Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Berjalan

Imej
Kita sambung eh.. Baik. Jujur, semangat haraki(gerakan) masih mewarnai kanvas jiwa ku. Kehidupan aku di sekolah menengah terutamanya banyak mencorak adunan cara pemikiran aku. Aku dikelilingi watak-watak tarbiah, usrah, mesyuarat, tamrin, dan pelbagai aneka program yang menjadi makanan harianku. Sungguh, ya, dengan sesungguhnya, perkara-perkara ini sangat mengajar aku erti persahabatan, pengorbanan, amal, dan lain-lain lagi sepertimana termaktub dalam Usul 'Isyrin yang digariskan Imam Hassan al-Banna. Cuma(yalah..mestilah ada cuma), aku dapati ada suatu kekosongan dalam benak aku yang masih tak terisi oleh keterlibatan aku dalam medan ini, iaitu Wawasan Ilmu. Serius, aku langsung tak perasan langsung akan adanya 'mutiara yang belum bertebuk' ini selama aku berada dalam gerakan, mungkin juga dari kesalahan aku juga dalam menanggapi hal ini, atau sememangnya wawasan ini tidak diterapkan atau ditekankan, hanya Alla sahaja yang tahu. Buku-buku yang aku baca pun, hanya

Berkenan Semangat

Imej
Hari ini seusai saja imam memberi salam solat jumaat di Masjid al-Azhar, gegak gempita sepelosok ruang orang bertakbir. Aku agak kaget mulanya. Rupa-rupanya ada seruan rapat umum solidariti untuk palestin selepas dua hari lepas, seluruh dunia berbicara isu Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Baitul Maqdis sebagai Capital city negara haram Israel. Aku yang masih duduk tasyahud di lantai lapangan Masjid Azhar itu bangun perlahan-lahan sambil melihat perarakan mula bergerak dari perut masjid ke hadapan masjid Azhar dan terus ke jalan raya. "Khaibar khaibar, khaibar ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud.." pekik seorang pemuda yang berdiri di atas bahu rakan-rakannya, kemudian disambut hadirin demonstran yang lain. "Bi ruh...bi dam.." sambung pula pakcik yang agak berumur juga disambut penuh berkobar kanak-kanak di sekeliling itu. Aku. Aku memerhati sahaja gelagat para pemuda, pemudi, anak-anak kecil, berteriak, bersolidariti, bertepuk, menyatakan p

Fawaid Manhaji #3

Imej
Al-Alamah Syeikh Ahmad Nabawi Hafizohullah selalu memberi istifadah tentang manhaj dalam menuntut ilmu dalam siri-siri kelasnya. Antaranya adalah Rukun-Rukun Menuntut Ilmu yang mana ada lima semuanya: 1. Guru (الشيخ) 2. Pelajar (الطالب) 3. Buku (الكتاب) 4. Manhaj/Silibus (المنهج) 5. Biah Ilmiah/Suasana Belajar (بيئة/جو العلمية) - Rukun-Rukun ini merangkumi apa jua jenis dan bidang keilmuan samada Ilmu Syariah (Fiqh, Usuluddin, Aqidah) atau bidang profesional yang lain (Perubatan, Kejuruteraan, Perakaunan,Bahasa dan lain-lain). Manakala dalam kitab Fawaid Makiyyah karangan Syeikh A'lawi As Saggaf Asy Syafie Al Makki, beliau menyimpulkan Empat Rukun Menuntut Ilmu : 1. شيخ فتاح(Guru pembuka) - Di sini boleh juga dimasukkan Pensyarah, Pengajar dan apa-apa gelaran kepada induvidu yang menyampaikan apa jenis ilmu yang bermanfaat. Proses (P&P) tidak akan berjalan jika tiada pengajar dan yang belajar, jadi proses menuntut ilmu harus diambil dari guru secara betul

Cinta Nabi

Maulid kecilan bersama Guru Mulia Syaikh Mustofa Abu Zaid di teratak kami setelah beliau sampai dari So'id. Syaikh memceritakan suatu kisah yang sangat meragut perhatianku dalam membenih rasa cinta pada baginda Sidnan Nabiy. Dari Anas bin Malik radiallahu anhu, seorang lelaki bertanyakan kepada Rasulullah: "Bilakah Hari Kiamat wahai Rasulullah?" Nabi bertanya kembali, "Apakah persediaan kamu untuk menghadapinya(Hari Kiamat)?" Lelaki itu menjawab "Aku tiada apa-apa persediaan untuknya daripada banyaknya solat, ataupun banyaknya puasa mahupun sedekah, tapi aku cinta kepada Allah dan Rasulnya". Sambung Rasulullah " Kamu akan bersama(dibangkitkan) bersama dengan siapa yang kamu cinta." Disepakati Bukhari dan Muslim. Imam Muslim menambah: Berkata Anas bin Malik: "Tiada yang mengembirakan kami selepas Islam kegembiraan yang bersangatan dari percakapan Nabi <" Maka kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai">. Syaikh me

Istana Kebaikan

Imej
"Apa faedah dakwah pasai cintan cintun ni, geli lah aku.." "Takkan nak qasidah-qasidah ja..kenapa tak lawan kezaliman.." "Orang-orang haraki ni, bersemangat ja lebih tapi ilmu tarak!!" "Geng talaqi ni mengaji ja tau, tak turun lapangan langsung!!" "Tengok pencetus ummah tu, gila glamour ja tu.." "Tak faham lah geng baca buku ni, jadi ulat buku ja, tak beraktivis langsung.." "Orang aktivist ni semua benda nak tunjuk baik ja tolong orang, selfie pulak tu.." "Tengok depa tu..perjuang melayu ja, rasis.." "Depa tu pulak..berbaik-baik orang non muslim, munafiq" Dialog-dialog inilah sentiasa meniti di bibir mugil kita di saat kita berseteru dengan kawan-kawan kita yang berada di wadah yang lain. Ya. Aku juga sering dipukul-pukul bisikan-bisikan demikian dari zaman aku di bangku sekolah menengah hinggalah sekarang, di kala aku menulis coretan ini. Realiti yang

'Ammu Qodri: Sosok Tua yang Dirindui

"Sobahal fuul ya hakiim!!" Suara serak bernada gembira menyapa aku dari jauh di tempat parkir tremco hadapan Mustaysfa Hussein. Aku menyambut dengan lambaian dan senyuman. Setelah cukup kouta 6 orang penumpang, kami mula bertolak ke Muqattom, tempat kelas  Syarah Sohih Bukhari bersama Syaikh Yusri Jabbar Hafizohullah. Ammu Qodri, sungguh aku merindui jasad tua ini. Di sepanjang jalan ke Muqottom, aku selalunya akan duduk di seat depan sebelah ammu, pada setiap kali itulah aku berborak macam-macam hal dengannya. Tapi dia lagi banyak cakap,hehe. Aku hanya mendengar, dan 'ajibnya ammu tetap bercakap fushah(bahasa buku) walaupun boleh saja dia cakap ammi, dan sangat susah jumpa orang mesir cakap fushah. Kata dia, dia menghormati aku tholib ilm. Aku tersenyum. Sampai di Muqottom(lebih kurang 15 minit perjalanan), aku dan yang lain-lain turun, dan ammu akan stay di situ tunggu untuk hantar kami balik pulak. Pada awalnya, kami memang menolak sebab agak dalan satu jam kelas dan

Fawaid Manhaji #2

Muqadimah dalam Turath Islami Dalam disiplin pengajian ilmu turath islami, ulama membahaskan terdapat dua jenis muqadimah. Pertama ,muqadimah kitab, yang mana bahagian paling penting tetapi selalu ditinggalkan oleh pembaca buku kerana menganggap ia suatu yang tak bermanfaat. Sedangkan pada muqadimah kitab itu ada sisipan penting yang penulis kitab(mualif) ingin khabarkan kepada pembaca seperti tujuan penulisan, manhaj penulisan, kepada siapa ditujukan, Dan ada yang membuat ringkasan atau khulasoh bagi kitab yang dikarang. Antara muqadimah kitab yang terkenal adalah Muqadimah Ibnu Khaldun yang sangat penting ditelaah sebelum membaca kitabnya yang besar seperti lautan dalam bidang Sejarah dan Sosiologi. Begitu juga kitab Hadyu al-Sari muqadimah kitab Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari dalam ilmu Hadis, dan lain-lain lagi. Jadi, sebelum baca sebuah kitab samada turath atau moden, tebal atau nipis, wajib untuk kita baca dan hadam sebetulnya muqadimah kitab. Kedua, Muqadimah Ilmu, atau Mab

Semerbak Wangian Bukhur

Wanita itu suatu ciptaan yang indah. Indah itu merangkumi segenap ruang definisi takrifannya. Dari linkaran senyuman yang mengurai kekusutan jiwa, lirikan mata yang meruntun raga. Gerak tangan halus mengalun gemalai menghambat memori tak kunjung sampai. Itulah wanita. Bukan membodek memuji, tapi itulah suatu aura ketenangan dari bidasan fizik seorang wanita. Aku tak punya bahasa yang enak disusun bagi mengambarkan keindahan makhluk bertulang bengkok bernama wanita, cukuplah sekadar mengsingkatkan kalam dengan kalimat 'Indah'. Tapi duhai wanita, Aku sudah bertemu dengan pelbagai jenis wanita, berlain berbeza nilai keindahan mereka. Apapun tetap indah. Cuma keindahan hakiki bagiku adalah nilai aqalmu. Kamu akan indah dengan paras yang segak. Tapi kamu akan lebih segak dengan keindahan aqal. Kamu akan indah dengan sifat pemalu. Tapi kamu akan lebih indah dengan aqal yang luas. Percaya cakap aku, terlalu ramai wanita yang indah di dunia ini, termasuk kamu, tapi tak banyak y

Fawaid Manhaji #1

8 Elemen Manhaj Al Azhar Asy Syarif Manhaj bermaksud Metodologi Fikir, silibus akademik yang diterapkan dan disemai kepada para abna al-azhar secara berperingkat serta mendalam. Manhaj ini tidak berkelana di atas pundak pelajar di kukiah atau di masjid Al Azhar sahaja, tapi kepada siapa yang memiliki dan menguasai cara fikir tersebut. Maka dengan itu, guru kami Guru Mulia Fadhilatus Syaikh Usamah Al-Azhariy menyusun sebuah kitab nafis Kitab Al Ihya Al Kabir Fi Maalim Al Manhaj Al Azhar Al Munir, yang mengariskan 8 elemen yang mengisi setiap rongga minda ulama-ulama Al Azhar Asy Syarif sejak zaman berzaman. Dan dengan usaha murni ini diharapkan dapat membina serta menghidupkan kembali jati diri para azhariy agar sinaran Al Azhar yang yang suram kembali memancar dengan gahnya. Dengan ini, aku berasa terpanggil untuk membuat rumusan ringkas akan kelapan-lapan manhaj tersebut. 1. Bersambung sanad(Silsilah) Ilmiah secara Riwayah( Berguru), Dirayah(Kefahamam) dan Tazkiyah(Penyucian jiwa)

AKU BERFIKIR MAKA AKU MENULIS vol.2

Barangsiapa yang mengikuti blog ini dari awal, maka dia akan dapat faham akan kronologi penulisan aku dan manhaj  yang aku bina dalam penulisan ini. Secara umum, blog ini dibangunkan atas dasar mengisi masa lapang sewaktu aku di markaz bahasa yang tidak terlalu sibuk dengan kelas dan apa jua tanggungjawab. Jadi aku sepenuhnya mencurahkan segala isi hati, sudut pandangan dan pengalaman harianku dalam blog ini. Visi ku mudah, aku nak orang kenal Mesir dari sisi pandang aku sendiri, sebab itu juga aku namakan blog ini 'darikacamataNil', iaitu dari sudut pandang seorang pelajar, pemerhati, pengembara di negara yang terkenal dengan lembah Nil ini. Dalam masa yang sama juha aku mahu mengubah perspektif-perspektif buruk berkenan sosio budaya masyarakat Mesir dengan pandangan yang lebih positif dan memberi pengajaran kepada diri aku dan pembaca khususnya. Namun, tak disangka-sangka, setelah aku mendapat khabar dari beberapa temanku, mereka berkata, blog aku antara menjadi rujukan, d

Solat Jemaah di Masjid Mesir

Kali ini aku nak kongsikan beberapa panduan bagi sesiapa yang bersolat jemaah di mana-mana masjid di Mesir. Aku juga akan sentuh beberapa pertindihan sosio budaya masyarakat kita di Malaysia dan masyarakat arab di Mesir. 1. Pakaian. Secara umumnya, masyarakat di sini tak ada pakaian solat yang khusus dan mereka terus solat dengan pakaian apa yang mereka pakai sebelum solat. Walau apa waktu solat sekalipun, ada yang datang pakai baju kerja,pakai tshirt biasa, kadang pakai short pan pun ada, mungkin ada sesetengah kaki msjid saja yang pakai jubah dan kopiah. Berbeza dengan masyarakat melayu, kita telah dididik dari kecil, sekurang-kurang tukar kain pelikat, baju melayu berbutang dan kopiah, kalau sekarang, berjubah atau berkurta. Lihatlah bagaimana ulama tanah air kita mengajar kita agar menjaga sepenuh kesucian dikala mana ingin bertemu Rabbul Izati, tapi masih ada mempertikai adat mulia ini dengan pandangan skeptik dan jumud. Cuma, nak dijadikan cerita, pertembungan sisi pandang bu

AL: Ekspedisi Nafs (Siri 3)

                                                             NICK AMRU KECHAK!!. Laras pistol ditarik. Sekarang pistol Ammo M16 berada di hujung kepala Ariel. Ariel duduk dalam keadaan bertinggung dan diikat kedua tangannya dibelakang, matanya ditutup dengan perca kain. Seluruh badannya basah dengan peluh gemuruh. Dahi dan muka Ariel juga bengkak dan lebam akibat dipukul dan dihentam keras oleh individu yang tidak dikenali. “Kau siapa sial..?? Apa masalah kau,kenapa tangkap aku,apa salah aku..??” jerkah Ariel kepada orang yang berada di hadapannya. Suasana sunyi. Ariel sudah tahu nyawanya sekarang berada di hujung tanduk. Tapi pikirannya masih runsing apa sebab dia ditangkap sejak petang tadi dan dibawa ke tempat yang tidak diketahuai dan manusia-manusia yang tidak diketahuai identity mereka. Sekadar ingatannya,kepalanya dihantuk dengan  objek keras dan kemudian dibawa oleh beberapa orang  berpakain hitam ,menaiki sebuah van dan ditempatkan di tempat diia berada sekarang. “Apa n

AL: Ekspedisi Nafs (Siri 2)

                                                            USAMAH Dataran Terbuka Unversiti Kerchi,2012 “Hidup-hidup....hidup mahasiwa..” “Tumbang-tumbang...tumbang kezaliman...” teriak Usamah. “Hidup-hidup...hidup mahasiswa....tumbang-tumbang...tumbang kezaliman..”sambut orang ramai. Para peserta demonstrasi berteriak dengan kobaran semangat yang mendadak bagi menyatakan bantahan mereka pada pihak Universiti yang menaikkan yuran para mahasiwa dan tidak menunaikan hak mahasiswa. Hampir ribuan mahasiswa dan mahasiswi berhimpun di hadapan dataran banggunan pejabat  Yang Dipertua Naib Canselor. Usamah yang didukung terus berucap sambil memegang pembesar suara di tangan kirinya. “Sahabat-sahabat sekalian...berhimpunnya kita pada hari tidak lain tidak bukan adalah untuk menyatakan bantahan kita kepada pihak universiti yang tidak ambil berat dengan kebajikan mahasisiwa dan mahasiswi disini...,dan seberadaannya kita di sini untuk menuntut hak kita yang dizalimi dan marilah kita sama-s

Dirgahayu NegaraKu

Imej
Sejak kebelakangan ini, aku tak pasti lah aku terasa rindu sangat kat Malaysia. Tambah-tambah makanan yang sangat dirindui keenakkan dan dengan aneka juadahnya *walaupun ada saja dijual di sini*, tapi tetap tak sama seperti di Malaysia. Releks. Ini cuma sedutan prolog sahaja untuk entry aku kali ini. Hari ini aku nak bahaskan tentang suatu perkara yang sering dipandang enteng oleh sebahagian besar mahasiswa Malaysia yang menyambung pengajian mereka di luar negara. Sesuatu yang dikenali sebagai 'Hubb al-Wathon' atau 'Kecintaan kepada Tanah Air'. Ini adalah salah satu krisis identiti terbesar yang melanda student atau lebih mesra panggilan 'duta kecil negara' di persada antarabangsa, tak kisah samada di Mesir, UK, Jepun, Australia atau lain-lain negara yang menjadi pilihan untuk menyambung pelajaran. Secara jujur, perkara ini aku terilham dari sebuah filem box office Indonesia yang berjudul 'Rudy Habibie'. Tak perlu rasanya untuk aku explain t

Ulasan Buku #1

Review Buku ‘Intisari Peradaban Islam’[ Al Kamīn Fil Hadarah Al Islamiýah] Maulana Ad Duktur Nuruddin Ali Jumaah. Pertama sekali, kenapa saya memilih untuk mengulas buku ini? Buku ini adalah karya pertama Maulana Ali Jumaah yang saya baca dan membuka minda serta sisi pandang saya secara peribadi terhadap istilah Tamadun Islam. Selain itu, buku ini merupakan kunci pembuka kepada saya dalam mendalami pemikiran dan idea Maulana Ali Jumaah terhadap Turath(Warisan) dan bagaimana mengimplikasikan dalam dunia Modernisasi. Sebelum memulakan, saya akan mengunakan istilah panggil ‘Maulana’(Guru yang kami muliakan) untuk merujuk kepada penulis sebagai satu implimentasi adab kepada beliau. Baik, buku ringkas ini adalah satu kesimpulan bersepadu yang ditulis bagi membenarkan pembuktian-pembuktian tentang kewujudan sebuah tamadun yang diberinama Tamadun Islam, unsur atau teras utama Tamadun Islam, serta beberapa persoalan berkaitan dengan solusi yang boleh kita sama-sama gapai. [Bahagian perta

Seminggu Berhibernasi

Alkisahnya, bermula 28 Ogos lepas, secara rasmi kebanyakan kelas pengajian talaqi telah dijedakan untuk memberi laluan kepada cuti sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba. Jadi, bermula hari itu, yakni hari Ahad, aku cuba ubah rutin harianku yang aktif menjadi pasif secara 180˚ darjah. Selama seminggu itu, aku memerapkan diri aku di dalam bilik dengan mood hibernasi setelah sememangnya agak keletihan hari-hari aku pergi balik kelas, mengadap buku, menghafal matan, murajaah, muzakarah dan lain-lain lagi. Jadi mood Hibernasi ini aku aktivatekan dalam tempoh seminggu ini. Konon-konon nak berlepas diri dari dunia ilmu dan belajar. Apa saja yang aku buat? Hah..sini aku storykan .. Aktiviti paling dominan tentulah melenyakkan badan ke tilam empuk. Itu tak aku nafikan, sememangnya aku rehat *gila-gila* seminggu tu. Lepas bangun tidur, aku mengadap laptop, dan 'manfaat'kan sebetulnya internet yang kadang timbul kadang tenggelam akibat pertembungan gelombang-gelomba

Puisitepitingkap#6

Malaikat Yang Tersenyum Malaikat itu tersenyum, Titisan embun menitis kemalasan, Dari pusara daunan hijau nan mekar, Pagi yang dingin di bawah redupan awan, Sang mentari melebarkan rambut segaknya, Warga alam tampil meriang, Menyambut sinar hari memendam gelita malam. Malaikat itu terus tersenyum, Si molek gedik memangil ibunya, Dalam sangkar kebahagian, Sang ibu pulang, Menyuap santapan seharian kelaparan, Putaran hari yang tenang, Hingga malam menanti esok siang. Malaikat itu masih tersenyum, Deruan bingit aliran sungai, Berlari tanpa duka mengusung kedamaian, Sang ikan menari keriangan, Menikmati indah keharmonian sebuah taman, Siang dan malam seakan berpelukan, Tiada mahu pisah berjauhan. Namun... Hari ini, Malaikat itu, Tiada lagi senyuman dibalik wajah sucinya, Melihat sang makhluk berakal, Rakus menelan jiwa indah dengan lahapnya, Mengoyak cebisan-cebisan permai, Dengan nasfu serakah yang meliar, Melenyapkan suara ketelusan, Diganti api menghangus

AL: Ekspedisi Nafs (Siri 1)

Imej
                                                                 MAJDI Kampung Senangin,2012 Majdi.Umurnya genap 30 tahun. Berbadan tegap, dada bidang, sederhana tinggi, mempunyai  cukup sifat lelaki melayu terakhir. Sekarang sudah beristeri tetapi belum dikurniakan anak walaupun hampir 5 tahun di alam perkahwinan. Manisah,nama isterinya. Mereka hidup serba sederhana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,tapi hidup yang serba cukup menadah rezeki dari Allah Jalla wa A’la membuatkan mereka tidak pernah mengeluh. Pasangan bahagia ini tinggal di sebuah rumah kayu, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, berdekatan dengan pesisir pantai Teluk Senangin. Majdi juga seorang warak dan kuat ibadahnya pada Allah. Hidupnya yang susah pada zahirnya, membuatkan dia lebih bersyukur dan berasa dekat dengan Allah. Kekuatan rohaninya adalah susur galur dari ayahandanya Tok Ali yang merupakan pembawa aliran tariqat di kampungnya. Majdi mendapat tauliyah dan ijazah amalan