Monolouque

Hampir sebulan lebih aku tak menjengah ke blog ini.
Tak pastilah ada yang mengikut blog ini ataupun tidak atau mungkin aku hanya bermonolog sendirian di laman ini. Tak apalah asalkan aku dapat menulis dan mencurahkan seberapa buah fikiran dan idea.
Ramai orang bertanya kepadaku kenapa tulis dalam blog? Ada ka orang nak baca? Kenapa tak tulis kat Facebook ja?
Ini antara beberapa persoalan yang banyak ditanya kepadaku.
Sejujurnya aku lebih suka menulis tanpa perhatian orang lain.
Aku lebih gemar berkarya dalam alamku agar tiada siapa boleh pengaruhi pimikiran dan penulisanku. Mudah cerita aku menulis untuk diriku sendiri.

Jika orang lain nak baca, dia perlu usaha untuk membaca. Perlu buka halaman chrome yang lain untuk membuka laman blog, mungkin agak renyah dan menyusahkan,tapi itu menandakan ada usaha untuk membaca, sedangkan nak baca buku pub kita kena pergi ke kedai buku,keluarkan duit dan baru kita dapat mengetahuai apa isi kandungan penulisan. Ini namanya usaha. Dan bila diusaha kita akan puas untuk membaca.
Jadi,membaca di blog diibaratkan seolah membeli buku di kedai buku.

Keduanya, penulisan ini mungkin satu hari nanti akan terputus mungkin samada aku mati atau aku memang terlupa pasaword admin blog. Dan penulisan ini akan jadi satu khazanah barangsiapa menemuainya. Dan waktu itulah penulisan ini akan berharga daripada status-status mencari publisiti di facebook itu. Semasa itu barulah mereka mencari siapa penulisnya.( Acewah..huhu)

Dan mungkin yang ketiga, aku taajub dengan ulama-ulama dalam penulisan mereka. Sampai kekadang berjilid-jilid dan semuanya membahaskan bab keilmuan semata,kekadang terpikir bagaimanalah mereka menulis dalam masa yang sama belajar,mengajar,berdakwah. Allah saja tahu rahsianya.
Dan aku?
Inilah jalan dan langkah awalku. Semoga akan membuahkan natijahnya kelak.

Allahumma amin.
Allahumustaan..

10/3/16,
Daraasah,
Cairo

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari