Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

puisitepitingkap#5

Imej
Ketika Tasbih Bercinta Menari. Ikut rentak melodi. Tak berhenti. Terus berpusing, berputar. Tenggelam dalam lembah keasyikan. Terus berpusing,berputar. Khayal dalam kehibaan. Linang mutiara meniti jaluran pipi, Terus berpusing,berputar. Tika. Terjatuh terpunduk. Terduduk tertunduk, Lelah nafas ditarik sedalamnya. Dada berombak memukul bertalu, Tercungap. Terasa beban mengisi ruang rongga jasad. Berat. Sempit. Cungapan juga belum berhenti tapi sudah mula reda. Mata diketap kejap. Bercucur linangan tanpa henti-henti. Melupakan bahana sedang memakan akal cerdas. Tenang sekejap. Jari mengusap pipi yang basah. Akal yang tenang mula memujuk jiwa yang gelora. Tenteram mula menguasai daerah jiwa. Tangan ditanah digenggam padat. Duduk asalnya bersimpuh,bertukar sila. Sila bertukar pasak. Pasak memasang langkah. Langkah terus berlari. Mengusung mimpi. Rentak kaki semakin berkobar. Degupan jantung kian berdebar. Mencapai sin

Edisi Khas : Bukan Sekadar Menyambung Tahun

Imej
* Artikel ini aku tulis pada tahun lepas untuk mentasyi' adik-adik junior untuk terus menyambung tahun di Kolej Islam Kg.Jawa. Bagiku jalan yang aku tempuhi dulu adalah jalan denai yang sama dilaluai oleh generasi-generasi terdahulu dan sekarang ia bakal dilalui oleh generasi-generasi dibawahku pula. Naskhah pendek ini aku nukil dan dedikasikan kepada kalian semua untuk kembali menilai apa misi dan visi yang penting tapi terpinggir di benak lubuk jiwa kalian dan memberi suatu jajahan persepsi lain selama  meng'infak'kan diri kalian lagi dua tahun di sana. Tidak lain tidak bukan dalam melaksanakan visi keilmuan. Selamat membaca dan menilai. BUKAN SEKADAR ‘MENYAMBUNG TAHUN’ Bismillahiwamanwalah.. Ucap syukur serta redha aku panjatkan ke hadrat tuhan. Tuhan maha kaya dengan sifat Rahman dan Rahim keatas ciptaannya,Maha Perkasa ke atas  kedhaifan makhluknya, Maha Bijaksana atas kedangkalan hambanya, Maha Karya segala kasih dan cinta. Tiada rasa bertuah aku

Dua Alam [Siri Akhir]

Imej
.......Umar meletakkan tangannya di atas dahi Zahra dengan beralaskan kain  tuala.Umar memejamkan mata,mulutnya masih basah dengan bacaan ayat ruqyah. “Hafiz..kalau aku rebah,kau papahkan ya..”ucapnya.                                                                ********************** Kampung Beringin, Bahang api menyentuh pipi Samir. Mata bulatnya dibuka,Samir tersentak melihat rumah yang didudukinya hanya masih berbaki tangga batu,yang lainnya semua dimamah dan dijilat sang api. “Samir….Samir….”suara serak-serak memangil namanya.  Mata Samir terpandang satu jasad terbaring bersebelahan rumah kayu yang sudah rentung. Dia meluru kearah jasad yang nyawa-nyawa ikan itu. “Pak Kadir…apa yang berlaku ni..?”soalnya sambil memapah badan Pak Kadir. “Sang Belang puaka itu menggangu kampung ini lagi,dia mengambil Seri pergi untuk dijadikan korban,aku sempat menahannya,akibatnya  kuasa puakanya mencederakan aku dan membakar rumah ini,Samir pergilah ke gua itu dan s