Ramadhan dan Exam: Tragedi, Depresi, Koreksi.

Ramadan dan Exam: Tragedi, Depresi, Koreksi.

Setelah lama tak menulis di ruangan ini, hari ini aku nak menukilkan  secubit cereka ehwal bagaimana aku menghadapi detik-detik yang tak dapat aku lupakan dalam hidupku. Walaupun jalan ceritanya mungkin agak tak berapa penting dan menarik bagi orang lain, aku rasa sesiapa yang merasai perkara sama akan terpaut jiwa laranya bersamaku mengemudi sampan kecil di lautan cerekarama ini.

Aku tak mahu panjangkan kalam muqodimah, aku terus mula dengan analog kisah ini di tarikh 5 Mei 2019.

5 Mei 2019 (Hari Ujian Syafawi Al-Quran)

Hari ini merupakan hari pertama menempa nama menduduki ujian syafawi(oral) untuk subjek al-Quran sem kedua tahun ketiga pengajianku. Sejujurnya aku memang kurang persediaan nak hadapi syafawi nih, serius, aku mula hafal tiga juzuk start lima hari sebelum exam, bayangkan macam mana tepunya otak aku masa tu. Malam exam tu aku menyesal gila sebab tak hafal awal-awal sepanjang sem. Tapi aku push jugak hafal malam tu, ulang dua tiga kali.  Bangun pagi aku macam tak tenang, rasa macam tak setel lagi, tapi aku go on. Siap mandi, melangkah ke kuliah dengan acah tenang, padahal otak tengah berkecamuk. Sampai ke dewan kuliah, aku dikhabarkan akan disemak oleh Dr Toha Hibsyi dan Dr Jamal Afifi, lagi darah gemuruh aku menggelegak. Percaya atau dak, saat tu aku tak ingat langsung ayat quran yang aku hapai semalam. Macam nak menangis, tapi aku gagah juga tegakkan kaki, lawan gemuruh tu. Sampai giliran aku, aku di’pair’kan dengan seorang pelajar Indonesia, wajahnya tenang tapi nampak jugak sikit gugup, mana taknya, kami di depan Dr. Toha!! Alim Kabir Azhari!!Umurnya lingkungan 80 tahun, matanya sebelah rabun tak nampak. Aku masa tu? Mengigil satu badan!! Aku tak tau kenapa..tapi memang aku takut gila masa tu.
Bermula sesi soalan, Dr Toha dengan suaranya bak petir menyambar telinga aku, aku tersentap, mulutku terkunci, ingatan semua hilang, dalam gagap-gagap tu, Dr Toha terus hentikam bacaan aku. Aku tersentak lagi, bila tengok kawan Indonesia tu dapat sambung bacaan, aku lagi gelisah, sampai masuk soalan kedua ketiga, aku totally lost dan giveup. Tamat sesi soalan, aku bangun dan terus keluar dewan. Kaki ku lemah, badanku longlai, rasa nak  jatuh  masa tu.
Sebab apa? Sebab pertama kali aku rasa terhijab sewaktu periksa, seumur hidup aku, aku tak pernah rasa sebegitu blank masuk dewan exam. Kebiasaan aku seorang yang well prepared, tapi hari ini aku sebaliknya.

Balik ke rumah, aku rebah dan hempuk badanku atas tilam, rasa kecewa, rasa lost, geram kat diri sendiri, bercampur baur rasa masa tu. Aku yakin masa tu aku akan gagal subjek ini. Subjek yang tak patut gagal!! Sebab aku memang tak boleh jawab langsung. Aku pegang kepala aku yang tengah pusing, imaginasiku mula mengembara ke masa silam, sebab apa aku tak bersedia awal-awal, kejap pergi ke masa depan pulak, aku pikir apa implikasi kalau aku gagal, kena mengulang tahun depan, kena bawak madah, sekian-sekian..sampai aku tertidur.

6 Mei 2019(Hari Pertama Ramadhan)

Hari ini seluruh kaum muslimin menyambut puasa dengan jiwa yang girang, namun aku, masih dihempas rasa kecewa bertalu talu memukul pantai benakku. Aku masih memikirkan kejadian tragedi ‘hijab’ semalam. Benda ni bukan main main, rasa kegagalan menari-nari dalam otakku. Rasa banyak dosa sampai rasa terhijab. Sungguh kekasalan tu sangat tebal ketika itu. Bayangkan aku memikirkan perkara itu setiap hari, dari bangun sahur, buka puasa hingga ke terawih, sampai otak aku dah penat nak fikir apa lagi. Saat itu aku mula rasa sakit kepala, rasa urat berdenyut-denyut, rasa sakit tu menjalar ke seluruh badan.

Setelah hampir lima hari berlaku perkara yang sama, aku sedar aku sekarang sudah terjerumus ke lembah depresi dan overthinking yang aku sendiri bina. Dan ini first time aku rasa begini. Kemurungan tahap dewa, tambah2 aku memang selalu fatrah exam aku akan lazimi di bilik, jarang sangat keluar. Jadi aku tanggung depresi ni sorang-sorang.

10 Mei 2019
Sedang aku menskrol(scroll) laman IG untuk releasekan pemikiran aku, aku terjumpa satu video dari sorang influencer jugak kat IG namanya ‘Slurpee_crank’ nama sebenarnya hafiz, tajuk video dia Overthinking dan satu lagi tajuk ‘Langit dan Awan’. Sejujurnya itu first time aku tonton video hafiz. Guess what, aku memang tersentap dari lamunan aku, katanya ringkas tapi sangat membuka minda aku yang dah tenggelam dalam lautan overthinking. Terima kasih kepada kau bro. Aku sedar, ucapan tarbiah tak semestinya datang dari ustaz, tapi dari mulut sesiapa pun asalkan datang dari hati akan jatuh ke hati juwa.

Saat itu, aku bangun dari pembaringan, ambil wuduk, dan berteleku atas sejadah hijau usang di samping katil. Semasa tu aku rasa sangat dekat dengan Allah, aku
rasa memang benar sebagai hamba melutut memohon pertolongan dari Tuhan sarwa Alam. Aku merintih, aku menunduk terpunduk menagih perhatian Tuhan menyembuhkan sakit aku ini.

Aku mengambil langkah seterusnya, aku contact sahabat perubatanku Aiman Nurareff, tanya dia implikasi sakit kepala yang aku alami, lepas explen simptom-simptom yang ada, ternyata aku dihinggap migrain, sakit bahagian urat atas telinga kedua-dua bahagian. Sebabkan migrain itu, aku berhenti hampir dua hari belajar. Aiman nasihatkan aku basahkan kepala dengan air suam, kemudian banyakkan rehat, kurangkan berfikir.

Alhamdulillah, setelah itu fizikal otak aku makin pulih sikit demi sikit, cuma mental aku masih ada luka terkoyak akibat tragedi syafawi tempoh hari.

Sekarang, aku mula bangun dari kemurungan dan mengatur jadual belajar untuk exam seterusnya, aku buang semua pengalaman buruk itu, move forward. Selain itu, aku tambah amalan-amalan ruhaniyah yang aku rasa ini anugerah Allah beri ketika bulan Ramadhan dan bertitik tolak dari tragedi dan depresi yang aku hadapi. Aku mengorak langkah untuk berkoreksi diri dengan lebih mendalam. Boleh katakan setiap malam jaga tahajud, setiap pagi solat dhuha, wirid lepas solat, baca al quran dan lain-lain lagi. Sungguh tarbiah ramadhan betul-betul mencengkam rusuk kalbuku. Aku pikir-pikir, jika tak kerna tragedi itu takkan ku dapat nikmat ini. Ternyata ia sangat indah dari apa yang aku sangka kan.

26 Mei( Hari pertama Exam Tahriri)

Harini merupakan penentu sama ada aku akan terus move on atau aku akan tersungkur sekali lagi dalam lembah hijab menjawab soalan. Pengalaman buruk tempoh hari menyebabkan aku masih gugup, tapi aku gagahkan jugak. Tapi harini aku nyata lebih bersedia, aku lebih yakin untuk masuk ke dewan exam, tidak macam yang sebelum ini. Dengan bekalan doa mak abah, dan guru2, keyakinan aku mula meningkat.

Jam 10 pagi

Kertas soalan berada di tanganku, bola mataku ibarat helang meninjau baris-baris soalan, harap semuanya dalam kanvas hafalanku. Tengok soalan pertama. Mula awal surah al-baqarah! Allah..memang unexpected!! Aku mula mengukir senyuman, kemudian meninjau soalan seterusnya.. alhamdulillah..semua soalan aku boleh terbayang ayat sambungnya..lirit senyumku makin meluas..
Aku menggapai pena biru di samping lenganku terus mengurai aral lintang soalan dengan yakin!! Kali ini tiada lagi gugup, hanya yakin dan tenang. Alhamdulillah...dengan taufiq Allah aku berjaya habiskan dengan baik dan puas hati. Ku letak pen yang masih berinti cecair biru, ku tutup kertas jawapan dan hantar. Aku tawakal serahkan pada Allah, akan apa jua keputusannya.

Keluar dari dewan exam jiwaku berteriak

“Semangat baruuuu!!!”

Motivasi kenduriku mula memuncak!!
Next exam...akan ku redah cabaranmu dengan jiwa yang segar!!

Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari