Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Doktor Umum

Imej
Diceritakan kepada kami perihal Ad Duktur Al Alamah Syeikh Yusri Rushdi Hafizohullah. Syeikh seorang guru mursyid dalam tasawuf dan alim dalam bidang hadis,mengajar kitab-kitab besar hadis seperti Sohih Bukhari,Sunnan Sittah di Masjid Azhar berpuluh-puluh tahun sehingga lah sekarang masih konsisten menyampaikan ilmu pada anak muridnya dari kalangam arab sendiri ataupun wafidin. Syeikh Yusri juga seorang doktor pakar bedah di salah satu hospital besar di kaherah dan menjadi rujukan dunia khusus dalam bidang pembedahan surgery. Di suatu pengajian hadis kitab Sohih Bukhari di Masjid Dardir,sebelum memulakan kelas,seorang lelaki dipertengahan umur datang kearah syeikh yang sedang berada di kerusi untuk memulakan kelas .Setelah salam dan cium tangan syeikh,lelaki itu menunjukkan bengkak beguk di leher kirinya kepada syeikh,beguk itu agak besar,dia mengadu kepada syeikh kerana terlalu sakit dan sudah bertahun-tahun dijangkitan penyakit itu. Syeikh Yusri mengangguk lalu meletakkan t

Doa Seorang Arab

Imej
Doa Seorang Arab Tidak dinafikan dan kita pun sendiri maklum bangsa arab dikenali bangsa yang pemarah, bengis,dan suka bergaduh walaupun perkara yang kecil. Sehinggakan seseorang tu sanggup keluar dari kereta,dalam kesesakan lalu lintas untuk bertengkar dengan seorang lagi kerana melanggar bonet keretanya. Perbalahan biasanya mengambil masa dalam 20 minit,dan ditambah pula masa kecederaan dengan si pendamai antara kedua-dua laki itu pula sama naik bertengang lehernya. Itulah resmi bangsa arab dan mereka memang difitrahkan begitu. Dan itu sifat bangsa mereka.  Seperti jugalah bangsa melayu dengan sifat melayunya. Chill. Dalam keserabutan hidup amarah dan bengisan mereka, mereka adalah bangsa yang punyai sifat pemaaf yang boleh dipuji. Setelah bergaduh berjam-jam, boleh pula mereka bersapa sanjung selepas pertemuan kali kedua samada secara sengaja atau kebetulan. Itulah arab. Nak cerita tentang arab, mereka bangsa yang mudah mesra pada orang yang mereka tidak kenal,tamba

Rutin

Imej
Sabiek-Darasah-Sabiek Pejam celik pejam celik,dah hampir 8 bulan aku berada di tanah mesir ini. Aku menetap rumah sewa di belakang masjid Al Azhar Syarif yang aku kira penempatan yang sangat mencabar dan sangat menguji ketahanan mental fizikal. Aku antara rombongan awal keluar dari rumah asrama anak negeri du bawah kelolaan persatuan dan pegawai Atase negeri. Selepas itu baru keluar berduyun-duyun ke serata rumah sabiek mahupun darasah. Di sini aku jauh dari orang Malaysia dan betul-betul ditengah perut masyarakat arab. Di sini juga aku berurusan sembilan puluh peratus dengan orang arab. Meskipun tak nafikan keadaan di sini sangat daif dan naif dari segi perilaku arab, sampah serata tempat, jalan berdebu, banyak anjing berkeliaran, tapi aku yakin ini semua cabaran yang aku akan tempuhi yang mana jalan ini juga ditempah tokoh ulama sejak zaman berzaman. Paling berharga di sini, tempatku sangat dekat dengan Masjid Azhar,Universiti Azhar,tempat-tempat talaqi seperti Mudhayafah Syei