Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Puisitepitingkap#6

Malaikat Yang Tersenyum Malaikat itu tersenyum, Titisan embun menitis kemalasan, Dari pusara daunan hijau nan mekar, Pagi yang dingin di bawah redupan awan, Sang mentari melebarkan rambut segaknya, Warga alam tampil meriang, Menyambut sinar hari memendam gelita malam. Malaikat itu terus tersenyum, Si molek gedik memangil ibunya, Dalam sangkar kebahagian, Sang ibu pulang, Menyuap santapan seharian kelaparan, Putaran hari yang tenang, Hingga malam menanti esok siang. Malaikat itu masih tersenyum, Deruan bingit aliran sungai, Berlari tanpa duka mengusung kedamaian, Sang ikan menari keriangan, Menikmati indah keharmonian sebuah taman, Siang dan malam seakan berpelukan, Tiada mahu pisah berjauhan. Namun... Hari ini, Malaikat itu, Tiada lagi senyuman dibalik wajah sucinya, Melihat sang makhluk berakal, Rakus menelan jiwa indah dengan lahapnya, Mengoyak cebisan-cebisan permai, Dengan nasfu serakah yang meliar, Melenyapkan suara ketelusan, Diganti api menghangus

AL: Ekspedisi Nafs (Siri 1)

Imej
                                                                 MAJDI Kampung Senangin,2012 Majdi.Umurnya genap 30 tahun. Berbadan tegap, dada bidang, sederhana tinggi, mempunyai  cukup sifat lelaki melayu terakhir. Sekarang sudah beristeri tetapi belum dikurniakan anak walaupun hampir 5 tahun di alam perkahwinan. Manisah,nama isterinya. Mereka hidup serba sederhana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,tapi hidup yang serba cukup menadah rezeki dari Allah Jalla wa A’la membuatkan mereka tidak pernah mengeluh. Pasangan bahagia ini tinggal di sebuah rumah kayu, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, berdekatan dengan pesisir pantai Teluk Senangin. Majdi juga seorang warak dan kuat ibadahnya pada Allah. Hidupnya yang susah pada zahirnya, membuatkan dia lebih bersyukur dan berasa dekat dengan Allah. Kekuatan rohaninya adalah susur galur dari ayahandanya Tok Ali yang merupakan pembawa aliran tariqat di kampungnya. Majdi mendapat tauliyah dan ijazah amalan

Teaser Prolog Novel 'AL : Ekspedisi Nafs'

. . . Majdi hanya mengangguk dengan senyuman lebar. Sedang dia mengeluarkan ikan yang tersangkut di jalanya itu, satu silauan menerjah kornea matanya. Majdi kepelikan dari mana sumber kilauan tersebut muncul. Kejutan kedua menerpa, terdapat sebentuk cincin emas di mulut ikan itu, kilauan cukup kuat. Majdi terus membelek mulut ikan itu dan mengambil cicin emas itu. Dia memerhatikan Rasul yang masih sibuk meleraikan ikan-ikan yang tersangkut di pukat mereka. Majdi membelek-belek cincin tersebut,dia tidak tahu apa yang nak dibuat,dan tidak tahu siapa pula pemiliknya. Majdi kebingungan. “Ya Allah ini mungkin rezeki dari mu..”bisik hatinya. Tatkala dia membelek cincin itu,terdapat satu tulisan di bahagian dalam cincin itu. “Aih..ada tulisan..apa ni...?”Majdi bermonolog sendirian. . . . @sanghikam@HakimAlAzhary

Kuasa Tuhan

Selepas tamat kelas Nahu di Masjid Al Azhar, aku terus ke Raudhah Naeem untuk makan malam di sana, selesai makan dan solat aku bergerak pulang. Di tepi jalan, berdekatan lorong tangga Raudhah Naeem, ada dua orang budak-budak arab menjual gula-gula kapas. Aku pun timbul keinginan merasa pemanis mulut tersebut kerana sudah lama tak menikmatinya. Aku pun bertanya harga sebungkus. Dua orang budak itu masing-masing berebut ambil bungkusan mereka lalu menawarkan 5le sebungkus. Aku kaget, kerana kebiasaannya harganya sekitar 1 ke 2 le saja. Aku mula berniat membatalkan, lalu mereka menawarkan dua bungkus 5le, dan aku bersetuju. Aku mnyeluk sakuku, ternyata tiada duit kecil. Lalu mengeluarkan dompet untuk mengeluarkan duit besar untuk dipecahkan pada budak itu. Aku memberi 50le kepadanya, lalu dipulangkan 40le. Aku minta baki 5le, dia berdegil, katanya dia menjual dua bungkus dengan 10le. Akibat tak berpuas hati, aku rebut balik duit 50le itu kembali, lalu beredar. Sampai lebih kurang 200 m

Provokasi bukan Solusi

Imej
Dalam dunia ini tidak terlepas dari kewujudan dua pihak atau lebih dalam menanggapi suatu permasalan atau isu. Walaupun aku  sama sekali tidak bersetuju dengan Dualisme yang menyempitkan ruang lingkup perbahasan, tapi tak nafikan ia tetap wujud dalam arena realiti. Baik, kali ini aku cuba untuk bahas suatu sindrom yang berlaku dalam kalangan para pengkritik yang mewakili golongan minoriti kepada golongan autoriti. Sindrom ini sangat bahaya bagi aku kerana disebabkan sindrom ini, ia akan mencacatkan malah merencatkan usaha murni sebahagian lain yang inginkan perubahan dalam sesebuah organisasi atau menyelesaikan suatu isu. Dasawarsa ini, aku melihat untuk menjadi seorang intelektual atau 'serupa inteletualis', mestilah  mengkritik sistem tradisionalis.Seseorang itu akan nampak bijak jika dia mengkritik sistem ini, lagaknya seperti mampu 'berfikir luar kotak', bahasa yang digunakan mencucuk langit, tak kurang merendah-rendahkan apa yang dikritiknya.semakin meluas. Di