Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

Kolam Kerjaya

Imej
  Detik berganti detik, batang tubuhku terperosok dalam penjara zaman, tidak mampu bergerak ke masa lalu atau ke masa hadapan, ya, itulah dinamakan banduan masa. Kekadang mindaku menerawang ke saat indah berteleku di hadapan para guruku di Mesir, kekadang pula berterbangan memilkirkan apa yang bakal aku tempuhi dalam tempoh beberapa tahun di tanah airku ini. Aku kini sudah 5 bulan sepulangnya ke jana bijanaku, tidak kurang aku katakan bahawa masaku agak padat dengan pelbagai aktiviti, seingat aku, aku hanya betul-betul rehat pada bulan pertama saja setelah menjejakkan kaki ke Malaysia, hatta sewaktu dua minggu kuarantin pun aku sudah bersibukan. Huh. Untung sabut timbul, selepas dua bulan di rumah, aku tidak lama menanam jagung, Allah rezekikan aku mendapat kerja sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah agama di pekan Kulim. Di sini, baru aku rasakan realiti sebenar di alam pekerjaan, berada dalam organisasi, adanya rakan sepekerja, adanya majikan, rasa bagaimana dapat gaji dan