Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Mencintai Negeri Lima Menara

Imej
Mesir ini umpama gelanggang mempetaruhkan jiwa raga untuk mengenali satu bangsa yang halus rahsia dhomirinya. Ada yang sesaat awal meletakkan tapak kaki ke jalanraya bertar di bumi ini sudah kalah dalam pertaruhan lantas kembali ke tanah air akibat tak selesa jasad dan minda di sini. Katanya. Ada yang di separuh permusafiran , baju di bagasi pun belum dipakai habis, sudah bungkus harapan, ingin segera meninggalkan negara 'sampah' ini, dek kerana semakin hari semakin tambah bencinya pada penduduk mesir. Ada saja waktu dia berlaga betis dengan orang arab, hari-hari yang dilalui penuh keserabutan dan tekanan perasaan. Maka pulang juga ia. Ada pula sekelompok manusia, sebelum 'terbang' ke bumi kinanah, sudah menanam rasa takjub untuk ke sana. Setelah sampai, dia berkelana sepuasnya, memandang setiap gerak langkah budaya di Mesir dengan sisi pandang yang penuh curiuos , melihat telatah 'baran' arab dengan senyuman, melayan kerenah arab dengan penuh etika,

AKU BERFIKIR MAKA AKU MENULIS Vol.1

Imej
Sebenarnya menulis ini sangat menyeronokkan.  Sebab apa? Sebab kau tahu kau ada idea tersendiri nak dikedepankan dan kau bukan seorang yang komformis. Ya, setiap penulis akan ada keimanan ini yang bertapak kukuh dalam sanubari jiwanya. Percaya pada diri sendiri itu adalah batu asas paling awal yang perlu dibina saat kau bermula berjinak untuk menulis suatu idea. Tapi, meletakkan batu asas itu tak semudah 'angkat dan letak', tidak se'simpilistik' itu. Ia melibatkan perjuangan mengerakkan jiwa dan mental untuk tidak takut pada panahan kritikan musuh penulisan.   'Musuh penulisan' ini tak semestinya orang yang kau bermusuh atau berkonfrontasi di alam nyata, tapi, orang yang sentiasa bersedia setiap masa membaca, menilai, serta mengkritik atau memuji apa yang kau sampaikan. Ya, pujian juga merupakan musuh dalam penulisan, dan hati-hati, kerana ia lebih berbahaya! Jadi, apa langkah seterusnya selepas berjaya mempasakkan ' self confident ' dalam