Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Modus Operandi Singkirkan Liberalisme: Suatu Kritikan Kasar

Secara drastiknya aku terus terjun ke perbahasan realiti pengamalan ideologi liberalisme di tanah air Malaysia. Sebenarnya puak liberalist dan seangkatan dengannya kebanyakannya adalah ajaran menyeleweng dari ajaran liberal itu sendiri, mereka ini lebih dikenali sebagai Liberal-Selective, atau lagi Pseodo-liberalist, bahasa mudahnya liberal memilih-milih, liberal sesat, atau ajet-ajet liberal. Ajaran sesat yang mereka bawakan tak langsung membawa fahaman ideologi liberal sebenar pun, malah memburukkan dan mencontengkan lagi wajah liberal. Sebagai contoh, puak ajet liberal ni suka menunggang istilah human rigt kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, jadi mereka memperjuangkan hak mengamalkan lgbt, seks songsang, transgender dan sebagainya atas alasan memperjuang hak minoriti dan hak memilih juga melepaskan manusia dari belengu agama, tapi bila ada seorang ini memilih untuk mengamalkan agama dengan minda yang rasional dan sedar, mereka pulak menentang. Liberal apakah ini menghalan

Aku Malayophile

Malayophile tu apa dia? Ringkasnya Malayophile tu bermaksud pencinta melayu. Tapi bukan pentaksub bangsa, bukan juga bergenetik nasionalis. Ia cuma suatu perasaan cinta akan apa-apa saja berkaitan dengan melayu, baik dari segi sejarah, falsafah, kebudayaan, pakaian, makanan dan pelbagi serba serbi berkaitan dengannya. Dan dengan cinta ini juga membentuk peribadi dan perilaku seseorang menjadi lebih beretika juga bertamadun. Cinta ini mempasak jati diri mutlak ke tanah tumpah darah. Mengikat minda dan emosi ke jana bijana warisan temurun bangsa, tetapi tidak mengurung jiwa itu dari terbang ke awanan gemilang, cuma diajar cara tunduk. Semakin tinggi semakin membongkok. Perasaan cinta akan bangsa ini aku mula rasakan pabila mana aku berada jauh dari tanah air. Begitulah sunnah alam, makin jauh makin sayang. Jika dulu, masa usia menginjak remaja, aku rasa kekok mengenakan busana melayu, malah tak gemar berbaju melayu, tapi setelah 3 tahun di Mesir, aku mula rasa sedar akan rahsia