Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Bagaimana Budak Berfikir

Imej
“Ustaz..kenapa ustaz pakai baju sama yang minggu lepas” Pernyataan dari Darwisy menyeretkan memoriku ke jengka masa beberapa hari lepas.  “Eh..aku pakai baju yang sama minggu lepas ka?”  Monologku sambil menggaru kepala yang tak gatal.  Seingat aku aku pakai baju lain-lain setiap hari dan aku pun tak ingat dah pakai baju apa minggu lepas. Aku gelak keseorangan tanpa sedar.  Darwisy masih termanggu depan aku.  “Ciss..bijak ini budak!” Getus sanubariku.  Sebenarnya aku dah fikir lama benda ni. Iaitu macam mana budak-budak berfikir. Ya..aku pernah jadi budak..hampa yang baca pun pernah..tapi masa tu kita pun tak tau bagaimana kita berfikir. Jiwa dan minda kita adalah fitrah. Fitrah inilah keajaiban Tuhan. Manusia belajar dengan apa yang ada disekelilingnya, tanpa silibus, tanpa sistem, manusia belajar dari alam.  Itulah etimologi kata ‘pengalaman’. Masih tak perasan?  Kejap. ‘Peng[Alam]an’. Nampak?  Pengalaman dalam bahasa melayu mengandung makna yang sangat mendalam. Iaitu bagaimana manu

Petrikor

Imej
Renyai gerimis, Menyentuh pipi bumi, Sang angin berdesir, Daunan mati berguguran,  Berlari bersama menutup jalan. Lama sungguh bumi tidak basah. Telinga ini menangkap bunyi merdu, Rintik menari  Di arena atap nan riang, Hidungku menyambut bauan, Sedap sungguh, Bau datang dari bawah, Naik ke atas menusuk khaisyum. Pabila titisan hujan, Dan tanah yang gersang, Saling bercium,  Berpelukan penuh cinta,  Lahirlah suatu jiwa, Aromanya sungguh nyaman. Kalian pernah menikmatinya? Salam kenal,  12/3/21 Masjid Sungai Seluang, Hujanlebat.

Perihal Hati

Imej
Hati ini sungguh merumitkan, mengusutkan.  Kenapa begitu? Dari segi bahasa pun sudah mengelirukan.  Lihat ya..bila kita hendak ungkapkan frasa hati, tetapi tangan memegang memberi isyarat kepada kawasan dada sebelah kiri. Ya..itu jantung! Kenapa tangan kita tidak menghala ke sudut bawah kiri sebelah perut. Itulah kedudukan hati sebenar!  Itu saja sudah memeningkan bukan?  Hati, perkataan ini memang selalu digunakan. Ingat tak ayat ini “Berhati-hati di jalan raya” Haa..adakah nasihat ini hanya suruh menjaga hati saja? Bukan seluruh anggota badan?  Maka..kita faham disini terma ‘Hati’ di sini mengungkap ma’na ‘diri’ iaitu ‘Jaga diri’.  Hati, ia juga jiwa. Pernah dengar frasa ‘Jiwa Raga’? Jiwa itu ruh, raga itu jasad.  Ruh yang terkandung dalam jasad. Jasad yang memenjarakan ruh, yang mengikatnya dengan sulbi. Itulah hidup.  Jika jiwa terpisah dari raga maka itulah kematian. Jiwa itu juga nyawa. Sebab itu kita selalu juga dengar “Beberapa jiwa sudah terkorban”.  Nyawa, ruh, jiwa, hati. It