Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Dua Alam [Siri 1]

 Kampung Beringin,1990 Uwek…..uwek…..uwek…..”,suara      tangisan bayi lelaki memecah kesunyiaan malam .Seorang bidan merangkul sekujur tubuh  molek bayi yang baru sahaja diringginya menerjah ke alam dunia. Seukir senyuman digoresnya dek memandang  wajah sepasang suami isteri yang tidak henti mengucapkan lafaz tahmid.  “Alhamdulillah...”ucap Firdaus  sambil melabuhkan dahinya ke lantai . Syukur tak terhingga tidak dapat digambarkan oleh kata-kata.Firdaus terus meluru kearah isterinya yang sedang berehat setelah hamper berpuluh minit meneran  dan menahan kesakitan. Sekucup ciuman didahi  Aisyah menandakan kasih sayang nya pada isteri kesayangan.  Imam yang berdiri dihadapan pintu turut merufu’kan kesyukuran atas kelahiran itu.Dialah orang yang dipanggil oleh Firdaus setelah mengetahuai Aisyah akan melahirkan anak . Imam  yang dalam perjalanan pulang dari surau terkejut akan berita itu. “Firdaus…,ni anak kamu, manis mukanya, tahniah,”ucap Mak Bidan sambil menghulurkan bayi keara

Cerita Ini

Imej
Aku mula menulis cerita ini sewaktu aku berumur 14 tahun. Ya,semasa aku di tingkatan dua. Dan tamat menulis selepas aku tamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia semasa di tingkatan enam atau 19 tahun. Lama bukan? Tuhan sahaja yang tahu lelah nafasku menyiapkan cerita ini. Walaupun cerita ini tak selebar lebaran novel,tapi ia sangat cukup memberi kepuasan kepadaku tatkala kaki capit ini mula merangkak-rangkak dalam rebut pasir dunia penulisan. Hanya berbekalkan beberapa novel Ramlee Awang Mursyid (yang menjadi penulis kegemaranku),dan secangkir khayalan dan secubit imaginasi, hidangan cerita ini berjaya disediakan di meja makan untuk santapan pembaca. Rasanya cukuplah menceritakan di sebalik tirai penghasilan cerita ini. Baik . Cerita ini,aku tak nafikan memerlukan sedikit imaginasi kerana jalan ceritanya agak berbelit dan susunan plotnya agak sulit. Kerana.. Ini cerita Thriller. Akhir kalam. Selamat menyelam di lautan kh

Hari Musalsal

Imej
Hari ini 10 Muharram. Ya,juga dikenali sebagai hari Asyura. Hari Asyura adalah hari dimana umat islam dituntut melahirkan kegembiraan di atas kejayaan Nabi Allah Musa Alaihisalam dan para pengikutnya berjaya melepaskan diri dari Firaun Laknatullah di sempadan laut merah. Ini suatu sejarah yang sangat hampir dengan tempatku berada sekarang.  Di Laut Merah. Cuma tidak direzekikan lagi menjejakkan kaki di situ. Dengan kejayaan ini,umat Yahudi yang asalnya dan kononnya mengikut Nabi Musa bergembira kerana hal demikian,maka kita umat Islam yang lebih mengimani Saidina Musa harus melahirkan rasa kegembiraan lebih lagi. Raikan dengan cara bagaimana? Raikan dengan cara berpuasa di hari 10 Muharram. Inilah cara yang diajarkan Islam kepada ummatnya. ****************************** Dari Abu Qatadah r.a,Rasulullah bersabda: "صيام يوم عاشوراء انى احتسب على الله ان يكفر السنة التئ قبلها" "Berpuasa di hari asyura,sesungguhnya Allah akn menghapuskan dosa-dosa pada

puisitepitingkap#2

Imej
#RINDUSENTAP Langit kekuningan, Fajar mula menampakkan rambutnya, Bentangan alam raya biru lautan, Tanpa awan, Angin sepoi membidas muka, Aku bertengek di tepi jendela, Melihat alam luar, Earphone ditelinga mengalun halwa, Skrinphone mula bercahaya malap. Aku sudah di negeri orang, Mak dan abah di negeri yang sama, Aku sudah naik kapal terbang, Mak dan abah masih naik kereta yang sama, Aku sudah makanan makanan asing, Mak dan abah masih makan nasi dan lauk yang sama, Aku sudah berkenalan dengan kawan baru, Mak dan abah masih berbual dengan jiran yang sama. Aku sudah berada jauh dari mereka, Bukan sebelah daerah,negeri dan negera, Tapi seberang benua dan lautan, Bukan tiga minggu sekali balik rumah, Tapi tiga tahun sekali mungkin empat. Hakikatnya aku jauh dari mereka. Bukan mudah nak bersemuka. Bukan senang nak berhubung, Kerana batas waktu dan tempat menyulitkan. Tapi bayangan wajah kedua-dua mereka lah sentiasa menjadi santapan mindaku. Bila aku ja

Sittah Oktober

Imej
Harini yang mengembirakan hati,kerana harini aku mendapat banyak perkara baru lagi mengasyikkan. Pertama. Akhirnya,aku keluar juga dari bandar Kaherah. Keluar dari kesibukan kota yang penuh ragam dan garam. Kedua. Aku dapat lihat Qala'h(Kubu) Salahuddin Ayubi yang terserlah dengan asar sejarah kegemilangan masa emas Islam. Aku dapat lihat Sungai Nil yang terzahir di mana Nabi Allah Musa dihanyutkan. Aku dapat lihat Piramid Kufi yang tersergam dimana Sang Firaun memerintah manusia meyembahnya mensyirikkan Tuhan esa. Dan yang paling besar dan mengembirakanku adalah melihat sebatang tubuh segak,gaya yang mempersona,gurisan seyuman yang tak lekang dari raut wajahnya serta curahan kata-kata yang sangat membekas di benak hati. Inilah kali pertama aku melihat sosok tubuh ini setelah sekian lama menaruh keinginan berjumpa dengannya. Al-Allamah Ad-Duktur Syeikh Ali Jumaah Hafizohullah. Semoga Allah merahmati mu. Semoga berjumpa lagi di Sittah Oktober. #menikmatisua

Kanak-kanak

Imej
3 Oktober 2015 Harini hari pertama persekolahan bagi pelajar-pelajar sekolah tadika (disini namanya Hadhonah),pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Mesir selepas lebih kurang empat bulan cuti musim panas. Harini juga bandar Cairo mula diceriakan dengan wajah-wajah comel anak-anak arab,diserikan telatah gelagat kanak-kanak yang baru mula melangkah ke alam persekolahan. Si ibu memegang tangan anak melintas. Sang ayah membicarakan sesuatu kepada anaknya,mungkin sedang memberi semangat. Pelajar yang sedikit dewasa jalan berkumpulan dengan uniform yang pelbagai. Pelajar lelaki dengan lagak stylonya berjalan. Pelajar perempuan dengan telefon bimbit dan earfon di telinganya menunggu bas. Semua suasana ini menjamu mataku sewaktu perjalanan ke kuliah pagi ini. Sungguh nostalgik dan mengelikan hati.                                              **************************** Aku sangat suka kanak-kanak. Tidak kira umurnya berapa. Asalkan kanak-kanak. Aku te

Traffic ale Cairo

Imej
Cairo atau nama lainnya Kaherah adalah antara bandar yang tersibuk,terpadat,termampat di dunia. Suasana kebingitan mirip-mirip bandar Kuala Lumpur malah lagi riuh rendah. Ada dua perkara yang unik bila anda datang kesini dan berada sendiri di atas jalan raya Cairo. Pertama. Tiada peraturan jalanraya. Tiada lampu isyarat. Tiada laluan khas motosikal. Tiada topi keledar. Tiada tali pinggang keledar. Tiada beza motosikal,kereta,van,bas,lori,traktor. Semua dalam satu laluan. Laluan satu lorong ada tiga line kenderaan. Potong memotong sesuka hati. Selit menyelit semacam rutin. Semua bergerak laju dan pantas. Tapi. Kurang kemalangan. Inilah menjadi kepelikan yang masih tidak terungkai oleh benak hatiku. Kedua. Pengunaan hond Jika anda berada di jalan raya Cairo. Perkara awal anda kena biasakan adalah suasana bunyian hond disetiap dan detik anda di atas jalanraya. Suasana bingit inilah menjadi kota Cairo ini hidup malah ceria dengan bunyian hond yang tidak akan b

Puisitepitingkap#1

Imej
JIWA Jiwa aku ada dua, Satu baik, Satu buruk, Yang baik bila tiba masanya, Yang buruk juga bila jangka waktunya, Aku pun tidak perasan bila ia bertukar, Belahan pertama dahagakan ilmu, Belahan kedua ketagihan nafsu, Yang pertama itu menangis dalam berdoa, Yang kedua itu ketawa dalam ternoda. Pahala dan dosa seakan berjiran, Iman dan nasfu seakan berpelukan, Aku jadi pening, Sedangkan dua makhluk ini sentiasa bermusuhan, Dalam menawan daerah jiwaku, Tapi mungkin aku yang tersalah tafsir. Jiwa. Lapangan yang luas untuk diterokai, Kanvas yang besar untuk dicontengi, Jalan yang sangat jauh untuk dilaluai, Dan jiwa ini tempatnya untuk satu tuan sahaja, Tidak mungkin untuk dikongsi suka sama suka, Pilihanmu ada dua, Iman atau nafsu sahaja. Bila kamu bahagikan kawasan jiwamu kepada dua, Dan kamu sempadankan. "Ini kawasan iman,ini kawasan nafsu,jangan bergaduh!" Kamu silap. Kerana nafsu itu jahat dan tamak, Dan iman itu lembut dan mudah berala