Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Doktor Umum

Diceritakan kepada kami perihal Ad Duktur Al Alamah Syeikh Yusri Rushdi Hafizohullah. Syeikh seorang guru mursyid dalam tasawuf dan alim dalam bidang hadis,mengajar kitab-kitab besar hadis seperti Sohih Bukhari,Sunnan Sittah di Masjid Azhar berpuluh-puluh tahun sehingga lah sekarang masih konsisten menyampaikan ilmu pada anak muridnya dari kalangam arab sendiri ataupun wafidin. Syeikh Yusri juga seorang doktor pakar bedah di salah satu hospital besar di kaherah dan menjadi rujukan dunia khusus dalam bidang pembedahan surgery. Di suatu pengajian hadis kitab Sohih Bukhari di Masjid Dardir,sebelum memulakan kelas,seorang lelaki dipertengahan umur datang kearah syeikh yang sedang berada di kerusi untuk memulakan kelas .Setelah salam dan cium tangan syeikh,lelaki itu menunjukkan bengkak beguk di leher kirinya kepada syeikh,beguk itu agak besar,dia mengadu kepada syeikh kerana terlalu sakit dan sudah bertahun-tahun dijangkitan penyakit itu. Syeikh Yusri mengangguk lalu meletakkan ta

Qamarun Ya Sidnan Nabiy

Imej
Qamarun - Mustafa Atief وَأَجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَرَقَطُّ عَيْن وَأَطْيَبُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النِّسَاءُ خُلِقْتَ مُبَرَّءًا مِنْ كُلِّ عَيْبٍ كَأَنَّكَ قَدْ خُلِقْتَ كَمَا تَشَاءُ قَمَرٌ قَمَرٌ سِيدْنَا النَّبِى قَمَرٌ وَجَمِيل سِيدْنَا النَّبِى وَجَمِيل وَكَفُّ الْمـُـصْطَفَى كَالْوَرْدِ نَادِي وَعِطْرُهَ يَبْقَى اِذَا مَسَّتْ أَيَادِي وَعَمَّ نَوَالُهاَ كُلَّ الْعِبَادِي حَبِيبُ الِله يَا خَيْرَ الْبَرَى وَلَا ظِلُّ لَّهُ بَلْ كَانَ نُورَا تَنَالَ الشَّمْسَ مِنْهُ وَالْبُدُورَ وَلَمْ يَكُنِ الْهُدَى لَوْلَا ظُهُورَه وَلَمْ يَكُنِ الْهُدَى لَوْلَا ظُهُورَه وَكُلُّ الْكَوْنِ أَنَارُ بِنُورِ طَه Kamu sangat indah yang belum pernah lihat oleh mata, Kamu seorang suci yang tidak pernah dilahirkan oleh seorang wanita Kamu diciptakan terhindar daripada keaiban Seolah-olah kamu di ciptakan seperti mana yang kamu kehendaki Qamarun… Bulan…. Bulan…. Kamu umpana bulan wahai penghulu kami… Wahai keindahan… Wahai keindahan… Engkau sangat indah wahai penghulu kam

Falsafah Si Peminta Sedeqah

Imej
Aku keluar dari rumah, tutup lalu mengunci pintu,membetulkan butang di kolar baju melayu lalu turun ke bawah,walaupun setiap hari naik turun tangga, tingkat lima bukan tempat yang rendah, aku mengeluh, tapi inilah aku yang perlu tempuh bertahun-tahun lagi di sini. Aku terus berjalan,mengunakan 'lorong tikus' yang tidak banyak orang ketahuai kerana lorong itu agak tersembunyi dan sempit,tetapi banyak membantu untuk meng'shortcut'kan perjalanan ke mahattoh bas di Masjid Soleh Jaafari. Tiba di hadapan Mustasyfa Hussein,akan ada dua tiga orang makcik arab duduk di laluan pejalan kaki. "Sodiq...Sodiq..!!"  Itulah dia makcik yang digelarkan 'mama' oleh pelajar melayu disini kerana dia akan panggil pelajar-pelajar Malaysia dan Indonesia sahaja untuk meminta belas. Kekadang lagaknya agak mengelikan hati. Dia peminta sedeqah,tapi minta dengan penuh senyuman, panggil beberapa kali sehingga aku dan lainnya memaling muka, dia akan senyum sambil menadah t

Dua Alam [Siri 3]

Imej
Secret Recipe cafe,Ampang. “Umar…Kak Zakiah nak mintak tolong sikit nih ..boleh ak?”,pinta Zakiah. “Oh..boleh-boleh,tak dak masalah…kenapa kak?” Umar membalas sambil membetulkan topi dikepalanya. “Camni…rumah yang akak tinggal sekali dengan Sofea tu cam berhantu lah Umar..,kekadang bila malam mula lah seram sejuk..,pastu ada gak kena kacau..”Zakiah menjelaskn situasi. “Betul tu!!”sergah Sofea. “Umar…semalam saya pun kena kacau gak..masa nak tidur mesti rasa dihimpit-himpit lah..camna tu??” Sofea terkebil-kebil. “Hmm…Kak Zakiah ngan Sofea ada pernah nampak dak kelibat bayang ka yang suka melintas-lintas.?”soal Umar. “Uh…ada-ada, kerap jugak,tambah-tambah kalau dah memang larut malam…”jawab Zakiah. “Hmm…camni lah.. Nanti saya tulis ayat quran,pastu tampalkan di pintu bilik Kak dan Sofea…ya..” “Baik-baik,waktu balik nanti Umar bagi ya…” Sofea mencebik. Semua menyambung tugas masing-masing untuk menyambut pelanggan yang akan menyerang di waktu rehat pejabat nanti. Wan

Sifat Seorang Alim

Imej
Diceritakan kepada kami perihal Syeikh Usamah Al Azhari. Syeikh Usamah seorang yang sangat berkejar dengan masa. Beliau sentiasa cepat pergerakannya dan berjalan laju sehinggakan anak-anak muridnya terpaksa berlari untuk mendapatkan beliau. Bermula dari turun kereta, sampai ke majlis,syeikh terus memulakan kelas tanpa pendahuluan,walaupun jangka masa kelas hanya satu ke dua jam,tetapi pengisiannya umpama berjam-jam. Sungguh terasa keberkatan masa dengan input ilmu yang sangat luas dalam syarahan syeikh, tamat kelas,syeikh terus keluar untuk ke majlis lain, kebiasaannya anak-anak murid beliau tidak sempat bersalaman dengannya. Itulah rutin harian Syeikh Usamah,samada beliau sebagai murid atau sebagai tenaga pengajar di masjid,madrasah,jamaah,muhadharah,daurah dan sebagainya. Dinaqalkan pada suatu majlis periwayatan hadis di Mudahyafah Syeikh Ali Jumaah bersama beberapa ulama-ulama Azhar lain. Syeikh Usamah antara panel untuk membaca dan mengijazahkan hadis kepada pada hadirin

puisitepitingkap#4

Imej
Syitaa' Aku berdiri gagah keseorangan, Batang tubuhku kaku di persada debuan, Kakiku kebas kejap tak beralihan, Tanganku sisip disisi jajaran. Kudongakkan kepala ke hamparan biru menafsir keindahan, Mata kuketapkan menikmati halusan belaian, Hidungku menghembus hela kesuaman. Sedetik, Satu dakapan mengunci jasad, Menyentap urat nadiku padat, Kejang tidak tersingkap Sesak tak terungkap. Namun, Ia amat mendamaikan, Sentuhan meruntunkan, Kedinginan yang membungkus dileraikan. Rasa aman, Seperti taman, Tanpa suram, Menggamit tenteram. Syitaa, Kamu hadir tika kuperlukan dakapan, Kamu hadir tika kuperlukan kucupan, Kamu hadir memberi secebis harapan, Tika aku ditinggal keramaian, Tika aku bersendiri merangkul kemurungan. Tapi aku tahu, Hadirmu hanya sekejap, Bertandang di sarang jiwaku mengusik kerap, Aku pasti menunggu kamu mengetuk pintu hati ini lagi, Tatkala masa itu akan kembali. Aku pasti akan merindui saat berharga ini, Bersama kamu. Ya

Jumaat di Hussein

Imej
Solat di Masjid Sidna Hussein punya keistimewaannya yang tersendiri. Dari mula masuk ke dalam masjid hingga lah cari kasut sewaktu nak pulang. Setiap kali hari penghulu segala hari ini,ribuan manusia akan meluangkan masa solat di masjid ini,mahupun penduduk sekitar kaherah ataupun pelawat dari luar mesir semata menziarahi maqam cicit Saiidul basyar Sidna Hussein RahimahullahuTaala Wa Ardhah. Di Masjid Sidna Hussein juga terdapat Ashar Nabi,iaitu barang peninggalan Nabi Sollahualaihiwassalam bersebelahan maqam Sidna Hussein. Antara ashar yang dinaqalkan ada di situ adalah serban nabi,tongkat nabi,janggut nabi gamis nabi dan lain-lain lagi. Bilik yang menyimpan ashar nabi itu tidak dibuka kepada umum,hanya dibuka jika ada ulama-ulama sahaja untuk datang ziarah. Tidak dibuka kepada umum kerana khuatir disalah guna,berdasarkan sifat taasub tanpa ilmu masyarakat dirisaukan akan mendorong kepada ghuluw dan khurafat di tempat mulia itu. Allahuma Solli Alla Sidna Nabiy!! Selesai so