Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

Pagi Ahad di Taman Rakyat

Imej
  Pagi Ahad di Taman Rakyat Pagi ahad yang dingin nan redup. Otakku ligat berputar, mata liar merekod tingkah manusia, manusia di sekelilingku, walau kaki lagak bergerak, kadang berjalan, kadang berlari anak, aku tak henti fikir analisa sifat mereka. Sudah menjadi rutin mingguan setiap pagi ahad, aku akan jogging di Taman Rakyat Klang berdekatan dengan perumahan Sri Andalas. Aku boleh katakan bahawa aku sangat suka dan dah lama tak melihat evironment rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama terlihat mesra, bersulam antara satu dengan yang lain, lebar senyuman di serata tempat, menambah girang sang mentari yang baru mengerling di balik awanan pagi ahad. ******************** Oklah…aku tau ayat aku berbunga.. hahaha ok..aku try pakai ayat tak formal untuk gambarkan apa yang aku perhatikan sepanjang beriadah di sini. Hampa pun tak lah cringe sangat bila baca nanti. First sekali, kat sini ada beberapa kelompok dan jenis orang.  Kalau hampa masuk ja taman tu, akan ada sekumpulan aunty

Wanita Nan Dicinta

Imej
Si dia yang menggugah jiwa, Walau pertemuan sekejap cuma,  Ingin lagi aku menatapmu,  Tika telaga mata bertamu, Sepintas lalu,  Sekilas pandang,  Tiada banyak masa tika itu,  Aku berlaku pergi,  Kamu tetap di sana,  Meneruskan sisa tergendala.  Si dia yang menggugah jiwa,  Aku berkelana sepelosok alam raya,  Ketemu ramai wanita,  Namun kamu punya istimewa,  Yang tiada pada wanita selainnya.  Matamu indah nan bercahaya,  Wajahmu damai meruntun jiwa, Hatimu mulus, tulus dalam berkata, Tulus dan kudus bak nirmala,  Tiada aku jumpa wanita sesempurna untuk diriku yang hina.  Si dia yang menguggah jiwa,  Ini mungkin tidak lah secara terus,  Kerana lidahku belum cukup lurus, Aku berharap agar engkau menjadi pendamping hidupku,  Hingga hari tuaku,  Membina mahligai bersama.  Hingga ke syurga.  Warkah ini dari pemilik jiwa yang tergunggah kepada wanita nan dicinta.  Pemilik hatiku. 2.11.2021 Klang,  Selangor.