Ikon Malizi



"Malaziya?" Seorang lelaki berbaju kemeja dan berkot menegur aku yang dalam perjalanan ke Souq Hussein.

"Aiwah,ana Malizi.." Aku mengangguk sambil tersenyum.

Memang kebiasaan peniaga di sini menarik perhatian pembeli dari pelbagai pelosok negara dengan menegur para pelanggan mereka. Dengan pengalaman yang ada mereka sudah mengenal raut wajah Pan-Asia tenggara yang mirip-mirip antara Malaysia, Indonesia, dan Thailand.

Lelaki yang memegang pemplet promosi kedainya itu mendekati aku manakala aku pula berusaha menghindar kerana tahu tujuannya untuk menarik aku ke kedainya dan lansung menjual barang niaganya.

"Malizi ahsan naas.." Lelaki itu memulakan kalam.

"Naam..misrin kamaan.."aku membalas dengan maksud menyambut bahawa orang mesir juga baik.

Begitulah ayat-ayat pujian orang mesir kepada pelajar malaysia di mesir ini khususnya kerana mereka sangat sukakan orang-orang malaysia yang biasa di kenali dengan adab dan luhur sopan yang sangat disenangi.

"Mahadhir,Anwar,Nik Aziz,Najib!!" Lelaki itu meninggikan suaranya menyebut nama-nama tersebut dengan yakin dan girang menandakan dia kenal dan tahu nama-namanya di sebutkan itu.

Aku jadi kaget.

Tergamam.

Sampai kesini orang kenal nama-nama itu. Walaupun aku tak tahu dari mana dia mengetahuai nama-nama itu samada dari orang malaysia sendiri atau melaluai bacaannya.

Aku terus mengangguk sambil senyum kosong lalu beredar dari kedai minyak wangi itu kerana kelewatan. Aku memaling ke lelaki itu, dia tersenyum dan melambai kepadaku.

Malaysia.
Tanah tumpah darahku ini.
Selain dikenali dengan Klcc.
Nama-nama tokoh politik negara ini juga menghiasi ikon warna-warni dalam mengambarkan wajah Malaysia.

Sungguh mereka ikon dan lagenda yang melakar dan mewarnai wajah Malaysia di seantero dunia,samada dari warna yang comot atau lukisan yang indah.

Nama-nama ini akan menjadi suatu penanda buku dalam lipatan kamus hidup rakyat malaysia era ini dan tidak akan dilupakan.

Cuma,inilah realiti yang berlaku.
Malaysia dikenali dengan tokoh politik,bukan tokoh keilmuan. Berbeza dengan dengan negara Mesir,Syria,Yaman dan sebagainya yang bila disebut nama negara mereka, maka akan bergerak kotak minda kita mengenali tokoh ulama yang menghiasi wajah negara tersebut.

Begitu juga negara-negara lain yang dipelopori gambaran negara mereka dengan institusi keilmuan bukan hanya tempat melancong dan reakriasi.

Aku juga masih menyimpan hasrat dan angan-angan agar suatu hari nanti negara tanah tumpah darahku ini akan dikenali dengan wajah keilmuan,warna warni ilmiah  bukan sekadar warni corak politik.

Semoga Allah kabulkan.

Allahu mustaan.

4/2/16,
Bi Jiwar Souq Hussein,
Darrasah,
Cairo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penunggang agama dan Pencarik agama : Sebuah Penilaian Semula

Dirgahayu NegaraKu

95 Hari