Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Agamawan dan Kita

Imej
Agamawan dan Kita Kebelakangan ini pergeseran antara agamawan semakin rancak dan kian menjerut saluran pernafasan masyarakat yang berada di tengah antara dua blok ini. Dan masyarakat makin bosan dan mual dengan telahan kedua-dua pihak yang saling bercakaran dalam membawa isu agama ini. Namun ada dua perkara yang sama-sama kita fikir dan timbang balik. Pertama, jika kita lihat agamawan zaman sekarang yang menyebalkan itu,ketahuailah mereka adalah sebaya dengan umur ayah-ayah kita. Dan kalian pasti tahu,apa nilai pembelajaran agama pada zaman ayah-ayah kita ini dulu. Kita juga dibesarkan pada zaman itu dahulu. Ya,zaman di mana pengajian ilmu agama hanya kepada pelajar minda kelas terbawah. Jika tak lulus periksa dan malas belajar,maka sekolah agama lah menjadi tempat longgokannya. Sekolah tahfiz,hanya untuk anak-anak yang otak lembab, banyak main, ponteng sekolah dan tak kurang sekolah tahfiz dijadikan 'mesin basuh' kepada mak ayah yang kononnya nak anak mereka berubah de

Bisa

Imej
Bisa Ular Apabila digigit atau disengat ular,kesakitan yang ditanggung sangat tidak terperi. Bukan sekadar kesakitan itu berpunca dari patukan gigi sang ular,tapi akan bisanya yang meresap menghakis isi daging. Walaupun ular telah dibuang,tapi bisa itu masih menular merebahkan urat saraf. Sahabat, Maksiat yang kita buat bukan bahaya pada pertama kali  dibuat. Tapi bisa yang meresap. Bisa itu mengalir di setiap venamu dan akan terus menghanguskan imanmu. Dan ketahuailah,bisa kepada kepada maksiat adalah KETAGIHAN. Dan ia sangat bahaya. Allahumma iqfirlana zunubana T.T 21/1/16 Darrasah, Cairo.

Ikon Malizi

Imej
"Malaziya?" Seorang lelaki berbaju kemeja dan berkot menegur aku yang dalam perjalanan ke Souq Hussein. "Aiwah,ana Malizi.." Aku mengangguk sambil tersenyum. Memang kebiasaan peniaga di sini menarik perhatian pembeli dari pelbagai pelosok negara dengan menegur para pelanggan mereka. Dengan pengalaman yang ada mereka sudah mengenal raut wajah Pan-Asia tenggara yang mirip-mirip antara Malaysia, Indonesia, dan Thailand. Lelaki yang memegang pemplet promosi kedainya itu mendekati aku manakala aku pula berusaha menghindar kerana tahu tujuannya untuk menarik aku ke kedainya dan lansung menjual barang niaganya. "Malizi ahsan naas.." Lelaki itu memulakan kalam. "Naam..misrin kamaan.."aku membalas dengan maksud menyambut bahawa orang mesir juga baik. Begitulah ayat-ayat pujian orang mesir kepada pelajar malaysia di mesir ini khususnya kerana mereka sangat sukakan orang-orang malaysia yang biasa di kenali dengan adab dan luhur sopan yang sang