Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

Takah Hayatku

Imej
Sudah lama gamaknya aku tak melirikkan bait-bait kalimat bagi mencernakan zihinku.  Kesempatan ini, aku silunya nak berkongsi bagaimana aku memanjat gunung pengalaman, berenang di kolam kehidupan, berpindah randah dari satu takah ke takah yang lain.  Jalan hidup ini penuh dengan pengalaman baca:(peng’Alam’an), yang mana sanubari kita belajar dan berinteraksi dengan Alam sekeliling. Tidak kisah dari genus manusia, hewan, malah dari barang jamad juwa.  Aku tidak mungkin dapat mulakan rekod hayatku ini dari bangku kanak-kanak, sebab tika itu aqal belum cukup mengikat, qalbu belum cukup kuat memberontak, apa yang ku alami itu cuplikan benar dari orangtuaku, kerna kerap di rumah, dididik bawah awas mereka. Jadi itu sudah cukup aku katakan madrasah pertama dalam Alam aku, iaitu didik-ajar orang tua ku. Seusai tamat alam rendah, aku menjengah ke alam tengah, di sini aku berenang di kolam Tabligh berakhir di muara Kesufian.  Ya, ketika ini aku menimba ilmu di sebuah sekolah d