Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

Galau

Imej
Galau, Dipulau di pulau, Ditempa di relau, Disumpah di tanah, Dipindah di ranah. Galau, Kepulan dihembus, Riak merakus, Menembus usus. Galau,  Kian suram, Jelaga menghitam. Galau,  Jiwaku kacau! 28/11/20 Kulim

Ia Wujud

Imej
  Hari ketiga kuarantin. Tingkat 22. Bilik 22019.  Clio Sunway Hotel.  Sebenarnya, sampai ke harini aku masih teringat pengalaman angker yang mengoyak logikku, menghambat imaginasiku ke bulan purnama. Pertama kali batinku diserang bertubi-tubi tentang kewujudan ‘sang peneman’ sewaktu kuarantin tempoh hari. Jika sesiapa yang ada tengok ‘story’ aku di whatsapp tentang penemuan sehelai rambut lebih kurang 20cm yang aku temui di atas singki bilik air, sebenarnya ada cerita susulan yang tidak aku khabarkan yang terjadi, aku diamkan untuk menjaga logikku agar tidak terkoyak rabak dek berbaki hari-hari yang masih panjang di bilik 22019.  Penemuan pertama helaian rambut itu sebenarnya menjadi tanda tanya di benakku akan kehadirannya, segala teori telah ku susun untuk menghambat akalku di pertengahan logika, kawan-kawan juga ramai membantu, ada yang kata rambut room servis, ada kata makcik cleaner, yang lagi advance makcik karipap! Tapi itulah aku kat tingkat 22, jenuh jugak makcik karipap nak

Rehlah Tahtawiyah 1

  [Hari Pertama] 26 Oktober 2020 10.30 pm: Tiket yang dibeli untuk bertolak dari Cairo ke Suhaj pada jam 11.30 malam, kami tiba awal di stesen keretapi Ramses sebagai persediaan dan tidak mahu bergegas mengejar keretapi. Aku, Mursyid dan Ustaz Ridho menaiki train bernombor 890 di platform 10, sedangkan Islah tiketnya asing menaiki Qitor Russi(tidak berpendingin hawa) di platform 9 bergerak jam 11.15 malam.  11.30 pm: Hampir satu jam berdiri menunggu, akhirnya train sampai, kami terus berlari anak ke gerabak 9 kelas dua, aku menduduki kerusi bernombor 42 bersebelahan dengan orang arab, Mursyid dan Ustaz Ridho duduk bersebelahan.  Ustaz Ridho dan Mursyid masih berborak bertukar pandangan memgenai Indonesia-Malaysia, sedangkan aku perlahan-lahan mengenakan earfon untuk berehat dan menenangkan minda memulakan perjalanan 6 jam ke Suhaj.  Di awal perjalanan aku kerap berbalas mesej dengan Syaikh Mustofa untuk update perjalanan dan stesen-stesen yang kami singgah agar tidak terlepas stesen ya