Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Ramadhan dan Exam: Tragedi, Depresi, Koreksi.

Ramadan dan Exam: Tragedi, Depresi, Koreksi. Setelah lama tak menulis di ruangan ini, hari ini aku nak menukilkan  secubit cereka ehwal bagaimana aku menghadapi detik-detik yang tak dapat aku lupakan dalam hidupku. Walaupun jalan ceritanya mungkin agak tak berapa penting dan menarik bagi orang lain, aku rasa sesiapa yang merasai perkara sama akan terpaut jiwa laranya bersamaku mengemudi sampan kecil di lautan cerekarama ini. Aku tak mahu panjangkan kalam muqodimah, aku terus mula dengan analog kisah ini di tarikh 5 Mei 2019. 5 Mei 2019 (Hari Ujian Syafawi Al-Quran) Hari ini merupakan hari pertama menempa nama menduduki ujian syafawi(oral) untuk subjek al-Quran sem kedua tahun ketiga pengajianku. Sejujurnya aku memang kurang persediaan nak hadapi syafawi nih, serius, aku mula hafal tiga juzuk start lima hari sebelum exam, bayangkan macam mana tepunya otak aku masa tu. Malam exam tu aku menyesal gila sebab tak hafal awal-awal sepanjang sem. Tapi aku push jugak hafal malam tu, ula