Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Warkah buat Graduan SPM

Pertama sekali, surat ini dirangka atas dasar kesedaran intelek dan cetusan rasa kasih sayang aku kepada kalian sedaging sedarah yang berkongsi nasab bangsa dan bahasa. Sekarang mungkin fasa kalian berkira-kira menyusun perancangan akan kemanakah arah tuju hidup kalian dengan berbekalkan selembar kertas putih yang tercoret hasil usaha kalian dua tahun menghadapi mehnah peperiksaan. Oleh hal yang demikian, aku ingin membawa kalian berlayar sekejap bersama-samaku ke suatu samudera baharu yang mungkin akan membantu meluaskan jajahan takluk minda kalian tentang bagaimana arah tuju hidup kalian selepas ini. *Agamawan Pintar* Ini bukanlah suatu istilah baru, tetapi sudah lama tertanam dalam lipatan sirah inspirasi kita semua junjungan besar, Nabi Al-Mustofa yang juga mempunyai dan dihiasi sifat wajib baginya iaitu Al-Fatonah. Nabi Muhammad yang merupakan insan mulia diutuskan Allah kepada ummah yang membawa agama Allah mempunyai kecerdikkan yang tiada tolok bandingnya. Ini bermakna manif