Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Qurban(Vol.1): Daging dan Lemak

Aku tak bercadang nak ulas tentang kisah Abul Anbiya' Saidina Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail Alahuma salam. Tentang kisah arahan tuhan,rasa gusar berbelah bagi,penyembelihan yang tertangguh,pengantian dengan himar dan sebagainya. Dah banyak ulasan dan komentar tentang mereka yang dinukilkan dan dihikayatkan. Jadi tidak perlu aku turut serta tanganku dalam perbincangan ini. -------------------------- Maksiat. Kesan maksiat adalah dosa. Dosa itu sifatnya melekat. Dan tempat lekatnya adalah hati. Pabila dosa menempel pada hati,sukar dibuang. Kerana dosa itu tepu dan melekit. ************************** Harini hari Majlis Kebajikan Keluarga Kedah mengadakan hari sembelihan iaitu hari raya keempat di dataran Hayyu Asyir. Aku ditugaskan memotong daging dan membahagikan mengikut sukatan 7 bahagian yang ditentukan. Semasa aku memotong daging sebelum ditimbang,masalah terbesar bagi aku adalah meminimumkan lemak yang melekat pada isi daging agar timbangan berat

Tremco dan Jari

Imej
Kekadang isyarat itu lebih berkesan berbanding teriakan. Kekadang simbol warna itu lebih jelas penyampaian dari hayunan tangan. Kekadang bahasa badan lebih tajam bahasanya dari bahasa lidah. Kekadang akhlak itu lebih indah dari picisan kata yang manis. Atau bahasa lainnya: " Action speak louder dan words" Dan ketahuailah Islam dibawa oleh nabi adalah Islam dengan akhlak. ************************* Tremco adalah pengangkutan utama kedua kami sebagai pelajar di mesir selepas bas. Tremco adalah sejenis van yang mengangkut penumpang kemana sahaja yang ingin ditujui.  Setiap tremco dipandu oleh seorang pemandu atau nama manjanya 'Yastoo'(driver dalam bahasa a'mmi) dan sebuah tremco boleh memuatkan lbih kurang 10 ke 12 orang penumpang. Pergerakan orang arab mesir dalam pengangkutan amat laju dan bergegas,ini banyak mengajar aku dan pelajar lain untuk sentiasa bergerak pantas dan tiada masa untuk mandom dan lengai. Yastoo akan singgah di tepi jalan ji

Bintang mencari Bintang

(Pertama sekali, post ni tak ada kena mengena dengan rancangan realiti tv lawak hambar kat TV 3 suku .*baca ngan nada 😒*) Kembali kepada titik • Bintang. Bentuknya berbeza mengikut usia. Teringat waktu zaman kecil. Jika sebut bintang,maka otak terus pick up,bentuknya lima bucu dan ada cara khusus melukisnya. Maka tangan terus melukis tanpa syak. Tapi... Bila dah membesar. Belajar subjek Science,Physics dan sebagainya,maka bentuk itu berubah. Bintang adalah objek bergas di luar angkasa atau nama lainnya planet dan matahari juga adalah termasuk dalam keluarga bintang. Jadi,pabila malam,mata mesti akan melihat kerdipan sirna bintang di bentangan karpet saujana malam. Anda pernah lihat bintang di langit pada waktu malam? Bercahaya dan berbinar. Cantik. Paling penting bintang itu berbeza dan unik jika dibanding alam langit yang gelap itu. Itulah sebabnya kita melihat dan menumpukan penglihatan padanya. Dan bila aku belajar agama. Pandangan aku pada bintang semakin

Diskriminasi 1.0

"Apalah geng2 ulama ni,tahu baca quran,hadis ja,tahu ceramah,kutip derma,mana jadi,kna lah tau bab ekonomi,undang-undang,ni semua lebai kampung ja!!"seorang lawyer berapi-rapi menyatakan hujah bijaknya. Seorang budak angkat tangan. "Tuan,apa sifat pertama Allah?" Si kecil molek bertanya. "Erk..." lawyer itu termanggu seketika. Sahabat, Seorang 'ustaz','ulama',dah habiskan masa mudanya untuk mengaji agama,ilmu tafsir,ilmu hadis,usul fiqh,sampai lah menjangkau usia tuanya. Jadi itu bidang pakarnya. Janganlah pertikai dan marah jika dia tak tahu bab ekonomi dan undang2 yang mungkin bukan pakar mereka untuk mereka ulaskan. Maaf,bukan nak back up golongan ni,sbb sya bukan lagi bergelar seorang ustaz ataupun ulama. Cuma,cuba adil dan jauhi diskriminasi. Jika ditanya pakar ekonomi untuk huraikan hadis dan terjemahkan kitab ilmiah arab. Dan dia tak tahu.Jangan marahkan dia sebab itu bukan bidangnya. Senyum. 4/9/15, Masjid Soleh Jaaf

"Tafadholi banati.."

Budaya. Suatu yang sangat unik. Kerana ia diterapkan tanpa sedar, Dilakukan tanpa paksa. Memang benar,bangsa arab ini dikenali bangsa yang kasar. Tapi Allah temukan aku suatu budaya orang arab yang sangat mulia dan meruntunkan jiwaku. ****************** Hari ini seperti kebiasaan,bas penuh sesak dengan manusia. Bas 'tin sardin' memang menjadi buah mulut kami mengambarkan betapa sesaknya dan padatnya bas yang kami naik. Aku seperti biasa berdiri memegang hendle palang diatas kepalaku. Sit tempat duduk semua penuh diduduki warga arab dan juga dua tiga orang pelajar malaysia. Tempat duduk disebelah aku ialah seorang lelaki tua yang lanjut umurnya. Sampai di satu mahathoh(perhentian bas),masuk sekumpulan pelajar markaz. Ramai yang berdiri kerana memang tiada tempat duduk. Keadaan bas menjadi bertambah sesak. Setelah setengah jam bas bergerak. Masuk seorang wanita arab ke dalam bas. Wanita itu tampak keletihan. Dengan serta merta a'mmu tua di sebelah aku i