Ma’na Kawan



Kerap kali kita struggle untuk mencari ma’na dan terjemahan sebenar apa itu kawan. 


Bagi aku, ‘kawan’ pada pandang serak aku, tika mana di bangku sekolah, itulah istilah kawan yang sangat dekat dengan kita. Dan aku dikelilingi dengan kawan yang sama cara fikir, sama gaya hidup, sama perangai, ya dan tentu sekali sama jantina. Itulah kepompong kawan pada tafsiran aku. Tiada istilah dalam kamus hidup aku kawan perempuan, jika ada kenalan, samada sebagai rakan sekerja, sepersatuan tidakpun sebagai murid. 


Itu saja.


Namun, pandanganku kembali menyerak semula 180 darjah ketika aku masuk ke alam pekerjaan. Ringkasnya di tempat kerja lama ini, aku dikelilingi dengan kawan wanita, ini kerana dalam bilik guru, ada lebih kurang 10 orang cikgu wanita dan aku seorang ustaz! Ya! Mau tak mau aku kena berkawan dengan mereka, dan ketika inilah aku baru kenal tentang  wanita dan serba sedikit cara mereka berfikir. Ini suatu yang baharu bagi aku.


Paling aku tidak lupakan, suatu hari, ada seorang anak murid aku di Mesir bertanyakan soalan tentang haid, aku pun tidaklah cekap sangat perbahasan haid. Jadi dengan tebal muka, aku tanyakan pada seorang ustazah di sebelah tempat duduk aku, Kak Hazwani namanya. Tak aku sangka, dengan soalan seringkas itu menjadi perbahasan hangat dalam bilik guru, semua cikgu masing-masing menglibatkan diri menyumbang saran, sama-sama berkongsi pengetahuan mereka tanpa segan silu kepada sang ustad yang bertanya. Ada pula yang buka kalender, ada yang buka kitab semata-mata nak bantu aku menjawa soalan berkenaan haid sehingga aku pula jadi malu. Tika itu aku rasakan tiada lagi tembok segan dengan mereka, dan bermula fasa kawan dengan cikgu-cikgu wanita.


Antara seramai cikgu-cikgu wanita ini, ada sebahagian yang betul-betul aku rapat dalam berkongsi suka duka, sedih gembira, penat lelah sepanjang berkerja di sana. Jadi di sini, aku mahu deskripsi mereka menandakan nilai persahabatan yang terikat kukuh. Jika ada antara kalian yang membaca ini, anggaplah ini sebagai penghargaan aku kepada kalian. 

Dedikasi terindah buat:

Cik ilah

Kak Siti Afirah

Kak Min

Siti Halimatun

Nadiah

Izzati

Fatin

Tobek@afiqah

Farhana


Terima kasih atas segalanya..

Terima kasih atas kenang-kenangan terindah, mencetak seribu memori dalam kanvas hidupku, aku memahami apa itu ‘kawan’ tika bersama kalian, aku tidak akan melupakan kalian sehingga akhir hiduuku, sesemoga ukhuwah kita senantiasa terpaut dan semoga berjumpa lagi.


24/10/2021

Klang,

Selangor

Ulasan

  1. The Casino of Chance - Dr.MCD
    The casino of 대구광역 출장샵 chance has been around since 1994. It's built 서울특별 출장안마 from scratch and 논산 출장샵 then re-engineered for each player to 영주 출장샵 see if 시흥 출장샵 they could make the most of it.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari