Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Imej
Dewasa ini istilah 'Penunggang agama' sudah sinonim dilabelkan kepada para pewajah-pewajah yang membawa agama samada dengan cara salah ataupun meskipun mereka berada di jalan yang benar. Aku sendiri tak pasti akan bilakah bermulanya pelabelan ini yang mana memberi sisi pandang positif dan negetif kepada agama Islam itu sendiri. Apa pun seawal penggunaanya sememangnya menyentak para penjual agama yang mana mengunakan agama untuk keuntungan peribadi, memdapatkan wang serta kemahsyuran hanya dengan mengunakan kalimah berhias agama, semua yang diimpikan akan berhidang di depan mata seiring kemahuannya. Dengan pelabelan ini, orang yang menjual agama semakin terbuka luas pekung busuk dan berulat di dadanya selama ini yang mana mengaburi orang sekelilingnya dengan kopiah putih dan title agamanya. Selain itu juga istilah 'penunggang agama' ini juga menyebabkan para agamawan berhati-hati dalam menghujahi setiap langkah gerinya yang berkaitan dengan urusan agama. Semua

New Release

Aku bercadang-cadang menyambung menulis novel kembali bagi menyengarkan balik generator otakku yang dah lama membeku dari berkarya. Insyallah di samping mengisi masa lebihan dari masa talaqi dan belajar, aku cuba memerahlan kederatku untuk melakar satu cerita yang aku pasti tidak akan sama dengan lenggokan cerita skeptik dan stigma para penulis novel 'kebodohan' yang membodohkan masyarakat dengan karya mereka. Isi cerita? Susah nak describe, sebab ia masih berada dalam kepalaku untuk diikat pada tulisan. Yang penting ia akan sarat dengan khayalan dan pengajaran dalam membentuk idelisme modal insan muslim sejati. Aku banyak buat research,bacaan, menontot movie hollywood mahupun malaywood, baca beberapa lagi novel fiksyen, insyallah aku akan perlahan-lahan menyusun plot dan garapkan jalan ceritanya dengan baik. Doakan!!

Ramadhan Kali Ini #1

Imej
#1 Tuan Rumah Mesir Sungguh bagi seumur hayat hidupku bertemu ramadhan,ini adalah ramadhan paling berharga bagiku kerana kali pertama aku merayakan Ramadhan Al Mubarak di lipatan alam yang jauh dari arena tanah tumpah darah lahirku. Ya, di Mesir. Bumi Kinanah. Pengalaman berpuasa di bumi anbiya' ini sangat memberi seribu satu rencah rempah yang bergaul dalam diriku dalam menikmati hidangan ramadhan. Pertama sekali, di Mesir,kami berpuasa lebih lama waktunya daripada kebiasaan kami berpuasa di tanah air sebelumnya, kerana pada waktu ini iaitu bulan Ramadhan,jatuh pada dipermulaan musim panas, maka siang akan panjang daripada malam. Kami berpuasa lebih kurang 16 jam dari terbit fajar sodiq hingga terbenam matahari menyenggah malam Ramadhan. Tak kurang juga terpaksa berhempas pulas menahan perit panas sang mentari serta haba panas yang kadang mencapai suhu 42 darjah celcius. Ya,inilah Ramadhan sebenar. Yang mana namanya juga ditimbang atas wazan 'Rammada' iaitu kep