Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Catitan 8

[17/2/2020] |Day 8| 7.00 am: Kami bangun dan sarapan di tingkat atas. Yang bestnya kat hostel ni adalah sarapannya percuma, ini adalah tempat pertama kami dapat makan free, memang tak bagi chance kami hadap mana selagi boleh sumbat.  Aku makan cereal versi european, sebelum ni makan koko crunch, honey star dan adik beradiknya saja, harini macam-macam jenis ada. Bukan itu ja, air pulak boleh bancuh sendiri, aku buat hot chocolate, dan last buat roti bakar disapu jem dan butter.  10.00 am: Lepas makan, kami bersiap untuk check-out. Harini ni kami perlu ke Rotterdam untuk naik bas dari situ ke Belgium.  Harini baru nampak suasana dinihari di Netherland, luasnya padang rumput menghijau, pelandang mengurus ladang dan ternakan, tali air jernih mengalir mengairi tanaman. Susunan dan reka bentuk rumah juga cantik. Aku nikmati sepuasnya permandangan itu kerana perancangan perjalanan kami di Netherland agak terciduk kerana cuaca, banyak tempat cantik-cantik di Amsterdam, ladan

Catitan 7

[15 Feb 2020] | Day 7| 7.15 am: Tiba di Amsterdam Main Station, turun saja dari bas, angin bertiup membantai tubuh kami, terhuyung-hayang dibuatnya, dengan menanggung kurang-kurang 10kg atas belakang, mahu terbalik juga masa tu. 8.00 am: Sampai di kaunter, tanpa buang masa kami bertanyakan jika ada one-day-pass sepertimana di German, cuma hanya ada untuk single tak ada untuk group traveller, berharga 17€ seorang selama 24 jam. Kami decide stay di station hingga jam 10, jadi boleh pakai untuk 10 pagi esok untuk bergerak ke Rotterdam. Selama dua jam agak pishang, lepak atas lantai sejuk memandangkang tiada kerusi untuk duduk. Cuma nasib baik ada free, terubat sikit kepishangan tu. Masa kami berehat itu, kami sempat berkenalan dengan sorang solo backpackers dari Singapore, patut perasan muka kemelayuan sikit, kami pun berborak dalam bahasa melayu rojak english sikit-sikit.  Imran baru berumur 26 tahun, kerja Kelasi Kapal Laut, katanya dia kerja atas laut selama 4-5 b

Catitan 6

[15/2/2020] |Day 6| 6.00 am: Salah seorang daripada kami terjaga dari tidur, rupa-rupanya bas kami terlepas satu stesen, kami sekarang berada di    Huddenborf    kira-kira 30 km dari Leverkusen(tengok google map), lantas aku terus bertanya kepada driver macam mana nak ke sana balik, dia kata boleh turun kat stesen depan, ambil train ke Leverkusen.  6.30 am: Kami berjalan ke Huddenborf Main Station. Di sini kami plan balik perjalanan untuk hari ini.  3 tempat yang akan kami singgah dan kesemua berdekatan antara satu sama lain: Cologne(sebutan Kolon) Cathedral. Huhenzelorren Bridge Cologne Oldtown Sebelum kami bergerak ke Cologne Makn Station, kami beli tiket untuk next trip iaitu dari Cologne ke Amsterdam berharga 32 € seorang.  9.30 am: Untuk bergerak ke Cologne, kamk tak pakai tiket one-day-pass sebab agak merugikan, kerana kami tak pakai full day dan tak banyak pakai transport, hanya berjalan sahaja.  10.30 am: Sampai di Cologne Station, kami perlu satu st

Catitan 5

[14 Feb 2020] |Day 5| 8.00 am: Bersiap dan sarapan, pihak hotel ada sediakan sarapan, bayar 7€ dan makan seberapa banyak yang mahu, ada roti, ada sandwich, cereal dan lain-lain.  Aku cuma masak pasta yang masih ada, masak guna minyak zaitun, bawang putih, lada hitam dan serpihan daun saderi. Sedap sarapan pagi ni aku buat.  9.00 am: Kami berbincang untuk next destination, ada dua pilihan samada ke Frankfurt atau ke Cologne, bila tengok youtube, di Cologne lebib banyak tempat untuk dilawati.  10.00 am: Check-out hotel. -Semasa ini kami buat tempahan Flixbus ke Cologne, tapi tempahan terbatal atas masalah tertentu. Jadi tidak dapat tidak kami kena beli tiket terus ke kaunter.  -Harga tiket dari Munich ke Cologne 37€, perjalanan mengambil masa 8 jam, bertolak jam    9 malam ini. 11.00 am: Kami decide untuk lawat dua tempat sahaja memandangkan kedua-dua tempat berdekatan dengan stesen metro, mudah untuk bergerak dan tak jauh jalan memandangkan kami pakat galas 10k

Catitan 4

[13 Feb 2020] |Day4| 1.00 am: Kami terpaksa keluar dari bangunan kerana ditutup jam 1 pagi.  -Semasa ini kami ada dua pilihan, samada stay di Bus Station atau ke Train Station. Ikut nasihat dari Weils(roommate kami di Balmers) lebih baik ke train station, lebih selesa dan kurang sejuk. Tetapi masa tu kami masih taradud mengenangkan train station di Zurich juga ditutup waktu sebegini, kalau pergi dan tutup, letih saja, jdi kami decide untk stay di bawah bangunan tempat tunggu bas. 1.30 am: Malam ni malam yang sangat perit buat kami, kami terpaksa menahan sejuk 3 drjah celcius sehingga subuh kira-kira jam 6 pagi.  -Hampir beku kaki aku dibuatnya, aku sarungkan sehelai lagi stokin untuk kurangkan sejuk kat kaki, ambil ridak balut badan. Macam-macam tektik kami buat untuk panaskan badan, ada yang berjoging, ada bakar tisu, ada yang sampai tidur dalam lif!!(itu aku..haha >0<) 5.00 am: Akibat tak tahan sangat, kami decide jalan perlahan-lahan ke hotel yang lebih kurang

Backpacker Azhari: Catitan 3

[12 Feb 2020] |Day 3| 7.00 am: Bangun untuk solat dan bersiap, juga buat sarapan masing. Aku masih masak pasta yang ada, sebab di sini mudah untuk dimasak pasta, meggi jugak boleh dijimatkan. 10.00 am: Kami buat grup discussion untuk next trip, sambil lepak di bilik unggun api. Sedang kami berbincang, datang Uncle Alex, pemilik Balmers Hostel, kami beramah mesra dengannya, dia peramah sungguh, sampai hadiahkan kami sorang sebatang pen dan juga duit syiling swiss tahun 2001.  Bila berborak-borak, kami gitau kami dah nak gerak, uncle alex perasan salah seorang dari kami kakinya sakit, lantas dia terus offer untuk hantar ke station guna kereta dia. Asalnya kami menolak risau susahkan, dia tetap berkeras. Uncle Alex balik ke rumahny dengan basikal dan datang dengan kereta. Siap buat dua trip sebab kami 5 orang sekali beg.  Setiba di station, kami hadiahkan pula kepada dia duit Rm5 sebagai kenangan kepadanya juga kepada kami, katanya akan datang ke Malaysia dua tahun lag

Backpackers Azhari: Catitan 2

11 Feb 2020 Day 2 2.00 am: Kami berjalan keluar dalam keadaan kesejukan, angin memukul-mukul badan, kami akhirnya ketemu port untuk berteduh, di kaki lima sebuah apartmen. Di situ, kami bentang plastik hitam sebagai alas, kami berehat di situ sementara menunggu jam 5 pagi untuk ke SBB semula.  3.00 am: Hujan mula turun, tempias air hujan menambah darjah kesejukan menusuk tulang. Aku mula membalut tubuhku dengan ridak, pakai mask dan sarung tangan tebal.  4.30 am: Sempat lena setengah jam, makan dua keping roti,kemudian kami terus gerak ke SBB semula. Ketika ini kami berbincang lama samada teruskan perancangan ke Interlaken atau drop sahaja dan terus ke Munich, memandangkan tiket ke Interlaken agak mahal. Setelah berbincang hampir setengah jam, kami decide proceed ke Interlaken sebab itu satu-satunya tempat tarikan utama di Swiss, rugi benar kalau tidak ke sana.  Tempahan tiket secara online ke Interlaken dapat sedikit diskaun berharga 45€. Kemudian tempah hostel

Backpackers Azhari: Catitan 1

[Day 1] |10 Feb 20| 3.20 am: Flight Departured! 4.10 am: Flight merentasi lautan, tampak puluhan boat bercahaya di atas permukaan laut. Cantik.  5.18 am: Sampai di Malta Airport 6.00 am: Solat subuh di Multi-faith Prayer Room.  Beberapa info negara Malta: Populasi rakyat lebih kurang 500k sahaja. Bahasa english sebagai bahasa rasmi, cuma mereka juga ada bahasa tersendiri, dan ada askara huruf yg berbeza dengan english. Terdapat peratusan yang kecil komuniti Muslim di sini. 9.18 am: Bergerak ke Valletta dengan menaiki Bas X4 dengan harga 1.5 €. Valletta sebuah bandar klasik kesan pengaruh Inggeris dan Italy. Kami berjalan sepanjang Commonwealth Walkway, bangunan vintage sangat memukau, dan lorong antara kedai yang cantik.  10.45 am: Kembali ke Airport. 12.35 am: Bertolak ke Milan, Italy. Duduk seat sebelah tingkap, bersebelahan pasangan 40-an.  3.00 pm: Sampai ke Linate Airport, Milan.  Kami perlu cari bas ke Doumo, ada sorang pakcik Ita

Pre-Travel 3 (Mental & Fizikal)

Imej
Untuk preparation mental, aku buat research, bacaan awal untuk dapatkan informasi berkenaan tempat yang kami akan singgah. Surf internet, tanyakan sahabat-sahabat yg sambung belajar di sana.  Untuk tempat atau lokasi yang kami akan lawat, aku bahagikan kepada 3 tema: Nature Di tempat sebegini seperti Interlaken, Amsterdam, untuk nikmati keindahan semula jadi, kehijauan, gunung ganang, salji dan sebagainya       2. Architecture Seperti di Venice, London, untuk lihat seni beni ketamadunan Eropah, dan kehalusan kesenian binaan.        3. Lesure Ini kami masing-masing pilih tempat keinginan masing-masing untuk dilawati, ada yang nak ke stadium(Old Trafford, Anfield), ada yang nak ke tempat intelektual( Cambridge) ada yang nak ke kilang pembuatan dan lain-lain. Kami buat begini kerana nak semua rasai kepuasan travel pergi ke tempat yang diingini.  Untuk persiapan Fizikal, tak dapat tidak kena charge stamina, sebab kat sana kami memang akan banyak jalan kaki denga

Pre-Travel 2 (Materi)

Imej
Seusai tamat exam, disambung pula dengan program Wise Fokus, aku ada masa 10 hari saja lagi untuk buat persiapan materi, dan beli barangan keperluan untuk travel. Disebabkan kali pertama, aku rujuk sahabat-sahabat yang berpengalaman travel, tanyakan tips dan tricks.  Alhamdulillah.. ada saja yang datang membantu, pinjamkan barang, dan beri saranan apa yang perlu aku buat sepanjang berada 18 hari di sana.  Aku bahagikan persiapan materi kepada tiga: Pakaian Makanan Features  Perkara pertama yang aku beli adalah buku nota, saiznya kecil tapak tangan, untuk aku catit segala perancangan dan barang yang perlu dibeli.  Beg travel bersaiz 10L, dan kasut winter aku pinjam dengan beberapa orang rakan, seterusnya barangan yang lain aku beli sendiri, boleh katakan, dua tiga kali aku ke Downtown Attaba untuk beli barang, makanan, juga kelengkapan lain. Bab makanan, kami berpakat kongsi duit untuk beli indomie, dan beli tupperware untuk sediakan mee segera. 10

Pre-Travel 1 (Cetusan)

Imej
Aku mulakan nukilan berkenaan permusafiranku ke tanah Eropah dengan berkongsi beberapa persiapan mental, fizikal, juga material sebelum menjengah ke tanggal 10 Februari.  Tiga bulan sebelum tarikh ini, iaitu bulan November 2019, aku dan kawan-kawan Beit Ruwaq Filfilani berborak-canda sambil mengesek skrin fon masing-masing untuk seekor ‘chicken dinner’, salah seorang mengusulkan satu persoalan cliche:  “Weh..kita tak pi mana-mana ka cuti winter ni??” Masing-masing termenung memandangkan keempat-empat kami di tahun akhir, dan lansung tak pernah menjejakkan kaki ke luar Kaherah untuk bercuti, waimma Sinai, Dahab, Matruh Siwa dan lain-lain tempat. Jadi kami tekad, apa-apa pun plan kali ni mesti jadi!  Saat itu kami mula atur langkah untuk masing-masing merealisasikan hasrat ke tempat yg jauh terus dari Kaherah, dan mengecap pengalaman baharu.  Yeah..Europe!! Dan..kita backpackers! Kami sepakat sebulat suara. It’s now or never! Kami mula cari tiket flight palin

Romantisme Santri Azhar

Imej
“Wah..ustaz balik dari Mesir kan..mesti alim ni..” “Jangan main-main dengan ustaz ni..keluaran Azhar kot..tinggi ilmu..” “ Tengok ustazah tu..belajar kat Azhar..negara Arab..mesti fluent cakap arab...bestnyee..” Sahabat-sahabat, Dialog-dialog ni sebenarnya dah lama basi, kita saja masih berangan, berkhayal, berromantisme bahawa kita adalah insan yang ditunggu-tunggu oleh orang kampung, balik kampung nanti orang akan pandang tinggi pada produk azhar.  Tidak...tuan-tuan, tidak..! Realiti sekarang dah terbalik 180 darjah, kenyataan ini patut ditelan oleh kita semua santri azhari. Saya mula perasan perkara ini bila mana sepulangnya saya balik bercuti ke Malaysia dua tahun lepas.  Nak tahu tak? Orang Malaysia sekarang dah pandang leceh orang yang balik azhar, dari orang akademik hingga ke peringkat pakcik makcik di kampung. Perkara ini lebih jelas di kawasan bandar, terutama di bahagian pantai barat dan kawasan elit.  Mereka dah sifatkan pelajar balik azhar: