Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Trevelog Shita' Vol 2

Imej
Subuh yang dingin. Seusai solat, aku ke ruang tamu rumah Murt yang sederhana besar itu. Rumah bujang dua orang. Murt tinggal dengan seorang lagi student medic University Alexandria, kedua-dua mereka sama-sama di tahun empat sekarang. Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Menghela nafas panjang. Menenangkan minda sejenak dari kekusutan dunia. Sedang aku melayan perasaan kosong seorang diri, Ahmad Ardy datang membimbit buku(*lupa judulnya) dan juga senaskah buku nota lalu menghempaskan badan di sebelah ku. Selang beberapa minit,datang pula Murt yang baru selesai solat subuh meramaikan ruang tamu. Kami mula berborak-borak, Murt menceritakan tentang kehidupannya di Alex yang yang berbeza kos sara hidupnya berbanding di Cairo, kemudian masuk perbincangan beberapa topik dalam buku yang dibaca Ahmad. Semakin lama, semakin rancak bersembang, Murt pula mengambil inisiatif membancuh Nescafe panas yang membasahkan tengkak sekaligus menambah mood perbincangan kami. Sejujurnya aku betul

Travelog Shita' Vol 1

Imej
~Cairo,17 Januari 2017~ Aku tengok paparan skrin Tab Asus hitam kepunyaanku. Suhu 11℃. Hari ini aku dalam balutan Lihaf(selimut) gebu, ditambah belaian udara  panas kering Dafayah(heater) yang sudah lama berhibernasi di musim panas, membuatkan terasa penangan Shita' yang mencengkam tubuh. Musim sejuk sudah menyapa di kawasan muhafazoh Cairo. Peperiksaan semester satu pun dah tamat, tapi aku masih tiada apa perancangan untuk diisi sewaktu Winter Break selama dua minggu ini. Yang ada cuma menghadirkan diri ke program WISE( Wacana Pandangan Alam Islam) yang akan diadakan di Dewan Abbasiah Kaherah minggu hadapan. Selain ke kelas pengajian talaqqi, aku berhasrat untuk memanfaatkan semaksimum mungkin cuti ini untuk bergerak ke takah yang lain dari kehidupan rujiku sebagai orang yang hanya pergi balik kelas pengajian dan kemudian makan, tidur. Aku berkira-kira seorang Azhari mesti mencabar diri sendiri untuk keluar dari zon selesa yang sama, serta bergerak ke arena baru ya

Aku Kembali

Imej
Alhamdulillah ke atas nikmat Allah yang Maha Kuasa dan limpah Rahmahnya. Kira-kira lebih kurang enam bulan lebih aku tak update blog usang ini, kerana keralatan dalam membuka sesawang Blogger ini dan bahana keterlupaan kod lepas(password). Hari ini Allah memberi peluang untuk aku meneruskan karya-karya ku. Entah ada yang baca atau tidak. Mungkin aku hanya seronok menulis sendirian tanpa pembaca. Itu tidak penting, yang penting menulis selagi aku rasa ini medium terbaik untuk aku berkarya. Dalam beberapa perancanganku, aku akan menulis tentang perjalanan cuti syita'(musim sejuk) yang aku rasa sangat bermakna selama aku hidup lebih setahun setengah di bumi Mesir ini. Dan seterusnya, aku sekarang dalam progress menulis novel baru yang terinspirasi dari Ustaz Azam (Ahli Bait Azhari) untuk aku adaptasikan manhaj-manhaj Al Azhar Asy-Syarif, serta marhalah-marhalah penuntut ilmu dalam genre Fiksyen yang (InsyaAllah) merupakan karya fiksyen pertama dalam mengambarkan manhaj mulia