Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Doktor Umum

Diceritakan kepada kami perihal Ad Duktur Al Alamah Syeikh Yusri Rushdi Hafizohullah. Syeikh seorang guru mursyid dalam tasawuf dan alim dalam bidang hadis,mengajar kitab-kitab besar hadis seperti Sohih Bukhari,Sunnan Sittah di Masjid Azhar berpuluh-puluh tahun sehingga lah sekarang masih konsisten menyampaikan ilmu pada anak muridnya dari kalangam arab sendiri ataupun wafidin. Syeikh Yusri juga seorang doktor pakar bedah di salah satu hospital besar di kaherah dan menjadi rujukan dunia khusus dalam bidang pembedahan surgery. Di suatu pengajian hadis kitab Sohih Bukhari di Masjid Dardir,sebelum memulakan kelas,seorang lelaki dipertengahan umur datang kearah syeikh yang sedang berada di kerusi untuk memulakan kelas .Setelah salam dan cium tangan syeikh,lelaki itu menunjukkan bengkak beguk di leher kirinya kepada syeikh,beguk itu agak besar,dia mengadu kepada syeikh kerana terlalu sakit dan sudah bertahun-tahun dijangkitan penyakit itu. Syeikh Yusri mengangguk lalu meletakkan ta

Qamarun Ya Sidnan Nabiy

Imej
Qamarun - Mustafa Atief وَأَجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَرَقَطُّ عَيْن وَأَطْيَبُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النِّسَاءُ خُلِقْتَ مُبَرَّءًا مِنْ كُلِّ عَيْبٍ كَأَنَّكَ قَدْ خُلِقْتَ كَمَا تَشَاءُ قَمَرٌ قَمَرٌ سِيدْنَا النَّبِى قَمَرٌ وَجَمِيل سِيدْنَا النَّبِى وَجَمِيل وَكَفُّ الْمـُـصْطَفَى كَالْوَرْدِ نَادِي وَعِطْرُهَ يَبْقَى اِذَا مَسَّتْ أَيَادِي وَعَمَّ نَوَالُهاَ كُلَّ الْعِبَادِي حَبِيبُ الِله يَا خَيْرَ الْبَرَى وَلَا ظِلُّ لَّهُ بَلْ كَانَ نُورَا تَنَالَ الشَّمْسَ مِنْهُ وَالْبُدُورَ وَلَمْ يَكُنِ الْهُدَى لَوْلَا ظُهُورَه وَلَمْ يَكُنِ الْهُدَى لَوْلَا ظُهُورَه وَكُلُّ الْكَوْنِ أَنَارُ بِنُورِ طَه Kamu sangat indah yang belum pernah lihat oleh mata, Kamu seorang suci yang tidak pernah dilahirkan oleh seorang wanita Kamu diciptakan terhindar daripada keaiban Seolah-olah kamu di ciptakan seperti mana yang kamu kehendaki Qamarun… Bulan…. Bulan…. Kamu umpana bulan wahai penghulu kami… Wahai keindahan… Wahai keindahan… Engkau sangat indah wahai penghulu kam

Falsafah Si Peminta Sedeqah

Imej
Aku keluar dari rumah, tutup lalu mengunci pintu,membetulkan butang di kolar baju melayu lalu turun ke bawah,walaupun setiap hari naik turun tangga, tingkat lima bukan tempat yang rendah, aku mengeluh, tapi inilah aku yang perlu tempuh bertahun-tahun lagi di sini. Aku terus berjalan,mengunakan 'lorong tikus' yang tidak banyak orang ketahuai kerana lorong itu agak tersembunyi dan sempit,tetapi banyak membantu untuk meng'shortcut'kan perjalanan ke mahattoh bas di Masjid Soleh Jaafari. Tiba di hadapan Mustasyfa Hussein,akan ada dua tiga orang makcik arab duduk di laluan pejalan kaki. "Sodiq...Sodiq..!!"  Itulah dia makcik yang digelarkan 'mama' oleh pelajar melayu disini kerana dia akan panggil pelajar-pelajar Malaysia dan Indonesia sahaja untuk meminta belas. Kekadang lagaknya agak mengelikan hati. Dia peminta sedeqah,tapi minta dengan penuh senyuman, panggil beberapa kali sehingga aku dan lainnya memaling muka, dia akan senyum sambil menadah t

Dua Alam [Siri 3]

Imej
Secret Recipe cafe,Ampang. “Umar…Kak Zakiah nak mintak tolong sikit nih ..boleh ak?”,pinta Zakiah. “Oh..boleh-boleh,tak dak masalah…kenapa kak?” Umar membalas sambil membetulkan topi dikepalanya. “Camni…rumah yang akak tinggal sekali dengan Sofea tu cam berhantu lah Umar..,kekadang bila malam mula lah seram sejuk..,pastu ada gak kena kacau..”Zakiah menjelaskn situasi. “Betul tu!!”sergah Sofea. “Umar…semalam saya pun kena kacau gak..masa nak tidur mesti rasa dihimpit-himpit lah..camna tu??” Sofea terkebil-kebil. “Hmm…Kak Zakiah ngan Sofea ada pernah nampak dak kelibat bayang ka yang suka melintas-lintas.?”soal Umar. “Uh…ada-ada, kerap jugak,tambah-tambah kalau dah memang larut malam…”jawab Zakiah. “Hmm…camni lah.. Nanti saya tulis ayat quran,pastu tampalkan di pintu bilik Kak dan Sofea…ya..” “Baik-baik,waktu balik nanti Umar bagi ya…” Sofea mencebik. Semua menyambung tugas masing-masing untuk menyambut pelanggan yang akan menyerang di waktu rehat pejabat nanti. Wan

Sifat Seorang Alim

Imej
Diceritakan kepada kami perihal Syeikh Usamah Al Azhari. Syeikh Usamah seorang yang sangat berkejar dengan masa. Beliau sentiasa cepat pergerakannya dan berjalan laju sehinggakan anak-anak muridnya terpaksa berlari untuk mendapatkan beliau. Bermula dari turun kereta, sampai ke majlis,syeikh terus memulakan kelas tanpa pendahuluan,walaupun jangka masa kelas hanya satu ke dua jam,tetapi pengisiannya umpama berjam-jam. Sungguh terasa keberkatan masa dengan input ilmu yang sangat luas dalam syarahan syeikh, tamat kelas,syeikh terus keluar untuk ke majlis lain, kebiasaannya anak-anak murid beliau tidak sempat bersalaman dengannya. Itulah rutin harian Syeikh Usamah,samada beliau sebagai murid atau sebagai tenaga pengajar di masjid,madrasah,jamaah,muhadharah,daurah dan sebagainya. Dinaqalkan pada suatu majlis periwayatan hadis di Mudahyafah Syeikh Ali Jumaah bersama beberapa ulama-ulama Azhar lain. Syeikh Usamah antara panel untuk membaca dan mengijazahkan hadis kepada pada hadirin

puisitepitingkap#4

Imej
Syitaa' Aku berdiri gagah keseorangan, Batang tubuhku kaku di persada debuan, Kakiku kebas kejap tak beralihan, Tanganku sisip disisi jajaran. Kudongakkan kepala ke hamparan biru menafsir keindahan, Mata kuketapkan menikmati halusan belaian, Hidungku menghembus hela kesuaman. Sedetik, Satu dakapan mengunci jasad, Menyentap urat nadiku padat, Kejang tidak tersingkap Sesak tak terungkap. Namun, Ia amat mendamaikan, Sentuhan meruntunkan, Kedinginan yang membungkus dileraikan. Rasa aman, Seperti taman, Tanpa suram, Menggamit tenteram. Syitaa, Kamu hadir tika kuperlukan dakapan, Kamu hadir tika kuperlukan kucupan, Kamu hadir memberi secebis harapan, Tika aku ditinggal keramaian, Tika aku bersendiri merangkul kemurungan. Tapi aku tahu, Hadirmu hanya sekejap, Bertandang di sarang jiwaku mengusik kerap, Aku pasti menunggu kamu mengetuk pintu hati ini lagi, Tatkala masa itu akan kembali. Aku pasti akan merindui saat berharga ini, Bersama kamu. Ya

Jumaat di Hussein

Imej
Solat di Masjid Sidna Hussein punya keistimewaannya yang tersendiri. Dari mula masuk ke dalam masjid hingga lah cari kasut sewaktu nak pulang. Setiap kali hari penghulu segala hari ini,ribuan manusia akan meluangkan masa solat di masjid ini,mahupun penduduk sekitar kaherah ataupun pelawat dari luar mesir semata menziarahi maqam cicit Saiidul basyar Sidna Hussein RahimahullahuTaala Wa Ardhah. Di Masjid Sidna Hussein juga terdapat Ashar Nabi,iaitu barang peninggalan Nabi Sollahualaihiwassalam bersebelahan maqam Sidna Hussein. Antara ashar yang dinaqalkan ada di situ adalah serban nabi,tongkat nabi,janggut nabi gamis nabi dan lain-lain lagi. Bilik yang menyimpan ashar nabi itu tidak dibuka kepada umum,hanya dibuka jika ada ulama-ulama sahaja untuk datang ziarah. Tidak dibuka kepada umum kerana khuatir disalah guna,berdasarkan sifat taasub tanpa ilmu masyarakat dirisaukan akan mendorong kepada ghuluw dan khurafat di tempat mulia itu. Allahuma Solli Alla Sidna Nabiy!! Selesai so

Keseronokan Si Penuntut Ilmu

Imej
Diceritakan oleh Syeikh Ahmad Hajian tentang juhudnya Syeikh Usamah Alazhari dalam menekuni ilmu. Suatu hari seperti hari biasa, para penuntut dan pelajar bersiap-siap untuk menghadiri kelas Syeikh Ali Jumaah di Ruwaq Atrak Masjid Azhar. Ketika keluar berjalan beramai-ramai dan setibanya mereka di  pintu masjid,dimaklumkan harini Syeikh Ali sibuk diluar dan kelas dibatalkan. Semua kembali ke tempat masing-masing dan ada yang melaksanakan tugas lain yang mungkin sudah diatur. Syeikh Usamah terus berjalan memasuki ruwaq lalu duduk dihadapan kerusi syeikh,berteleku keseorangan,murajaah dan menghafal serta tak kurang memikirkan beberapa masalah yang tidak difahami untuk ditanya kepada Syeikh Ali pada kelas minggu depan. Setelah cukup masa,Syeikh Usamah pulang ke tempat tinggalnya lalu ditanya kawan-kawannya, kenapa dia tidak pulang sahaja semasa mendapat berita bahawa kelas dibatalkan. Jawab Syeikh Usamah, "Aku tidak mahu biasakan diriku dengan perasaan bosan kepada ilmu d

Dua Alam [Siri 2]

Imej
Ampang,Selagor,20 12 “Aarghh…tolong….” “Tolong aku…..”,jerit Hafiz. Matanya menjangkau ruangan bawah gaung tersebut.Hanya tangan kanannya sahaja mampu lagi berpaut pada batu yang masih kukuh,kujur tubuhnya kaku bak batang kayu.Berkira-kira nasib yang bakal diterimanya kalau terjatuh gaung tersebut. Satu persatu batu batuan jatuh kebawah. Hafiz memejamkan matanya,beristingfar,moga-moga Allah bagi bantuan kepadanya. Tiba-tiba satu tangan menghulur kepadanya lalu ditarik badannya terus ke atas. “Umar….”teriak Hafiz kegirangan kerana sahabat sebiliknya itu menyelamatkan nyawanya. Hafiz terus memeluk badan Umar yang hanya mengusap-ngusap badannya yang berdebu akibat tanah yang  bertebaran. “Yalah..yalah..kau tu bising sangat,ganggu tidur aku”cebik Umar. “The end………..hah itulah citanya mimpi aku semalam..hehe..gempak ak?”ujar Hafiz sambil tersengeh-sengeh seperti kerang busuk. “Ceh..aku ingat ka suspen sangat..”kata Sofea, Zakiah dan Anwar hanya mengangguk sambil menongkak dag

Ulamak dan Peranannya

Imej
Diceritakan kepada kami Suatu hari ketika Al Fadilatus Syeikh Duktur Ali Jumaah menghabiskan kuliahnya, orang berpusu-pusu mendapatkan syeikh untuk mencium tangan,ada yang mencium pipi tatkala ada yang sempat meletakkan tapak tangan atas badan syeikh sudah memadai untuk mendapat tabaruk sang ulama. Tua muda semuanya berhimpit-himpit untuk melihat sosok tubuh ulama tersohor itu. Syeikh Ali hanya tersenyum melayan kerenah bermacam-macam ragam manusia ketika itu. Setelah keramaian semakin susut, Syeikh Ali masih dibangkunya,untuk bagi siapa-siapa yang ingin berjumpa dan bertanyakan soalan kepadanya. Tatkala itu,datang seorang tua mendapatkan syeikh. Ditangannya ada segenggam papan ubatan. Setelah mencium tangan syeikh tanda hormat, orang tua itu mula meluahkan masalahnya kepada syeikh akan penyakit yang dihidapnya,dan meminta nasihat syeikh adakah dia perlu makan ubat yang dibawanya itu. Orang di sekeliling ketika itu hairan akan soalan yang dilontarkan kepada syeikh kerana itu

Aku dan Seribu Kopiah Putih

Setiap hari aku terpikirkan perkara ini. Aku termanggu keseorangan. Otak ligat seperti pusingnya sang gasing di pentas pasir. Saat kakiku mula melangkah meninggalkan pintu kayu di tingkat lima imarah,aku mengerakkan moto mindaku tentang perkara ini. Di dalam bas,berhimpit-himpit,bergasak-gasak,dalam waktu juga aku berfikir. Aku turun bas,memasang langkah menuju jalanan sibuk dengan pelbagai kerenah. Hela nafas ku hembus tatkala memikirkan suatu yang belum ketemu jawapannya. Setiba di pintu Gamaah,bola mataku merangkul pandangan di sekelilingku. "Ah....ramainya...." Hati kecilku berdetak. Bukan masalah ramainya orang di kelas yang terpaksa aku bersesak-sesak. Bukan masalah ramainya mahasiswa yang menyebabkan aku tidak ada tempat ketika kuliah bermula. Bukan..bukan.. Tapi apa yang aku pikirkan. Di mana aku di ribuan lambakan mahasiswa azhar ini? Apa beza aku dengan ribuan mahasiswa malaysia yang bertandang ilmu ke sini? Apakah aku akan jadi sama sahaja

Sekali Pensel Diasah

Imej
Kenapa menulis? 1. Isi masa lapang yang senggang lagi lenggang. 2. Supaya motor minda sentiasa bergerak. 3. Menukilkan dunia di sebelah kanan,kiri,depan,belakang,atas mahupun bawah di layar yang semi kekal. 4. Mendirikan idea dan berani mengutara dan menselatankan. 5. Membina empayar pemikiran sendiri. Kenapa Blog Bukan FB? 1.Tiada bisikan menanti jumlah like dan comment. 2.Tidak perlu 'ambil port' tentang komen pujian atau kejian. 3.Penulisan bermanhaj dan tidak berterabur. 4.Menulis dalam dunia sendiri bukan orang lain. 5.Mencurahkan idea,pengalaman dan isi hati semahunya. Macam nak baca blog ini? 1. Baca dari awal dan ikut perkembangan penulisan. 2. Fikir dan hadam manhaj yang dibawa. 3. Jika tidak setuju idea yang diberikan, creat blog lain dan dirikan hujah bantahan. 4. Baca dengan matang. 5. Pinggirkan masalah typo yang kecil dan tidak membawa makna. Yang terakhir,bertaqwalah. Selamat datang ke lorong kecil ini. Sang Pengukir

Pemuda&Ilmu

Suatu hari dalam satu pengajian Syeikh Usamah Alazhari,kebiasaan orang-orang muda akan berada di hadapan. Sebelum memulakan kelas,Syeikh Usamah memberi laluan kepada mereka untuk menyampaikan aduan,serta buah fikiran mereka. Seorang demi seorang menyampaikan persoalan isu semasa,kenapa ini,kenapa itu,bagaimana ini boleh terjadi,apa peranan dan tanggungjawab pihak ulama azhar dan tanggani pelbagai isu di Mesir khususnya. Berkobar-kobar semangat mereka menyatakan prinsip dan pengangan mereka. Syeikh Usamah hanya meletakkan dagu pada tangan yang memangku tongkatnya tatkala mendengar luahan barisan anak muda dihadapan dengan penuh khusyuk. Seusai kesemuanya habis bicara. Syeikh mengukirkan senyuman.lantas berkata. "Buat masa sekarang,kamu hanya perlukan ilmu.." Pemuda-pemuda itu tersentak. "Jika kamu mengejar isu semasa,ia akan lari dan kamu akan mengekorinya sampai bila-bila,percayalah,kamu tidak akan mungkin dapat mengejarnya, tapi sekarang,tugas kamu adal

Diskriminasi 2.0

#situasi1 Seorang lelaki berkot hitam turun dari kerusi empuk yang disediakan selepas menyampaikan perkongsian berkenaan pengurusan kewangan dan bisnes 'cepat kaya'. Ketika ingin beredar meninggalkan dewan. Seorang urusetia menghampiri penceramah tersebut dan menghulurkan envelop putih. "Bagus tuan ceramah,kami bagi lebih sikit harini." Si penceramah mengangkat envelop dihadapan mukanya. Tembus cahaya menampakkan kandungan dalam envelop. Empat keping Rm50. Dia tersenyum lalu beredar.  #situasi2 Seorang ustaz usai menyampaikan ceramahnya berkenaan dengan perbandingan mazhab feqah dalam islam dengan penuh detail dan terperinci. Ketika ingin beredar meninggalkan dewan,seorang urusetia menghampiri ustaz tersebut lalu menghulurkan Rm20 tanpa envelop. "Ni duit upah ustaz ya,ustaz kena ikhlas ngajar,tak leh minta banyak2"sambil tersengeh2 dia berlalu meninggalkan ustaz terpingga-pingga. Sang guru menelan air liur sambil masukkan dua keping wang merah dal

Fuul,To'miyah&Kushari

Imej
Jika ke Penang terkenal dengan Pasemboq. Jika ke Perak terkenal dengan Rendang Tok. Jika ke Kelantan terkenal dengan budunya. Ke Terengganu dengan Keropok Lekor. Jika ke Pahang dengan tempoyak ikan patinnya. Jika anda ke tanah Mesir ini anda akan kenal Fuul dan Tokmiah beserta Kusyari. **************************** Orang kata, Jika kamu nak jadi sejuzuk dari suatu bangsa ditempat itu,maka kamu wajib biasakan dengan makanan tradisinya. Makan makanan penduduk tempat,cara paling efektif menadaptasikan diri di lapangan sesuatu kaum. Dan kaum itu juga akan gembira pabila melihat orang luar makan makanannya. Sepertimana lah kita suka jika pelancong kulit putih berambut perang menjamah nasi lemak berlapik daun pisang. Tambahan lagi menghirup kuah kari dicicah dengan roti canai bawang. #Tokmiah adalah sejenis makanan sarapan yang berupa seperti masalodeh dan rasanya sedikit masin. Kebiasaannya Tokmiah ini dicicah dengan Fuul . #Full iaitu kuah yang dibuat dari kacang kisar

Jangan Pelik!!

Di Mesir ada beberapa perkara dan budaya di sini yang anda akan pelik dan menakjubkan kerana ia tidak akan berlaku di Malaysia. Dalam bas:- 1. Budaya memberi duduk dalam bas kepada wanita. -walaupun ammu(pakcik) tu tua dan tak larat,dia akan tetap utamakan wanita untuk beri duduk. -dan ini seakan menjadi budaya mereka,kekadang siapa lelaki yang tak memberi tempat duduk pada wanita pula menjadi serba salah dan dipandang tajam oleh mata ekor orang lain. Dan aku pun dah biasa rasa!! T.T 2.Baca Quran -walaupun dalam keadaan sesak macam mana pun dalam bas,mesti ada sahaja orang arab,pelajar wafidin(asing) akan menyemak helain-helain quran kecil. -Dan ada juga siap boleh mengulang hafalan!! Allah iftah alaik T.T 3. Beri salam ketika masuk dalam bas - ini budaya yang baru dan telah menjadi kebiasaanku. -bila ada orang yang melangkah masuk ke dalam bas,mesti akan mengungkapkan salam kepada semua yang ada dalam bas,walaupun tidak saling mengenal. Dan akan yang ada menjawab

puisitepitingkap#3

Si Kerudung Hijau Zamrud Terpandang si dia. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. ... .... ..... Lupakan. ^-^ Mahattoh Hayyu Sabiek, Hayyu Sabiek, Cairo.

Malu Si Melayu

Melayu. Ini suatu bangsa yang unik. Salah satu uniknya adalah terpasak utuh di dasar sanubari,dipangkal jiwa raga suatu sifat murni. Sifat Malu. Inilah sifat bangsa. Inilah wajah bangsa. Inilah perwatakan bangsa. Bukan dibuat-buat. Bukan diada-ada. Bukan dicanang-canangan. Jika bangsa cina dikenali sebagai bangsa rajin. Jika bangsa india dikenali sebagai bangsa kuat. Jika bangsa arab dikenali sebagai bangsa baran. Maka bangsa melayu dikenali dengan sifat malunya yang luar biasa. Sifat ini samada sengaja atau secara tidak langsung dipupuk dan terpupuk dari kecil. Dan kesannya sememangnya jelas jika seseorang itu bergelar melayu. Perbincangan samada ia kena pada tempat ataupun tidak,itu aspek lain. Ada pro dan contra dan isu ini. Mungkin aku akan ulaskan di ruangan yang lain. Maka sudah cukuplah aku katakan,sepanjang aku berada diluar negara ini,tidakku jumpa bangsa yang sifat dan pekertinya lebih pemalu dari bangsa melayu. Dan aku berbangga menjadi bangs

Dua Alam [Siri 1]

 Kampung Beringin,1990 Uwek…..uwek…..uwek…..”,suara      tangisan bayi lelaki memecah kesunyiaan malam .Seorang bidan merangkul sekujur tubuh  molek bayi yang baru sahaja diringginya menerjah ke alam dunia. Seukir senyuman digoresnya dek memandang  wajah sepasang suami isteri yang tidak henti mengucapkan lafaz tahmid.  “Alhamdulillah...”ucap Firdaus  sambil melabuhkan dahinya ke lantai . Syukur tak terhingga tidak dapat digambarkan oleh kata-kata.Firdaus terus meluru kearah isterinya yang sedang berehat setelah hamper berpuluh minit meneran  dan menahan kesakitan. Sekucup ciuman didahi  Aisyah menandakan kasih sayang nya pada isteri kesayangan.  Imam yang berdiri dihadapan pintu turut merufu’kan kesyukuran atas kelahiran itu.Dialah orang yang dipanggil oleh Firdaus setelah mengetahuai Aisyah akan melahirkan anak . Imam  yang dalam perjalanan pulang dari surau terkejut akan berita itu. “Firdaus…,ni anak kamu, manis mukanya, tahniah,”ucap Mak Bidan sambil menghulurkan bayi keara

Cerita Ini

Imej
Aku mula menulis cerita ini sewaktu aku berumur 14 tahun. Ya,semasa aku di tingkatan dua. Dan tamat menulis selepas aku tamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia semasa di tingkatan enam atau 19 tahun. Lama bukan? Tuhan sahaja yang tahu lelah nafasku menyiapkan cerita ini. Walaupun cerita ini tak selebar lebaran novel,tapi ia sangat cukup memberi kepuasan kepadaku tatkala kaki capit ini mula merangkak-rangkak dalam rebut pasir dunia penulisan. Hanya berbekalkan beberapa novel Ramlee Awang Mursyid (yang menjadi penulis kegemaranku),dan secangkir khayalan dan secubit imaginasi, hidangan cerita ini berjaya disediakan di meja makan untuk santapan pembaca. Rasanya cukuplah menceritakan di sebalik tirai penghasilan cerita ini. Baik . Cerita ini,aku tak nafikan memerlukan sedikit imaginasi kerana jalan ceritanya agak berbelit dan susunan plotnya agak sulit. Kerana.. Ini cerita Thriller. Akhir kalam. Selamat menyelam di lautan kh