Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

HARRY POTTER: PERJALANAN SEBUAH JIWA

Imej
Di samping mengejar kelas talaqqi dan terpaksa berhempas pulas menghadirkan diri  ke kuliah di Markaz Lughah yang hanya berbaki 2 mustawa iaitu selama lebih kurang tiga ke empat bulan lagi, aku mengambil beberapa masa untuk menonton beberapa movie dan cerita sebagai pe’release’ tension,kerana darah mudaku begitulah,sama dengan orang lain,perlukan hiburan,Cuma perlu ada batasan dan kawalan. Aku bercadang nak ulas beberapa aspek dalam post kali ini dengan cara penulisan santai Cuma,tengoklah macam mana. Antara movie yang sangat memberi kesan kepadaku sepanjang aku menonton movie-movie di laptop Lenovo aku ini adalah cerita dari adaptasi novel karangan  paklong J.K. Rowling ni.  Ya . Harry Potter. Ya . semuanya lapan siri. Satu siri lebih kurang satu jam setengah durasi. Dan aku habiskan kesemua lapan siri ini selama hampir satu bulan. Memang asalnya aku tidak berminat,sebab tengok saja poster filemnya membuatkan aku serabut kepala,dan aku tertanya apa bendalah yang cer