Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Arabisasi: Suatu Penilaian

Imej
Judul ini sering menjadi topik hangat dan menjadi satu ‘bola tanggung’ kepada golongan liberalist dalam menghentam para asatizah khususnya lepasan Timur Tengah apabila mula menyebarkan dakwah islamiyyah di persada jana bijana(tanah air) Malaysia tercinta. Para liberalist ini selalu menunding jari bahawa para ustaz ini membawa budaya arab dari segi pemakaian, perbualan, tulisan, malah ada juga yang membawa balik sifat-sifat buruk bangsa Arab ke Malaysia. Mereka ini dengan berbekalkan imej ‘Kita Malaysian, kenapa perlu bawa budaya luar…?!” Mereka terlalu alergik dengan jubah, janggut, perkataan arab malah kalua muka persis arab pun mereka apolegik. Geli geleman orang kedah kata. Bagi mereka bangsa arab adalah bangsa yang mundur, bengis, pengotor dan macam-macam lagi lah imej keji yang mereka jaja-jajakan. Jadi, macam kita perlu reaksi kepada isu ini? Ini adalah pandangan peribadi aku, kalian berhak menerima, bebas menolak, malah aku sangat sarankan untuk kalian labuhkan pungg

Intelektual Dalam Turats Islami

Imej
Seringkali kita digembar-gemburkan akan kehebatan para ilmuan dari barat yang terkedepan dalam bidang sains dan teknologi, tak sikit dari mereka yang mendapat anugerah-anugerah akademik kerana jasa penemuan mereka dalam lapangan ilmu fizik, quantum fizik, teori kosmologi dan macam-macam lagi lah. Juga banyak penulisan samaada artikel ilmiah, judul buku, jurnal yang secara serius mengkaji, memperdebatkan, menganalisis, berlaku proses thesis, anti thesis, sintesis dan sebagainya sehinggalah fenomena ini mengangkat darjat ilmu sains moden sebagai penanda aras kebijaksanaan dan kesarjanaan seseorang ilmuan. Sayangnya, kita sebagai umat Islam terlalu dibuai dan dilamun akan kehebatan Barat, sehingga melupakan akan kehebatan tamadun kita sendiri. Di sini, aku tak berhasrat nak kedepankan bukti sejarah akan kegemilangan tamadun ilmuan Islam pada bermula abad ke-5 hingga kurun ke-15, hampir 10 dekad umat Islam mengungguli carta kelimuan dunia, di kala mana umat eropah masih dalam kegelapan