Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Modus Operandi Singkirkan Liberalisme: Suatu Kritikan Kasar

Secara drastiknya aku terus terjun ke perbahasan realiti pengamalan ideologi liberalisme di tanah air Malaysia. Sebenarnya puak liberalist dan seangkatan dengannya kebanyakannya adalah ajaran menyeleweng dari ajaran liberal itu sendiri, mereka ini lebih dikenali sebagai Liberal-Selective, atau lagi Pseodo-liberalist, bahasa mudahnya liberal memilih-milih, liberal sesat, atau ajet-ajet liberal. Ajaran sesat yang mereka bawakan tak langsung membawa fahaman ideologi liberal sebenar pun, malah memburukkan dan mencontengkan lagi wajah liberal. Sebagai contoh, puak ajet liberal ni suka menunggang istilah human rigt kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, jadi mereka memperjuangkan hak mengamalkan lgbt, seks songsang, transgender dan sebagainya atas alasan memperjuang hak minoriti dan hak memilih juga melepaskan manusia dari belengu agama, tapi bila ada seorang ini memilih untuk mengamalkan agama dengan minda yang rasional dan sedar, mereka pulak menentang. Liberal apakah ini menghalan

Aku Malayophile

Malayophile tu apa dia? Ringkasnya Malayophile tu bermaksud pencinta melayu. Tapi bukan pentaksub bangsa, bukan juga bergenetik nasionalis. Ia cuma suatu perasaan cinta akan apa-apa saja berkaitan dengan melayu, baik dari segi sejarah, falsafah, kebudayaan, pakaian, makanan dan pelbagi serba serbi berkaitan dengannya. Dan dengan cinta ini juga membentuk peribadi dan perilaku seseorang menjadi lebih beretika juga bertamadun. Cinta ini mempasak jati diri mutlak ke tanah tumpah darah. Mengikat minda dan emosi ke jana bijana warisan temurun bangsa, tetapi tidak mengurung jiwa itu dari terbang ke awanan gemilang, cuma diajar cara tunduk. Semakin tinggi semakin membongkok. Perasaan cinta akan bangsa ini aku mula rasakan pabila mana aku berada jauh dari tanah air. Begitulah sunnah alam, makin jauh makin sayang. Jika dulu, masa usia menginjak remaja, aku rasa kekok mengenakan busana melayu, malah tak gemar berbaju melayu, tapi setelah 3 tahun di Mesir, aku mula rasa sedar akan rahsia

Sampai bila Daie’ Perlu Amik Hati Madu’?

Sebenarnya persoalan ni  acap kali membentak medulla oblonggata aku, menyebabkan otak aku menjadi lemau dan letih memikirkannya. Baik, ceritanya macam ni. Kalau kalian perasan, sepanjang pemerhatian aku lah, boleh dikatakan terlampau banyak malah melimpah ruah sebenarnya usaha para duat(kata jamak bagi daie) hanya sekadar nak madu’ ni rasa selesa dan mudah untuk terima dakwah mereka. Otak orang-orang daie ni sebenarnya sentiasa berpusing ligat berfikir macam mana lagilah nak amik hati mad’u kalau boleh tak  mau langsung mereka terasa hati, rasa seronok menerima,menelan isi dakwah itu. Kalau perasan, muncul Imam Muda, Daie Milenia, Pencetus Ummah, sampai tahap para daie ni masuk rancangan lawak, downgrade title mereka, pergi turun padang, jumpa personal, dan macam-macam lagilah usaha untuk buat mad’u mereka rasa ‘best’. Tapi kalian pernah tengok dak gelagat pada madu’ ini? Mereka tak pernah fikir langsung dan takdak minat pun nak jaga hati dai’e. Benda ni realiti berlaku. Daie

Variasi Agamawan: Masihkah Ada Harapan?

Variasi Agamawan Kali ini aku nak merungkai suatu kekusutan yang menampar-nampar minda separuh sedar aku selama ini tentang gelagat para agamawan yang menari-nari di persada arena masyarakat. Aku berfikir lama tentang perkara ini, jadi aku terjumpa lah di mana hujung kepala tali yang berbelit itu, jadi kita cuba untuk leraikan satu persatu. Baik. Seperti yang kita tahu, wajah agamawan di negara kita ni bermacam-macam versi, jadi secara mudahnya, aku bahagikan agamawan ini terbahagi kepada tiga golongan. Aku akan ulas satu persatu bersama peranan setiap golongan ini. Pertama, Dai’e(Pendakwah) Kedua, Ulama(Ilmuan) Ketiga, A’lim Daie ila Allah Aku nak ingatkan, sekarang skop perbincangan kita adalah berkaitan para agamawan, bukan masyarakat secara umumnya, jadi jangan silap faham pulak point-point aku di kedepan nanti. Baik. Golongan pertama, Daie. Mudahnya, para daie ini terdiri dari golongan yang ada kesedaran dakwah yang tinggi, mereka wujud dalam setiap proksi dan prospe

Ramadan Kali Ini #2

Masjid Sidna Hussein, Masjid Al Azhar: Bagai Dua Peradaban Sepanjang pengembaraan bulan Ramadan selama tiga tahun di bumi Mesir, hanya dua masjid ini sahaja yang kerap ku jejak untuk bersolat taraweh. Pada tahun pertama dan kedua, aku banyak luangkan masa lagi di Masjid Hussein, cuma pada tahun ini saja kebanyakan malam aku solat di Masjid Azhar. Di sini setelah tiga tahun ini, aku semacam boleh menimbang kira dalam mencerakinkan peranan duo-masjid ini kepada masyarakat Kaherah khususnya, umumnya rakyat Mesir dan orang-orang luar seperti aku ini. Masjid Hussein dan Masjid Azhar ini dari segi kedudukannya adalah bertentang sahaja, hanya  sebatang jalanraya yang memisahkan keduanya, dan juga Nafaq Azhar(Terowong Azhar) yang berperanan menjadi jambatan antara dua tamadun ini. Mudah cerita, jarak antara kedua-dua masjid ini sangat dekat hingga kalau imam baca surah pun dengar antara satu sama lain. Jika kita selami, duo masjid ini punya daerah peranan mereka tersendiri dalam menjadi

Arabisasi: Suatu Penilaian

Imej
Judul ini sering menjadi topik hangat dan menjadi satu ‘bola tanggung’ kepada golongan liberalist dalam menghentam para asatizah khususnya lepasan Timur Tengah apabila mula menyebarkan dakwah islamiyyah di persada jana bijana(tanah air) Malaysia tercinta. Para liberalist ini selalu menunding jari bahawa para ustaz ini membawa budaya arab dari segi pemakaian, perbualan, tulisan, malah ada juga yang membawa balik sifat-sifat buruk bangsa Arab ke Malaysia. Mereka ini dengan berbekalkan imej ‘Kita Malaysian, kenapa perlu bawa budaya luar…?!” Mereka terlalu alergik dengan jubah, janggut, perkataan arab malah kalua muka persis arab pun mereka apolegik. Geli geleman orang kedah kata. Bagi mereka bangsa arab adalah bangsa yang mundur, bengis, pengotor dan macam-macam lagi lah imej keji yang mereka jaja-jajakan. Jadi, macam kita perlu reaksi kepada isu ini? Ini adalah pandangan peribadi aku, kalian berhak menerima, bebas menolak, malah aku sangat sarankan untuk kalian labuhkan pungg

Intelektual Dalam Turats Islami

Imej
Seringkali kita digembar-gemburkan akan kehebatan para ilmuan dari barat yang terkedepan dalam bidang sains dan teknologi, tak sikit dari mereka yang mendapat anugerah-anugerah akademik kerana jasa penemuan mereka dalam lapangan ilmu fizik, quantum fizik, teori kosmologi dan macam-macam lagi lah. Juga banyak penulisan samaada artikel ilmiah, judul buku, jurnal yang secara serius mengkaji, memperdebatkan, menganalisis, berlaku proses thesis, anti thesis, sintesis dan sebagainya sehinggalah fenomena ini mengangkat darjat ilmu sains moden sebagai penanda aras kebijaksanaan dan kesarjanaan seseorang ilmuan. Sayangnya, kita sebagai umat Islam terlalu dibuai dan dilamun akan kehebatan Barat, sehingga melupakan akan kehebatan tamadun kita sendiri. Di sini, aku tak berhasrat nak kedepankan bukti sejarah akan kegemilangan tamadun ilmuan Islam pada bermula abad ke-5 hingga kurun ke-15, hampir 10 dekad umat Islam mengungguli carta kelimuan dunia, di kala mana umat eropah masih dalam kegelapan