Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Ramadhan Exam: Persediaan dan Strategi

Ramadhan Exam: Persediaan dan Strategi Untuk kali ini, aku nak ceritakan bagaimana persediaan yang aku buat atau lebih mudah strategi belajar aku sepanjang waktu exam. Boleh katakan aku amalkan cara ini hampir 3 tahun. Cuma exam tahun tiga ini aku asahkan strategi ini supaya lebih tajam, lebih menusuk rongga-rongga mental fizikal ku. Dan agak mengejutkan aku boleh ikut segala plan disusun dengan baik, hari demi hari, subjek mana yang diutamakan, mana yang kemudian dan sebagainya. Baik, aku bahagikan strategi ini kepada: 1. Sebelum Tarikh Exam 2. Semasa Fatrah Exam 3. Hari-hari Exam 1-Sebelum Tarikh Exam (26 Jun 2019) |Uzlah| Selalunya persediaan exam atau study week mula sebelum sebelum tarikh exam sebenar. Jenis aku, aku akan tangguhkan kelas-kelas talaqqi, dan akan bermuqim di rumah saja, lebih tepat dalam bilik, kiranya memang full day uzlah. Cuma tahun ni, termasuk dalam bulan Ramadhan, jadi kelas talaqi banyak tangguh awal, maka uzlah aku berlangsung selama dua bulan s

Ramadhan Exam: Persediaan dan Strategi

Ramadhan dan Exam: Tragedi, Depresi, Koreksi.

Ramadan dan Exam: Tragedi, Depresi, Koreksi. Setelah lama tak menulis di ruangan ini, hari ini aku nak menukilkan  secubit cereka ehwal bagaimana aku menghadapi detik-detik yang tak dapat aku lupakan dalam hidupku. Walaupun jalan ceritanya mungkin agak tak berapa penting dan menarik bagi orang lain, aku rasa sesiapa yang merasai perkara sama akan terpaut jiwa laranya bersamaku mengemudi sampan kecil di lautan cerekarama ini. Aku tak mahu panjangkan kalam muqodimah, aku terus mula dengan analog kisah ini di tarikh 5 Mei 2019. 5 Mei 2019 (Hari Ujian Syafawi Al-Quran) Hari ini merupakan hari pertama menempa nama menduduki ujian syafawi(oral) untuk subjek al-Quran sem kedua tahun ketiga pengajianku. Sejujurnya aku memang kurang persediaan nak hadapi syafawi nih, serius, aku mula hafal tiga juzuk start lima hari sebelum exam, bayangkan macam mana tepunya otak aku masa tu. Malam exam tu aku menyesal gila sebab tak hafal awal-awal sepanjang sem. Tapi aku push jugak hafal malam tu, ula