Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Bagaimana Aku Membaca(1): Bibliophile

Imej
  Pertama-tamanya, aku rasa semenjak kecil kita semua pernah berkongsi suatu persamaan, iaitu di ruangan ‘hobi’ dalam Biografi Diri sewaktu kecil-kecil dulu. Betoi tak? Kalau tak hobi membaca mesti tulis kumpul setem. Entahlah walaupun aku rasa generasi aku tu dah semakin terhakis rupa setem dalam kamus hidup kami. Biarkan lah yang itu. Kat sini aku nak fokuskan tentang ‘membaca’. Aku sebenarnya bukanlah versi ‘ulat buku’ yang sebenar-benarnya, mungkin dalam 70% sahaja jiwa itu merasuki mindaku. Aku cuma minat buku, minat membaca, serta minat tambah maklumat dan minat berkongsi apa maklumat yang aku ada.  Ya..aku sangat minat buku atau nama saintifiknya ‘Bibliophile’. Kalau ada orang jenis minat Ps5 dan tergila-gila nak kumpul koleksi game, kalau ada jenis yang suka mekap dan suka beli banyak-banyak alat solek, kalau ada yang minat simpan koleksi merchandise apa-apa watak superheroes, ya..di sana ada makhluk bibliophile yang di sanggup bergadai duit, tak makan sehari, bergolok gadai se

Galau

Imej
Galau, Dipulau di pulau, Ditempa di relau, Disumpah di tanah, Dipindah di ranah. Galau, Kepulan dihembus, Riak merakus, Menembus usus. Galau,  Kian suram, Jelaga menghitam. Galau,  Jiwaku kacau! 28/11/20 Kulim

Ia Wujud

Imej
  Hari ketiga kuarantin. Tingkat 22. Bilik 22019.  Clio Sunway Hotel.  Sebenarnya, sampai ke harini aku masih teringat pengalaman angker yang mengoyak logikku, menghambat imaginasiku ke bulan purnama. Pertama kali batinku diserang bertubi-tubi tentang kewujudan ‘sang peneman’ sewaktu kuarantin tempoh hari. Jika sesiapa yang ada tengok ‘story’ aku di whatsapp tentang penemuan sehelai rambut lebih kurang 20cm yang aku temui di atas singki bilik air, sebenarnya ada cerita susulan yang tidak aku khabarkan yang terjadi, aku diamkan untuk menjaga logikku agar tidak terkoyak rabak dek berbaki hari-hari yang masih panjang di bilik 22019.  Penemuan pertama helaian rambut itu sebenarnya menjadi tanda tanya di benakku akan kehadirannya, segala teori telah ku susun untuk menghambat akalku di pertengahan logika, kawan-kawan juga ramai membantu, ada yang kata rambut room servis, ada kata makcik cleaner, yang lagi advance makcik karipap! Tapi itulah aku kat tingkat 22, jenuh jugak makcik karipap nak

Rehlah Tahtawiyah 1

  [Hari Pertama] 26 Oktober 2020 10.30 pm: Tiket yang dibeli untuk bertolak dari Cairo ke Suhaj pada jam 11.30 malam, kami tiba awal di stesen keretapi Ramses sebagai persediaan dan tidak mahu bergegas mengejar keretapi. Aku, Mursyid dan Ustaz Ridho menaiki train bernombor 890 di platform 10, sedangkan Islah tiketnya asing menaiki Qitor Russi(tidak berpendingin hawa) di platform 9 bergerak jam 11.15 malam.  11.30 pm: Hampir satu jam berdiri menunggu, akhirnya train sampai, kami terus berlari anak ke gerabak 9 kelas dua, aku menduduki kerusi bernombor 42 bersebelahan dengan orang arab, Mursyid dan Ustaz Ridho duduk bersebelahan.  Ustaz Ridho dan Mursyid masih berborak bertukar pandangan memgenai Indonesia-Malaysia, sedangkan aku perlahan-lahan mengenakan earfon untuk berehat dan menenangkan minda memulakan perjalanan 6 jam ke Suhaj.  Di awal perjalanan aku kerap berbalas mesej dengan Syaikh Mustofa untuk update perjalanan dan stesen-stesen yang kami singgah agar tidak terlepas stesen ya

Si Dagang Kerudung

Teruntuk dirimu Si Dagang Kerudung,  Kelana ratna dewi nan sanjung,  Ke sana sini kandar digendong,  Berputik bahadur persada anjung.  Daganglah kerudung,  Jangan dipandang pandang yang untung, Tiada bisa diraih junjung,  Raih didamba sekelumit rampung. Wahai si dagang, Lelahmu tiada terbilang,  Jiwamu dibadai ombak arungan,  Berpencak cita, bersulam angan. Usahlah resah gelisah, Akan rezkimu tiada berpisah,  Di sana ada jalan buatmu,  Kembali kelana, Mengapai saujana,  Meruntun angsana,  Mengutip permata,  Jauh di dunia yang lebih nyata. 14/9/20 Si Pena Alpa, Darosah,  Mesir.

Lebarkan Sayap Sebelum Terbang (1)

“Kita mengaji ikhlas kerana akhirat, bukan sebab kerja untuk dunia” Ya..betul..tapi ini terlalu idealis. Penuntut ilmu agama tak boleh terus beromantisme begini. Hasilnya, para asatizah jadi mandul, tak berdaya saing, dan banyak balik Malaysia, lepas tamat belajar menganggur. Akibat, tiada perancangan, hanya tawakal dan berserah. Sekurang kita perlu idrak waqie’ dan tahu apa cabaran, dan well prepared untuk survive nanti.  Oleh kerana itu, aku sendiri perlu mulakan langkah sebelum menamatkan pengajian di fasa degree, walaupun sebenarnya aku dah buat sekitar dua tahun lalu, sedikit demi sedikit.  Ini perancangan jangka masa panjang, visiku jauh bagaimana mahu berenang di lautan realiti terutama dalam industri pekerjaan kelak di Malaysia. Aku mahu kongsikan serba sedikit moga dapat membantu serba sedikit sahabat membuka mata akan realiti sebenar. Pertama: Semenjak tahun 3, aku sudah jalinkan hubungan dengan para pensharah yang mewakili madrasah pemikiran masing-masing di Malaysia. Setaka

Pendekkan Anganmu

 “ Jangan target sambung master selagi tak habis degree.” Yup, macam pelik kan. Ini penyakit dan langkah yang salah bagi pelajar tahun awal terutama pelajar azhar. Kenapa aku cakap begitu, sebab yang cakap gitu sendiri tak tau apa itu master, apa sistem dan prosesnya.  Banyak yg aku tanya kebanyakan yg nak sambung master budak markaz dan tahun 1, then guess what? Bila tanya tanya budak tahun 2,3,4 ramai yang akan kata tak mau dah..degree pun dah perit wooo..ya ini realiti. Kita banyak nak sambung master tanpa ada plan, hanya semangat2 awal ja, bila dah tempuh degree baru tahu langit tinggi rendah. Dan meletakkan visi master di peringkat awal tak membantu kalian semangat belajar sangat pun, malah akan mudah luntur sebab target terlalu jauh, sedangkan hakikatnya masih di tahun 1. Visi yg terlalu jauh akan mudah lemahkan semangat.  Jadi, apa perlu buat?  Target habiskan degree dalam masa empat tahun!!!  Yup! Manfaatkan masa 4 tahun itu semaksimum mungkin. Kalau boleh jangan ulang tahun. D

Isolasi

Seusai tamat peperiksaan hari terakhir 28 Julai 2020, secara rasmi aku menamatkan sesi pengajian di Universiti Al-Azhar, menghabiskan sisa-sisa masa lagi di Mesir.  Kalau nak dicerita cereka, sememangnya tahun ini tahun yang sangat menguji jiwa raga, tahun covid-19 melanda sarwa dunia, mengecam nyawa hampir suku umat manusia. Tamadun besar eropah dan barat hampir collapse dek penangan sebangsa virus ini. Dahsyat betul.  Dek kerana itu, manusia dihambat mengunci diri di kediaman masing-masing, isolasi dari dunia luar, di sana bangsa seni diberi nama si corona sedang melapah-lapah umat bani adam. Segalanya berubah, jalan raya yang sesak jadi lenggang, pasar raya yang penuh jadi sunyi, kepulan asap hitam menghakis ozon pun tiada terlihat di mata, kini bangsa haiwan pula bermaharajalela menhirup udara segar di luar, sedangkan manusia sedang sesak di kurungan. Dunia seakan terbalik.  Begitu perihalnya di bumi Mesir, di awal fasa seluruh pelajar tak terlepas dilanda serangan p

TWITTER JAYA

Sudah lama aku tak menulis kat blog ini. Bukan sebab kekangan masa pun, lebih kepada malas nak menaip panjang-panjang. Lagipun aku lebih aktif menulis kat akaun twitter,    sekarang menuju ke angka 2 ribu follower.  Sebenarnya aku dah tahu lama platform Twitter ni, dari sekolah lagi aku tengok kawan-kawan aku dah main twitter, cuma aku masih kekal berada di Facebook.  Tahun 2016-2019 adalah tahun di mana aku banyak menulis kat FB, aku mula menulis dan mencatit bab manhaj, al-Azhar, dan beraneka ragam penulisan, boleh dikatakan sejak itu aku dikenali, sebab penulisan aku digemari dan aku tahu ramai yang follow apa buah fikir aku. Selain itu orang juga kenal aku dengan kelantangan kritik tentang Bahasa Melayu, ketika mana asatizah masih kurang pendedahan tentang perkara ini, aku tampil beri kritikan dan pendedahan soal kepentingannya. Sehingga pada tahun 2018, aku diundang oleh pihak MP3M untuk beri talk bab Bahasa Melayu, aku mewakili Malaysia bergandingan dengan Ustazah Rahma

Catitan 9

[18/2/20] |Day 9| 8.00 am: Pagi ni aku beranikan diri ikut tips Imran, amik breakfast kat hostel, katanya kita memang bayar sekali dengan harga breakfast. Aku pun dengan keringnya masuk dining room dengan berkain pelikat bersweater amik satu-satu makanan, ada waffle, aku sapu dengan coklat, dengan jem blueberry, tekan hot choc kat water dispenser, gapai sebiji epal, makan kat tempat paling sudut. Serius sedap!! Cuma aku tak sempat merasa sandwich ja..kalau tak dah complete.  9.00 am: Aku paling awal turun makan, yang lain mandi dulu, lepas selesai makan aku bersiap barang, buang air dan mandi, yang lain pula turun makan. 10.15 am: Check out Meineger Hotel. Untuk hari ni kami asalnya plan ke 3 tempat: Brussel Antwart/Gent Bruges Last destinasi kami di Bruges sebab dari situ saja boleh ambil bas untuk ke London Malam ini.  Bermula di Brussel, tempat pertama kami lawati ialah Grand Palace, tempat wajib dilawati jika tiba di Brussel.  Di situ jika anda berada di

Catitan 8

[17/2/2020] |Day 8| 7.00 am: Kami bangun dan sarapan di tingkat atas. Yang bestnya kat hostel ni adalah sarapannya percuma, ini adalah tempat pertama kami dapat makan free, memang tak bagi chance kami hadap mana selagi boleh sumbat.  Aku makan cereal versi european, sebelum ni makan koko crunch, honey star dan adik beradiknya saja, harini macam-macam jenis ada. Bukan itu ja, air pulak boleh bancuh sendiri, aku buat hot chocolate, dan last buat roti bakar disapu jem dan butter.  10.00 am: Lepas makan, kami bersiap untuk check-out. Harini ni kami perlu ke Rotterdam untuk naik bas dari situ ke Belgium.  Harini baru nampak suasana dinihari di Netherland, luasnya padang rumput menghijau, pelandang mengurus ladang dan ternakan, tali air jernih mengalir mengairi tanaman. Susunan dan reka bentuk rumah juga cantik. Aku nikmati sepuasnya permandangan itu kerana perancangan perjalanan kami di Netherland agak terciduk kerana cuaca, banyak tempat cantik-cantik di Amsterdam, ladan