Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2021

Hilang

Imej
Sayup, Matamu tertutup, Wajah nan redup. Sembunyi, Lidahmu bernyanyi, Bernada sunyi, Di sebalik runut bunyi. Senyummu tawar,  Laksana mawar, Hilang seri, Diragut mentari. Tertunduk, Terduduk, Terpunduk. Lemah,  Resah, Punah,  Tiada arah.  Ingatlah,  Tuhan masih ada, Untuk kamu berserah. -DKMN- 260821

Madu-maduKu

Imej
Sebelum aku perpanjangkan kalam, nak buat clarify sikit tentang clickbait pada judul entry kali ini, kerana madu ini walaupun secara literalnya sebagai satu nama makanan yang dihasilkerjakan oleh binatang yang bernama lebah, namun kondisi sosio masyarakat menyebabkan perkataan ini terpaksa mengendong konotasi negatif yang sangat ditakuti oleh para wanita. Kah! Ok, sebenarnya yang aku maksudkan adalah ~madu’- madu’ku~ dari perkataan arab  مدعو  yang bermaksud orang yang didakwah, iaitu hal ehwal audien dakwah aku.  Baik, kenapa aku nak cakap tentang madu’ ini? Sebab aku rasakan ini antara salah satu cabaran mental dan fizikal yang aku perlu papah kini, dan ia memerlukan kudrat serta kemahiran men’tune’ kepala otak    aku khususnya bagi menghadapi madu’-‘madu’ ini. Ia bukan satu kerja yang mudah semudah membuat ABC. Huh. Untuk mudahkan kefahaman, aku simpulkan sekarang di hadapan aku ada 3 lapisan audien: Kanak-kanak Orang tua Mahasiswa Yang pertama, audien kanak-kanak, ini menjadi cabar