Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Anak Rantau

Seusai aku menunaikan solat asar di Masjid Al Azhar, aku bertapak perlahan-lahan keluar ke ruang dataran masjid sambil menggalas beg hitam dan menjinjit selipar adidas lusuhku. Orang ramai pun mengatur langkah masing-masing keluar dari perut masjid. Sewaktu di muka pintu, satu jemaah lebih kurang sepuluh ke lima belas orang berarak masuk ke dalam ruangan Masjid Azhar. Aku terus berjalan keluar sambil acuh tak acuh mengangkat muka kerana memikirlan destinasi tujuanku selepas keluar dari masjid. Tiba terdengar bias-bias suara menerjah ke daun telingaku. "Eh..tu..tu..macam orang Malaysia.." bunyinya seakan berbisik-bisik. Aku mula memalingkan muka kepada jemaah itu. Ternyata rombongan jemaah umrah dari Malaysia. " Orang Malaysia eh..?" Seorang wanita berumur 40 an menegurku. " Ya...ya..." ucapku sambil mengoreskan senyuman. "Ni...ni orang Malaysia..." seorang wanita mengamit perhatian yang lain untuk mendekatiku. Tampak jelas kegirangan terp

Muzik dan Cinta

Imej
Pernah seorang ustaz bertanya kepada kami di dalam kelas , "Apa beza antara nasyid dan lagu?" Banyak tafsiran yang berlegar-legar di kotak fikiran kami. Seorang kawan kami angkat tangan lalu menjawab, "Ustaz.., nasyid tu pasai ketuhanan, dan lagu tu lagha ustat.." bersungguh dia menjawab. Ya. Itu juga yang kami semua fikirkan. Jawapan cliche. Sang guru menyambung bicaranya, "Kalau Siti(Nurhaliza) menyanyi lagu pasai ketuhanan, Bunkface nyanyi lagu pasai nabi, hampa nak panggil apa?" " Team nasyid macam Inteam ka Unic ka pulak nyanyi pasai cintan cintun(tak ada elemen ketuhanan), macam mana pulak?" Kami tergamam. Minda sedar kami mula berputar laju ibarat pusingan gasing yang baru mencecah tanah. Ustaz tinggalkan persoalan itu kepada kami dan masing-masing cuba menterjemahkan maksud di sebalik soalan yang simpilstik itu. Memang benar, aku sendiri pada awalnya berfikir begitu. Kita meletakkan status dan label muzik kep

Trevelog Shita' Vol 3

Imej
Harini aku bercadang ke Maarad Kutub Qohirah atau nama lainnya Cairo Book Festivel dengan ditemani oleh Ustaz Azam dan Dr Nasrun, kedua-dua mereka adalah ahli bait(housemate) aku. Ustaz Azam merupakan calon Dirasat Ulya(Master) Aqidah Falsafah Universiti Al Azhar, dan Dr Nasrun adalah satu-satunya orang yang aku kenal akan menyambung master perubatan di Mesir. Sungguh, aku serumah dengan orang-orang hebat, yang mana serba sedikit tempias kepada diriku yang masih merangkak-rangkak ini. Sampai di hadapan pintu pagar Maarad, kami terus membeli tiket dan beratur panjang. Ya, memang panjang sehingga boleh jarak antara orang di awal baris hingga ke hujung mengambil masa lima minit berjalan. Fuhh!! "Orang arab membaca ka?" Benakku bermonolog sendirian tatkala memeluk tubuh sambil menunggu giliran masuk. Jika tiada permintaan, manakan ada peluang perniagaan. begitulah sifirnya. Masih berbaki qawaid  ilmu ekonomi yang masih bersisa-sisa dalam ingatanku. Sebe