Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

Bagaimana Aku Membaca(1): Bibliophile

Imej
  Pertama-tamanya, aku rasa semenjak kecil kita semua pernah berkongsi suatu persamaan, iaitu di ruangan ‘hobi’ dalam Biografi Diri sewaktu kecil-kecil dulu. Betoi tak? Kalau tak hobi membaca mesti tulis kumpul setem. Entahlah walaupun aku rasa generasi aku tu dah semakin terhakis rupa setem dalam kamus hidup kami. Biarkan lah yang itu. Kat sini aku nak fokuskan tentang ‘membaca’. Aku sebenarnya bukanlah versi ‘ulat buku’ yang sebenar-benarnya, mungkin dalam 70% sahaja jiwa itu merasuki mindaku. Aku cuma minat buku, minat membaca, serta minat tambah maklumat dan minat berkongsi apa maklumat yang aku ada.  Ya..aku sangat minat buku atau nama saintifiknya ‘Bibliophile’. Kalau ada orang jenis minat Ps5 dan tergila-gila nak kumpul koleksi game, kalau ada jenis yang suka mekap dan suka beli banyak-banyak alat solek, kalau ada yang minat simpan koleksi merchandise apa-apa watak superheroes, ya..di sana ada makhluk bibliophile yang di sanggup bergadai duit, tak makan sehari, bergolok gadai se