Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Membaca

Imej
Membaca Dulu aku memang suka membaca, teringat zaman di maahad, dimana kawan-kawan semua berebut nak baca buku, aku pun tak terkecuali,rasa semangat nak membaca buku. Aku beli buku baru, lepas tu beratur orang nak pinjam. Aku pula beratur untuk pinjam buku orang lain. Itulah resamnya. Sungguh harmoni. Setelah aku menyambung pelajaran ke suatu kolej, minat membaca itu sedikit demi sedikit tercabut dari tanah jiwaku. Kerana tiada masa bersama buku. Kerana jadual belajar akademik yang padat membuatkan aku.lepaskan sahaja buku-buku yang aku beli menjadi tempat habuk berehat. Lagipun di sana tiada suasana membaca buku,semua sibuk dengan kelas dan pelajaran masing-masing. Jadi minat itilu semakin layu ibarat mawar yang kering kelopak serta daunannya. Itulah yang terjadi padaku. Setelah aku menjejak kaki ke bumi kinanah ini aku tekad menanam semula benih minat membaca itu sedalam yang mungkin. Dan sekarang sedang menyemai baja dan air agar ia tak sekadar hangat-hangat taik ayam bela

Monolouque

Imej
Hampir sebulan lebih aku tak menjengah ke blog ini. Tak pastilah ada yang mengikut blog ini ataupun tidak atau mungkin aku hanya bermonolog sendirian di laman ini. Tak apalah asalkan aku dapat menulis dan mencurahkan seberapa buah fikiran dan idea. Ramai orang bertanya kepadaku kenapa tulis dalam blog? Ada ka orang nak baca? Kenapa tak tulis kat Facebook ja? Ini antara beberapa persoalan yang banyak ditanya kepadaku. Sejujurnya aku lebih suka menulis tanpa perhatian orang lain. Aku lebih gemar berkarya dalam alamku agar tiada siapa boleh pengaruhi pimikiran dan penulisanku. Mudah cerita aku menulis untuk diriku sendiri. Jika orang lain nak baca, dia perlu usaha untuk membaca. Perlu buka halaman chrome yang lain untuk membuka laman blog, mungkin agak renyah dan menyusahkan,tapi itu menandakan ada usaha untuk membaca, sedangkan nak baca buku pub kita kena pergi ke kedai buku,keluarkan duit dan baru kita dapat mengetahuai apa isi kandungan penulisan. Ini namanya usaha. Dan bila diu