Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Variasi Agamawan: Masihkah Ada Harapan?

Variasi Agamawan Kali ini aku nak merungkai suatu kekusutan yang menampar-nampar minda separuh sedar aku selama ini tentang gelagat para agamawan yang menari-nari di persada arena masyarakat. Aku berfikir lama tentang perkara ini, jadi aku terjumpa lah di mana hujung kepala tali yang berbelit itu, jadi kita cuba untuk leraikan satu persatu. Baik. Seperti yang kita tahu, wajah agamawan di negara kita ni bermacam-macam versi, jadi secara mudahnya, aku bahagikan agamawan ini terbahagi kepada tiga golongan. Aku akan ulas satu persatu bersama peranan setiap golongan ini. Pertama, Dai’e(Pendakwah) Kedua, Ulama(Ilmuan) Ketiga, A’lim Daie ila Allah Aku nak ingatkan, sekarang skop perbincangan kita adalah berkaitan para agamawan, bukan masyarakat secara umumnya, jadi jangan silap faham pulak point-point aku di kedepan nanti. Baik. Golongan pertama, Daie. Mudahnya, para daie ini terdiri dari golongan yang ada kesedaran dakwah yang tinggi, mereka wujud dalam setiap proksi dan prospe

Ramadan Kali Ini #2

Masjid Sidna Hussein, Masjid Al Azhar: Bagai Dua Peradaban Sepanjang pengembaraan bulan Ramadan selama tiga tahun di bumi Mesir, hanya dua masjid ini sahaja yang kerap ku jejak untuk bersolat taraweh. Pada tahun pertama dan kedua, aku banyak luangkan masa lagi di Masjid Hussein, cuma pada tahun ini saja kebanyakan malam aku solat di Masjid Azhar. Di sini setelah tiga tahun ini, aku semacam boleh menimbang kira dalam mencerakinkan peranan duo-masjid ini kepada masyarakat Kaherah khususnya, umumnya rakyat Mesir dan orang-orang luar seperti aku ini. Masjid Hussein dan Masjid Azhar ini dari segi kedudukannya adalah bertentang sahaja, hanya  sebatang jalanraya yang memisahkan keduanya, dan juga Nafaq Azhar(Terowong Azhar) yang berperanan menjadi jambatan antara dua tamadun ini. Mudah cerita, jarak antara kedua-dua masjid ini sangat dekat hingga kalau imam baca surah pun dengar antara satu sama lain. Jika kita selami, duo masjid ini punya daerah peranan mereka tersendiri dalam menjadi