HARRY POTTER: PERJALANAN SEBUAH JIWA


Di samping mengejar kelas talaqqi dan terpaksa berhempas pulas menghadirkan diri  ke kuliah di Markaz Lughah yang hanya berbaki 2 mustawa iaitu selama lebih kurang tiga ke empat bulan lagi, aku mengambil beberapa masa untuk menonton beberapa movie dan cerita sebagai pe’release’ tension,kerana darah mudaku begitulah,sama dengan orang lain,perlukan hiburan,Cuma perlu ada batasan dan kawalan.

Aku bercadang nak ulas beberapa aspek dalam post kali ini dengan cara penulisan santai Cuma,tengoklah macam mana.

Antara movie yang sangat memberi kesan kepadaku sepanjang aku menonton movie-movie di laptop Lenovo aku ini adalah cerita dari adaptasi novel karangan  paklong J.K. Rowling ni. 
Ya . Harry Potter.
Ya . semuanya lapan siri. Satu siri lebih kurang satu jam setengah durasi. Dan aku habiskan kesemua lapan siri ini selama hampir satu bulan.
Memang asalnya aku tidak berminat,sebab tengok saja poster filemnya membuatkan aku serabut kepala,dan aku tertanya apa bendalah yang cerita harry potter ni,cerita pasai sorang budak ngan dua tiga orang kawan-kawannya,sampai berepisod-episod,pastu orang dok ikut pulak. Tak bosan ka.
Nyata aku salah.
Bermula mouse laptop aku gerakkan ke file filem berjudul Harry potter and The Sorcere Stone, cari subtitle,pasang earphone di kedua-dua telinga,kemudian  mataku aku fokuskan ke skrin laptop.
Lagak bersahaja sambil mencebik sinis menekan butang play.
Padahal aku tak sedar aku sedang masuk ke suatu alam pengembaraan seorang budak bernama Harry James Potter.  Pengembaraan yang panjang. Pengembaraan yang penuh duri dugaan. Pengembaraan seorang yatim mencari kebenaran di sebalik dua diri dan menuntut keadilan atas kezaliman kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya.
Kisah ini.
Bermula dari stesen terminal 9⅗, dimana pelajar-pelajar yang terpilih  akan berlari kearah dinding pemisah antara stesen 9 dan stesen 10. Satu keretapi panjang menunggu mereka untuk dibawa ke Hogward School of Witch sepanjang cuti musim panas. Harry James Potter, Ron Waeslay, dan Harmoine,bertemu bersapa di cabin gerabak yang sama sewaktu di dalam keretapi menuju ke Hogward.
Malam perhimpunan pertama di Hoghward, ucapan Pengetua Dumbledore mengalu-alukan kedatangan pelajar baru ke dunia magic sekolah Hoghward.
Gryfindor atau Slytherin.
Pelajar baru mula diagihkan ke rumah atau blok masing dengan mengunakan topi ‘Sorting Hat’ yang bernyawa dan dapat merasai bacaan minda pelajar.Harry,Ron,dan Harmoeni ditempatkan di pasukan yang sama di Gryfindor, dan Draco,seorang watak antogis di Slytherin, Draco seorang yang arrogant dan sangat cemburu kan kemasyuran dan keistimewaan yang ada pada Harry.
Bermula lah pengembaraan Harry bersama Ron dan Harmoeni di Hogward School yang penuh jalan cerita suka dan duka.
Harry sangat dikenali oleh ‘orang-orang lama’ di hoghward kerana kemasyuran ayahnya James Potter,dan juga dikenali dengan tanda berbentuk ‘N’ di dahi kirinya. Sifat beraninya yang luar biasa,ketekadan yang sukar digugat gundah dan misi membalas dendam yang tak pernah padam dalam diri Harry membuatkan dia bertambah istimewa.
Ron, sahabat sehidup semati,seorang yang agak lurus,tetapi sangat ‘concern’ dengan ehwal sahabat-sahabatnya membuatkan hubungan persahabatan antara mereka bagai “air dicicang tak akan putus”. Harmoeni pula seorang gadis licik yang sangat suka membaca dan berpengetahuan luas dalam apa bidang berkaitan magis. Setiap rangkap mantera dihafal dan jatuh satu pun perkataan membuatkan Harry dan Ron memerlukan keberadaan Harmoeny di sisi untuk membantu mereka disaat genting perlukan magis.
Muncul juga watak Profesor Snape yang sentiasa membayangi keberadaan Harry dan kawan-kawannya di banyak peristiwa dan perkara pelik berlaku di Hogward. Profesor Snape seakan akan mempunyai niat dan tujuan sendiri  setiap apa yang dilakukan pada Harry.
Plot perjalanan Harry mula berubah semasa namanya dicalonkan untuk mewakili Hoghward dalam pertandingan hidup mati antara tiga sekolah terbesar magis  untuk merebut piala The Goblet of Fire.
 Ketika di stage terakhir iaitu maze, peserta finalis diberi tugasan masuk ke dalam maze tersebut dan perlu mendapatkan Triwizard Cup ditengah-tengah maze,tetapi harus melaluai banyak halangan dan raksasa serta akar jerat yang membunuh.  Dilangkah-langkah terakhir untuk mendapatkan piala,tiba-tiba Harry disedut ke dunia lain, di perkuburan Tom Riddle,iaitu salah seorang lagenda Hoghward.
Bertitik tolak dari situlah , The Lord Voldemort dihidupkan semula .Campuran titisan darah Harry dan tangan Wormtail,orang suruhan Voldemort, yang diptong dan dimasukkan dalam kawah berapi bersama janin pramatang telah berjaya memberi nafas baru kepada Voldemort yang sudah sekian lama ‘mati’ disumpah oleh Dumbledore.

Voldemort, ahli sihir antogis yang berpengaruh,dan ramai pengikut mula mengatur langkah membalas dendam kepada Dumbledore dan merampas  Hogward School. Voldemort yang juga bertanggungjawab atas kematian  ayah dan ibu Harry sewaktu dia masih kecil.
Sejak kejadian itu,Harry mula menanam tekad untuk membalas dendam keatas kematian kedua ibu bapanya yang mati ditangan Voldemort.  Setiap malam,bayangan voldemort sering menganngu tidur Harry dan terkadang setiap mimpinya terkandung rahsia serta petanda yang masih tercari-cari punca pangkalnya.
Filem ini sebuah filem sekual sebanyak lapan episod yang epic dan dari pendapat saya, tiada lagi filem Hollywood yang setanding saing dengan filem Harry Potter ini. Nilai persahabatan, jati diri, konflik dalaman, egoistic, keazaman , percintaan, kasih sayang, kebencian, dan persaingan, semua elemen ini diadun dengan kemas menambah rencah dalam plot cerita ini.
Satu lagi antara keistimewaan filem ini adalah semua watak utama berjaya dikekalkan dan diolah bermula Harry berumur 9 tahun hinggalah wataknya ke umur lanjut 40-an sehingga berkahwin dan punyai anak pula, lansung dihantar ke Hogward menyambung legasinya.
 Banyak lagi ingin aku perkatakan untuk mengulas beberapa sisip pandang tentang file mini dan akau sangat sarankan kepada yang lain untuk menonton serta menghayati segala aspek dan unsur positif yang terkandung di dalamnya.

Ini kali pertama saya review filem, dan masih banyak kurangnya. Yang penting saya menyarankan agar siapa yang nak layan movie pastikan grab seberapa bnyak nilai yang ada dalam filem tersebut agar masa yang diluang tidak sia-sia dan setimpal dengan detik yang kita ruangkan untuk merehatkan minda setelah penat belajar.
Sekian itu saja.
Salam reformasi.
6/5/16
Darrasah,
Cairo
#seminggusebelumtamatmarkaz





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari