Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2021

Ma’na Kawan

Kerap kali kita struggle untuk mencari ma’na dan terjemahan sebenar apa itu kawan.  Bagi aku, ‘kawan’ pada pandang serak aku, tika mana di bangku sekolah, itulah istilah kawan yang sangat dekat dengan kita. Dan aku dikelilingi dengan kawan yang sama cara fikir, sama gaya hidup, sama perangai, ya dan tentu sekali sama jantina. Itulah kepompong kawan pada tafsiran aku. Tiada istilah dalam kamus hidup aku kawan perempuan, jika ada kenalan, samada sebagai rakan sekerja, sepersatuan tidakpun sebagai murid.  Itu saja. Namun, pandanganku kembali menyerak semula 180 darjah ketika aku masuk ke alam pekerjaan. Ringkasnya di tempat kerja lama ini, aku dikelilingi dengan kawan wanita, ini kerana dalam bilik guru, ada lebih kurang 10 orang cikgu wanita dan aku seorang ustaz! Ya! Mau tak mau aku kena berkawan dengan mereka, dan ketika inilah aku baru kenal tentang    wanita dan serba sedikit cara mereka berfikir. Ini suatu yang baharu bagi aku. Paling aku tidak lupakan, suatu hari, ada seorang anak