Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Isolasi

Seusai tamat peperiksaan hari terakhir 28 Julai 2020, secara rasmi aku menamatkan sesi pengajian di Universiti Al-Azhar, menghabiskan sisa-sisa masa lagi di Mesir.  Kalau nak dicerita cereka, sememangnya tahun ini tahun yang sangat menguji jiwa raga, tahun covid-19 melanda sarwa dunia, mengecam nyawa hampir suku umat manusia. Tamadun besar eropah dan barat hampir collapse dek penangan sebangsa virus ini. Dahsyat betul.  Dek kerana itu, manusia dihambat mengunci diri di kediaman masing-masing, isolasi dari dunia luar, di sana bangsa seni diberi nama si corona sedang melapah-lapah umat bani adam. Segalanya berubah, jalan raya yang sesak jadi lenggang, pasar raya yang penuh jadi sunyi, kepulan asap hitam menghakis ozon pun tiada terlihat di mata, kini bangsa haiwan pula bermaharajalela menhirup udara segar di luar, sedangkan manusia sedang sesak di kurungan. Dunia seakan terbalik.  Begitu perihalnya di bumi Mesir, di awal fasa seluruh pelajar tak terlepas dilanda serangan p