Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Asob Kabir

Imej
Kaki lenguh, Tangan kebas, Mata separa buka, Peluh menuruni batang hidung, Dahi basah, Tisu dikeluarkan untuk menyerap cairan jernih itu, Aku masih kuat berdiri, Berasak bergasak, Terhuyung hanyang, Menahan perit, Keadaan himpit, Suasana bingit, Sungguh menguji kesungguhan. Perkara paling perit adalah kering tengkak, Kerongkong ibarat digasak kertas pasir, Haba panas sekeliling menambah perisa, Panas luar, Panas dalam, Semua bercampur baur. Setelah sampai, Hati yang resah kembali terubat, Kaki pantas menuju suatu destinasi, Lenguh,letih semua semakin dilupakan, Mata terpana melihat air hijau segar dalam gelas kaca. "Asob Kabir wahiid!!" Aku menjerkah. Petang yang panas itu,dipadamkan dengan kesejukan dan kesegaran segelas Asob. Allahu. Segunung kepahitan akan terhapus dengan secangkir kemanisan. **************** Suasana beginilah aku dan mahasiswa mesir alami tiap hari samada hendak pergi ke kelas atau pulang dari kelas. Pengankutan bas m

Aku Tak Tahu

Bila melihat manusia,aku belajar banyak perkara tentang sifat manusia. Salah satunya adalah merendah diri. Merendah diri seseorang itu boleh diimprestasikan dalam beberapa keadaan. Pertama melaluai kalamnya kedua melaluai lagaknya. Tapi aku hanya nak sentuh bahagian kalam sahaja agar penulisan ini tidak berterabur. Tika kita menjadi 'target man' dalam soal ilmu dan menjadi rujukan dalam bab pelajaran . Tersemat dalam lubuk hati kita. "Cam mana keadaan sekali pun aku kena jawab,kalau tidak ceroilah" Walaupun kita tak menguasai bab tu. Ini penyakit. Penyakit ini hanya boleh dikesan oleh orang alim dan dikesan oleh orang yang pernah buat sebelumnya dan dia insaf. Ya,ini penyakit ujub yang bersarang pada jiwa orang berilmu. Dan sebenarnya ia sangat jengkel dan merimaskan orang sekeliling. Serta amat kelakar melihat dia bersungguh-sungguh 'berjuang' menjawab persoalan sedangkan dia tidak mengetahuainya. Jadi apa ubatnya?  Merendah dirilah dan

41°c

Hari yang dingin. Angin sepoi menyisip lembut pipi, Tubuh menggigil kesejukkan, Meredah suasan redup, Matahari berlindung dari memanah cahayanya, Awan memonopoli pusara langit, Meneduhi penghuni bumi, Pakaian sehelai tidak cukup, Mungkin perlu lagi sehelai dua. Kesejukkan melampau ini buatku berasa kurang selesa. Sampai di bilik,lihat screen phone. Terpapar suhu semasa. 41°c. Allahumma ajirni minna narrr.. Allahu..T.T *baca dengan sarcasism 16/8/15 2.15 pm Syahah 401 Asrama Darul Aman, Hayyu A'syir. Cairo.

Maqam Yang Hidup

"Sesungguhnya ketahuailah,barangsiapa yang mati di jalan Allah,maka sesungguhnya mereka hidup sedangkan kamu tidak mengetahuainya.." Penah rasa ziarah orang mati tapi sebenarnya ia hidup? Penah jumpa sahabat,ahli bait,ulamak yang alim selama ni yang kita baca kisah mereka dalam buku mahupun novel? Penah rasa meremang roma,sentap,kagum,dan rasa nak menangis bila baca kisah mereka? Tambah pula kisah yang ditulis oleh Abdul Latif Talib dengan jalan cerita yang teliti dan menyentuh jiwa. Dan sekarang ketahuailah, aku sudah berada di hadapan mereka. Memberi salam dan berbual dengan mereka. Dan meminta mereka mendoakan aku agar kuat di jalan ilmu ini. Macam tak percaya bukan? Hah..aku pun macam tak percaya. Serius. Inilah pengalaman pertamaku di bumi kinanah ini. Paling terkesan di hati aku ialah ke Maqam Al Imam Asy Syafie. Aku tergamam dan hampir menangis saat terlihat maqamnya. Aku merapatkan dahiku di pagar maqam,memejam mata mencari ketenangan,mencium bau

Sebatang Pen Biru

Imej
Norma manusia sering terlupa.  Kerana itu manusia itu lansung nama asalnya dari perkataan 'Nisyan' iaitu lupa. Jadi sifat lupa dan nyayuk manusia ini harus diletakkan pada tempatnya agar ia tidak akan berulang. Seperti pepatah "Tidaklah orang yang cerdik itu masuk lubang ular dua kali". Ya, ini jelas. Pen biru itu paling lama aku guna setakat ini. selalunya riwayat sebatang pen yang aku gunakan tidak sampai sehari aku pakai,akan hilang entah ke mana. Gara-gara 'terlupa' letak di mana. Ya,aku memang jenis nyayuk. Puncanya aku selalu sangkutkan pen yang ingin aku gunakan pada poket baju. Jadi bila pakai baju lain,pen itu masih di baju lama atau aku letak dimana-mana semasa menukar baju. Malang menimpa semasa nak salin nota kuliah. Terpaksa pula pinjam pen orang lain. So,aku ambil keputusan untuk sangkutkan pen di buku. Dan ia menjadi!! Ianya lah Sebatang Pen Biru itu. Masihku gunakan hingga sekarang. Senyum. 6/8/15 Ruwaq Jaw

Langkah yang Rendah

Tika sampai di tempat yang baru,tempat yang asing,tempat yang berbeza,tiada siapa yang mengenali kita,walaupun kita dikenali ditempat lama. Keinginan tuk dikenali ada,tapi keinginan untuk tidak dikenali itu lebih tinggi. Menjadi majhul itu lebih terasa nikmat dari menjadi maaruf. Jadi,permulaan permusafiranku Tuhan aturkan untuk aku melangkah dengan langkah yang rendah. Rendah bukan bermaksud perlahan. Rendah itu mencari kestabilan. Maka aku turutinya. Harini,hari pertama belajar di markaz lughah selepas keputusan Imtihan Qabul keluar,semua calon ditempatkan di mustawa(peringkat) berdasarkan pencapaian di dalam imtihan. Aku ditempatkan di mustawa mutawasit awal,dimana mustawa di kebanyakan orang dan yang terpilih sahaja di mustawa mutawasit tsani. Maka,para calon mula diasingkan dan digambarkan akan kepandaian masing-masing. Dan aku bukan termasuk dari kalangan yang pandai. Namun suatu yang sangat baik di sini untuk melangkah kakiku dengan langkah jahil di kalangan pa

Manisan Qaul

Gagah  Beristiqamah Disebalik tembok kehidupan, Bertenggek keseorangan, Memangku wajah kemurungan, Melayan emosi kekacauan, Menjangkau sebuah ketenangan, Suasana redup..., Awan kelabu berarak, Menutupi segenap buana, Melitupi alam raya, Langit tampak sedih, Alam sejagat turut merintih, Angin sepoi berdesir,membawa perasaan yang tersisih, Aduh..., Sedihnya..., Nun jauh di sana, Ummah tenggelam dalam kegelapan, Manusia semakin kemunduran, Anak muda hilang sifat kepewiraan, Anak mudi hilang sifat kesopanan, Semuanya hilang dari kamus kehidupan, Segalanya ibarat akan berakhir dengan kehinaan, Aduh..., Sedihnya...., Sekejap, Nampakkah dikau? Di sebalik jasad ummah yang gelap itu, Suatu binaran bercahaya, Bermulanya malap, Terus bersinar dan menyinar, Mencahayai jiwa tandus di sekelilingnya, Yah... Cahaya itu semakin terang, Mengatasai kegelapan yang kian hila

KacaMu MataKu

Permulaan kepada sebuah penulisan Blog.. 02/08/15 Hayyu A'syir,Cairo. Baru hampir dua minggu,aku berada di Bumi Kinanah ni setelah diberi peluang dan rahmat dari Allah Taala untuk aku melanjutkan pelajaran serta meneguk ilmu-ilmu agama disini. Setelah habis Imtihan Qabul (pemeriksaan kelayakkan),atau lebih dikenali Ujian Diognastik,banyak masa terluang yang dihidangkan didepan kami para Pra-Mahasiswa AlAzhar daari pagi hinggalah ke malam,masa senggang cukup banyak. Jadi,terpulanglah kepada diri sendiri untuk mengisinya. Ada yang sibuk berjalan,jaulah,cari makanan arab,pekena a'sir(Jus),ada yang dah mula bergaul dengan arab,kemas rumah yang dah berapa bulan ditinggalkan dan sebagainya lah. Tak surut juga yang mengejar kelas talaqqi para masyaikh yang dianjurkan pihak pengurusan asrama masing,ada yang meluangkan masa di kedai buku mencari kitab-kitab kecil untuk dibaca dan sebagainya. Dan juga,ada yang berada dalam bilik,melayari internet,what's up,facebook,wechat