Bagaimana Aku Membaca(1): Bibliophile


 

Pertama-tamanya, aku rasa semenjak kecil kita semua pernah berkongsi suatu persamaan, iaitu di ruangan ‘hobi’ dalam Biografi Diri sewaktu kecil-kecil dulu. Betoi tak? Kalau tak hobi membaca mesti tulis kumpul setem. Entahlah walaupun aku rasa generasi aku tu dah semakin terhakis rupa setem dalam kamus hidup kami. Biarkan lah yang itu. Kat sini aku nak fokuskan tentang ‘membaca’.


Aku sebenarnya bukanlah versi ‘ulat buku’ yang sebenar-benarnya, mungkin dalam 70% sahaja jiwa itu merasuki mindaku. Aku cuma minat buku, minat membaca, serta minat tambah maklumat dan minat berkongsi apa maklumat yang aku ada. 


Ya..aku sangat minat buku atau nama saintifiknya ‘Bibliophile’. Kalau ada orang jenis minat Ps5 dan tergila-gila nak kumpul koleksi game, kalau ada jenis yang suka mekap dan suka beli banyak-banyak alat solek, kalau ada yang minat simpan koleksi merchandise apa-apa watak superheroes, ya..di sana ada makhluk bibliophile yang di sanggup bergadai duit, tak makan sehari, bergolok gadai semata memenuhi kepuasan membeli buku.  Bukan setakat itu, golongan sebegini boleh jadi asyik dengan hidu bau kertas buku, lagi lama buku tu, lagi nadir buku itu, lagi sedap baunya. Tambah kalau buku kertas kuning..fuhh boleh terbawa-bawa ke mimpi. Itu belum kira sesudah beli, letak pulak di rak, susun mengikut cita rasa, dan kalau nak tahu, menyusun buku di rak ini juga ada seninya, orang dah terbiasa dengan buku akan tahu konsep susun atur, reka bentuk rak yang membuatkan ia akan menjadi ‘indah’.

Ini baru tentang perihal ‘buku’ yang menjadi kegilaan para bibliophile. Ia bukan semata tentang membaca, ia tentang minat dan passion, ia itulah takrif sebenar ‘Hobi’ yang kita tulis di biografi dulu. Membaca adalah perkara kedua. Dan, ia bukan bermakna amalan membaca itu direndahkan. Tidak sama sekali. 

Ia berkenaan ‘cinta’. 

Bagaimana kamu nak ride konvoi moto Ysuku berjam, berhari, berbulan, tapi tiada passionate tentang Moto Ysuku itu sendiri? 

Ya, sebelum datang minat menunggang, kena minat benda yang ditunggang dulu. Itu sifirnya. 

Bagaimana kamu nak minat membaca, jika tidak minat pada buku? Pelik kan? 

Itulah maksud aku. Nak minat membaca, kena tanam sifat cinta yang mendalam kepada makhluk bernama ‘buku’. 

Sudahnya kamu ada perasaan ghairah sebegitu, ok barulah kita boleh masuk ke topik ‘Membaca’. 


Bersambung..


16/12/20, 

Surau Jalan Pegawai,

Kulim.

#hujanlebat


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari