk, Terpunduk. Lemah,  Resah, Punah,  Tiada arah.  Ingatlah,  Tuhan masih ada, Untuk kamu berserah. -DKMN- 260821

Madu-maduKu

Imej
Sebelum aku perpanjangkan kalam, nak buat clarify sikit tentang clickbait pada judul entry kali ini, kerana madu ini walaupun secara literalnya sebagai satu nama makanan yang dihasilkerjakan oleh binatang yang bernama lebah, namun kondisi sosio masyarakat menyebabkan perkataan ini terpaksa mengendong konotasi negatif yang sangat ditakuti oleh para wanita. Kah! Ok, sebenarnya yang aku maksudkan adalah ~madu’- madu’ku~ dari perkataan arab  مدعو  yang bermaksud orang yang didakwah, iaitu hal ehwal audien dakwah aku.  Baik, kenapa aku nak cakap tentang madu’ ini? Sebab aku rasakan ini antara salah satu cabaran mental dan fizikal yang aku perlu papah kini, dan ia memerlukan kudrat serta kemahiran men’tune’ kepala otak    aku khususnya bagi menghadapi madu’-‘madu’ ini. Ia bukan satu kerja yang mudah semudah membuat ABC. Huh. Untuk mudahkan kefahaman, aku simpulkan sekarang di hadapan aku ada 3 lapisan audien: Kanak-kanak Orang tua Mahasiswa Yang pertama, audien kanak-...

Dedikasi Buat Guruku

Imej
  Dedikasi tidak terhingga buat para guru yang selama ini mendidik daku di sepanjang perjalanan sekolah kehidupan.   Sekolah yang mengajari daku erti kebebasan, erti ketabahan dalam menelusuri ranah yang penuh berduri. Tiada dayaku menapak tanpa pimpinan sang guru. Sang guru yang mengusap daki-daki kejahilan tanpa lelah, hingga yang tinggal hanya jasad suci tanpa cela. Sang guru yang menyuap permata ilmu penuh hikmah, tiada marah-marah, malah ramah-tamah.  Sang guru yang mengubat sukma, agar jiwa suci bak nirmala.  “Tiada aku kenal tuhanku, jika tiada wujud guruku”.  Jika tiada guru mengajari abjad, manakan seseorang itu mampu membaca buku berabad. Jika tiada guru mengajari sifir, manakan lahir insan yang mahir.  Jika tiada guru mengajari tentang alam, manakan ada yang mampu menelusuri laut dalam, malah angkasa raya yang kelam.  Ya, kesemua itu membawa kepada mengenali Tuhan.    Setiap pada jiwa seorang guru berkehendak ia untuk muridnya meng...

Kolam Kerjaya

Imej
  Detik berganti detik, batang tubuhku terperosok dalam penjara zaman, tidak mampu bergerak ke masa lalu atau ke masa hadapan, ya, itulah dinamakan banduan masa. Kekadang mindaku menerawang ke saat indah berteleku di hadapan para guruku di Mesir, kekadang pula berterbangan memilkirkan apa yang bakal aku tempuhi dalam tempoh beberapa tahun di tanah airku ini. Aku kini sudah 5 bulan sepulangnya ke jana bijanaku, tidak kurang aku katakan bahawa masaku agak padat dengan pelbagai aktiviti, seingat aku, aku hanya betul-betul rehat pada bulan pertama saja setelah menjejakkan kaki ke Malaysia, hatta sewaktu dua minggu kuarantin pun aku sudah bersibukan. Huh. Untung sabut timbul, selepas dua bulan di rumah, aku tidak lama menanam jagung, Allah rezekikan aku mendapat kerja sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah agama di pekan Kulim. Di sini, baru aku rasakan realiti sebenar di alam pekerjaan, berada dalam organisasi, adanya rakan sepekerja, adanya majikan, rasa bagaimana dapat gaji...

Bagaimana Budak Berfikir

Imej
“Ustaz..kenapa ustaz pakai baju sama yang minggu lepas” Pernyataan dari Darwisy menyeretkan memoriku ke jengka masa beberapa hari lepas.  “Eh..aku pakai baju yang sama minggu lepas ka?”  Monologku sambil menggaru kepala yang tak gatal.  Seingat aku aku pakai baju lain-lain setiap hari dan aku pun tak ingat dah pakai baju apa minggu lepas. Aku gelak keseorangan tanpa sedar.  Darwisy masih termanggu depan aku.  “Ciss..bijak ini budak!” Getus sanubariku.  Sebenarnya aku dah fikir lama benda ni. Iaitu macam mana budak-budak berfikir. Ya..aku pernah jadi budak..hampa yang baca pun pernah..tapi masa tu kita pun tak tau bagaimana kita berfikir. Jiwa dan minda kita adalah fitrah. Fitrah inilah keajaiban Tuhan. Manusia belajar dengan apa yang ada disekelilingnya, tanpa silibus, tanpa sistem, manusia belajar dari alam.  Itulah etimologi kata ‘pengalaman’. Masih tak perasan?  Kejap. ‘Peng[Alam]an’. Nampak?  Pengalaman dalam bahasa melayu mengandung makn...

Petrikor

Imej
Renyai gerimis, Menyentuh pipi bumi, Sang angin berdesir, Daunan mati berguguran,  Berlari bersama menutup jalan. Lama sungguh bumi tidak basah. Telinga ini menangkap bunyi merdu, Rintik menari  Di arena atap nan riang, Hidungku menyambut bauan, Sedap sungguh, Bau datang dari bawah, Naik ke atas menusuk khaisyum. Pabila titisan hujan, Dan tanah yang gersang, Saling bercium,  Berpelukan penuh cinta,  Lahirlah suatu jiwa, Aromanya sungguh nyaman. Kalian pernah menikmatinya? Salam kenal,  12/3/21 Masjid Sungai Seluang, Hujanlebat.