Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Lebarkan Sayap Sebelum Terbang (1)

“Kita mengaji ikhlas kerana akhirat, bukan sebab kerja untuk dunia” Ya..betul..tapi ini terlalu idealis. Penuntut ilmu agama tak boleh terus beromantisme begini. Hasilnya, para asatizah jadi mandul, tak berdaya saing, dan banyak balik Malaysia, lepas tamat belajar menganggur. Akibat, tiada perancangan, hanya tawakal dan berserah. Sekurang kita perlu idrak waqie’ dan tahu apa cabaran, dan well prepared untuk survive nanti.  Oleh kerana itu, aku sendiri perlu mulakan langkah sebelum menamatkan pengajian di fasa degree, walaupun sebenarnya aku dah buat sekitar dua tahun lalu, sedikit demi sedikit.  Ini perancangan jangka masa panjang, visiku jauh bagaimana mahu berenang di lautan realiti terutama dalam industri pekerjaan kelak di Malaysia. Aku mahu kongsikan serba sedikit moga dapat membantu serba sedikit sahabat membuka mata akan realiti sebenar. Pertama: Semenjak tahun 3, aku sudah jalinkan hubungan dengan para pensharah yang mewakili madrasah pemikiran masing-masing di Malaysia. Setaka

Pendekkan Anganmu

 “ Jangan target sambung master selagi tak habis degree.” Yup, macam pelik kan. Ini penyakit dan langkah yang salah bagi pelajar tahun awal terutama pelajar azhar. Kenapa aku cakap begitu, sebab yang cakap gitu sendiri tak tau apa itu master, apa sistem dan prosesnya.  Banyak yg aku tanya kebanyakan yg nak sambung master budak markaz dan tahun 1, then guess what? Bila tanya tanya budak tahun 2,3,4 ramai yang akan kata tak mau dah..degree pun dah perit wooo..ya ini realiti. Kita banyak nak sambung master tanpa ada plan, hanya semangat2 awal ja, bila dah tempuh degree baru tahu langit tinggi rendah. Dan meletakkan visi master di peringkat awal tak membantu kalian semangat belajar sangat pun, malah akan mudah luntur sebab target terlalu jauh, sedangkan hakikatnya masih di tahun 1. Visi yg terlalu jauh akan mudah lemahkan semangat.  Jadi, apa perlu buat?  Target habiskan degree dalam masa empat tahun!!!  Yup! Manfaatkan masa 4 tahun itu semaksimum mungkin. Kalau boleh jangan ulang tahun. D